Chapter 5

My Eyes Can See Ghost
Please Subscribe to read the full chapter

Aku membuka mataku perlahan-lahan setelah orang yang menutup mataku melepaskan tangannya. Aku berfikir siapakah yang berada didalam rumah ini selain diriku. Adakah Bambam sudah pulang… Kalau kau ke adik, aku sayang kau wey..!! Tapi dengar suara macam orang lain, bukan Bambam sebab kalau Bambam suara dia lembut sikit ni garau semacam saja… Huh, misteri ni..

 

Pantas saja aku menoleh melihat siapakah gerangan orang yang menolong aku.. Apabila aku memandang wajah orang itu saja terus terkejut beruk aku dibuatnya. Ni kalau beruk tengok aku terkejut coform waaa cakap luuu… Beruk jealous tengok aku terkejut… Tahu sebabnya… Sebabnya cara aku terkejut lebih dari tahap piawaan yang ditetapkan oleh beruk untuk terkejut… Daebak kan??? Hahahaha… Merapu saja aku ni kan…

 

“V….”Aku menyebut namanya dengan wajah yang seperti beruk tadi.. Cuba bayangkan mesti buruk.. Cubalah bayangkan??? Hehehehe… V yang turut memandang aku mengangkat sebelah keningnya. Mungkin turut terkejut apabila melihat orang yang dia tolong itu adalah aku barangkali.. Aku cuba menyembunyikan senyumanku kerana wajahnya ketika itu nakal saja aku lihat… Geram sangat erhh… kenapa comel sangat ni??? Namun beberapa ketika aku kembali ke alam nyata apabila sesuatu terlintas difikiranku…

 

“Huh… awak buat apa dekat rumah saya ni… Jangan.. jangan.. awak.. awak ni stalker erk??”Ungkap ku, tanpa berfikir panjang. Tapi betul apa yang dikatakan aku. Ye lah! Pelik tiba-tiba lelaki berkepala oren ni boleh muncul dalam rumah ku. Mana dia dapat kunci rumah?? Tidak ke pelik namanya tu…

 

“Kau nak rasa tak kaki aku??”Soal V denagn wajah yang agak serius. Matanya merenung tepat ke dalam mataku. Hilang sudah comelnya… Pantas saja aku melarikan anak mataku ke arah lain... Ye lah! Seriau kot, cara dia pandang aku… Mengalahkan pontianak jumpa orang curi rambutnya saja… Apa aku melalut pun aku sendiri tidak pasti…

 

“Tak nak”Aku menjawab pertanyaan V. Kepalaku digelengkan sekali.

 

“Kalau kau tak nak rasa kaki aku… Kau jangan fikir bukan-bukan…” Jari telunjuk V menunjal dahi ku. Wah, berani betul mamat poyo ni…

 

“Woi.. apa ni tunjal-tunjal kepala aku pulak… Diulangi okey kepala aku.. Aku a.k.a Ha ni.. Nak makan penumbuk sulung aku gamaknya.. Biar bersepai gigi tu.. Biar luruh semua rambut oren tu sekali…” Hamun ku tetapi di dalam hati sahaja. Al maklumlah aku ni kan jenis penakut nak marah orang. Oh.. pembetulan ya… bukan penakut tapi tak berapa nak berani saja..

 

 “Noona.. Hyung..”Tegur seseorang yang baru masuk ke dapur.. Haa, suara ni aku kenal.. Aku menoleh memandang dongsaeng ku yang terpacak dipintu dapur..

 

“Bambam… nasib baik kau dah balik… Wey… rumah kita…”Belum pun ayat aku habis ku ungkap kan.. Bambam memotong..

 

“Hyung dah jumpa toilet?? Kalu belum jumpa… Tu pintu warna kuning tu toilet…”Kata Bambam. Jarinya dihalakan ke pintu kuning yang bersebelahan dengan singki dapur. Eh, kejap hyung??? Bambam ni kenal ke mamat berkepala oren ni?? V, aku lihat dia menganggukan kepalnya lalu melangkah masuk ke dalam toilet yang ditunjuk Bambam tadi.. Aku dan Bambam hanya melihat V masuk dan menutup pintu toilet berwarna kuning itu.. Setelah V menutup pintu toilet, pantas saja tangan aku mencubit lengan Bambam..

