Chapter 12
My Eyes Can See GhostPetang itu aku termenung seperti ikan termenung di kafe Sunflower.. Sesekali aku mengerling jam yg terikat cantik dipergelanggan tangan kiriku.. Tepat pukul 17.00 atau dalam sistem 12 jam pukul 5.00 petang.. Aku menggeleng kepala sambil mataku memandang ke pintu masuk kafe.. Mana lah tahu orang yang aku tunggu-tunggu akan muncul.. Namun hampa..
"Ish.. Mana dia ni.. Kata nak tengok movie lah itu lah ini lah.. Last-last batang hidung pun tak nampak.. "
Ha.. Beginilah janji manusia.. Janji pukul berapa datangnya pukul berapa.. Mahu saja aku cekik si kenit tu a. k. a Ieka.. Perempuan tu memang tau kalau bab janji memang boleh naik darah tinggi sebab naik angin.. Selalu lewat!!! Ish ish ish..
Hmm.. Bau aroma coffee yang harum dan suasana yang agak bluess di kafe sedikit sebanyak dapat melegakan hatiku yang bagai nak penerajang Ieka.. Kalau dia datang siap lah aku basuh kenit tu cukup cukup.. Lepas tu sidai..
Sekali lagi aku memandang kearah pintu, masih tiada bayang Ieka.. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk termenung seperti ikan termenung kembali..
Sedang aku leka melayan perasaan.. Suasana tiba tiba berubah.. Berubah menjadi hening dan seram.. Tidak semena-mena bulu roma ditenkukku meremang.. Aku menoleh memandang sekeliling, namun tiada apa-apa yang pelik.. Aku memandang kerusi kosong yang menghadap aku pula..
Satu figure tiba-tiba menjelma perlahan-lahan.. Aku tergamam.. Wajah ku menjadi pucat, kalau ditoreh pasti tiada darah yang keluar..
Kini satu lembaga hitam bermata merah sedang duduk dihadapanku menatapku dengan wajah yang bengis.. Lembaga itu berdengung menampakkan taring tajam.. Aku bagaikan terpukau dan ketika itu juga aku dapat merasa seperti ada kuasa jahat yang sedang meresap dan ingin mengambil alih tubuhku.. Aku ingin laru namun entab mengapa punggungku bagaikan terlekat pada kerusi.. Tubuhku menjadi lemah.. Mataku semakin lama semakin kabur.. Ya Tuhan! Apa yang sedang berlaku ini.? Sesiapa tolonglah aku..
Tiba - tiba pergelangan tanganku dicengkam seseorang.. Aku tersedar...
"Hani.. "Aku memandang wajah yang nebcengkan tangan ku.. Aku lihat V memandang aku tajam..
"V.."
V menarik lenganku dan memaksa aku bangun dari kerusi.. Aku hanya menurut walaupun kondisi aku lemah ketika itu.. Hampir saja aku ingin terjatuh, namun V pantas mengimbangi aku..
Apa terjadi tadi? Mengapa terjadi? Menjadi persoalan dimindaku..
. . . .
"
Comments