 

“Adoi… adoi… Noona… Sakit…”Adu Bambam apabila terkena penangan cubit-cubitan sengol-sengolan aku…

 

“Rasakan… Macam mana kau boleh kenal makhluk asing tu??”Soal aku kepada Bambam selepas aku melepaskan cubitan ku dilengannya. Hambik kau, merah aku lihat lengan Bambam. Kesian pula aku tengok… Sorry dik!!

 

“Aduh… Noona ni… Tangan tu kalau tak bergerak tak boleh… Kuku kalau pendek tak apa.. Ni tidak kuku panjang mengalahkan hantu kubur… Elok sangat lah tu selalu nampak sangat benda-benda tu alih-alih noona pun nak dah nak jadi speasis macam dia orang juga?? Elok sangat lah tu… ”Balas Bambam.. Tetapi bukan jawapan yang di balasnya, leteran yang dibalasnya.. Memang nak mampus Bambam ni…

 

“Ha… ni lagi satu… Ambik kau banyak mulut sangat sekarang ni…”Aku mencubit lengannya sekali lagi. “Aku tanya tu jawab… Berleter pulak kau yaaa…”

 

“Wey… Bambam hyung nak air…”Sampuk seseorang yang baru masuk ke dapur juga.. Aku dan Bambam menoleh melihat siapa yang meminta air itu… Masa ni lah nak minta air… Tak nampak kah aku tengah soal siasat adik aku ni… Kacau saja.. Eh… eh… eh… J Hope…

 

“Wey Bambam kau bawa awek sekali erk??”Soal J Hope tanpa melihat wajahku lagi. Kemudian baru dia menoleh melihat wajahku. Ya seperti yang aku sudah agak wajah terkejutnya memang tidak mengecewakan sesiapa yang melihatnya.

 

“Eh… Ha ni… kan… kan…?”

 

Aku menganggukan kepalaku… Mengiakan yang memang akulah Ha ni… Terus saja J Hope mendekati diriku yang berdiri disebelah Bambam. Tangannya menepuk bahuku kuat..

 

“Wah… tak sangka jumpa kau dekat sini… Kau buat apa dekat sini… Kau awek Bambam ka??Tapi bukan kau sama umur dengan aku ka?? Hmmm. Aku faham ni mesti kau punya taste muda dari kau…” Aku tersengih mendengar soalan dan tekaan yang keluar dari mulut J Hope … Sebenarnya mahu saja aku cepuk mulut J Hope ni.. Pandai-pandai saja buat andaian…

 

“Bukan hyung ni Noona Bambam lah…”Terang Bambam kepada J Hope. J Hope mengangkat sebelah keningnya… Kemudian dia menepuk tangannya tiba-tiba… Aku rasalah kan, J Hope ni memang mereng agaknya.. Tiba-tiba saja tepuk tangan… Ada sapa-sapa dapat award ka… ??Aku tahu lah BTS dah menang buat kali kelima

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 15: wuahhh...dah the end....sepanjang sya baca ff ni..saya mmg terhibur sgt2.emosi bercampur aduk...
sedih ada, seram ada, sweet cam gula pun ada,lawak nk terguling2 pun ada....mmg lengkap ah ff ni...tq authornim for making this beautiful story...walaupun idea santai dan tidak dirancang ^_^....comelnya v ngan hani....apajadi kat ika ngan jhope..xnk couple ke??..
daebak authornim...jjang
BalRina_
#2
Chapter 14: *lap air mata* sebelum ni cam seram bila Taeyang buat camtu.. Sekarang sedih sbb taeyang buat mcm ni.. T.T good job and update soon
MsBlackWhite #3
Chapter 13: Wow..*lap peluh lps bce chap1-chap13*
Sy suke setiap chap sy bce dkt ff ni, semua best^^
Update please!! tngh excited ni!! xD
AssiraNKim #4
Chapter 1: You are from Kedah? I miss Kedah
BalRina_
#5
Chapter 13: Taeyang, who are you?!?! Kenapa jd evil ttiba nih?? V buat lah ssuatu
BalRina_
#6
Chapter 12: Ok ini pelik.. Update soon plsss
aquariusxpisces
#7
Chapter 10: amboi..... v soo sweet xD
AsyiA_MiZuki
#8
Chapter 9: update soon
amani123
#9
Chapter 9: ooooooooo baru saya faham knp v ni ada dua personaliti btw update soon ye
Faz_Yonggie #10
chapter 1:terbaik ;-)