Chapter 1
My Eyes Can See GhostHari ni, hari terakhir persekolahan untuk minggu pertama di bulan April. Esok cuti.. Yaaayyhh!
Seperti biasa hari ni, aku melangkah pantas menaiki anak tangga sekolah dan seperti biasa juga hari ni aku lewat seperti hari-hari sebelumnya. Aku pasti hari ni seperti biasa juga aku akan dengar leteran Cikgu Kwang Soo. Cair lagi tahi telingaku hari ni. Banyak betul seperti biasa aku!!! Mmmm… nak buat macam mana lambat kesekolah memang sudah jadi hobi sejak aku…… Tak pe lupakan apa yang aku katakan….
Oh ya lupa pula aku nak perkenalkan diri…
Nama aku Oh Ha Ni… Pelajar tahun akhir sekolah tinggi High Kirin… Aku adalah seorang gadis berbintang Aries . Orang kata gadis yang berbintang Aries ni berani , murah hati dan sukakan cabaran. Tapi aku rasa semua tu memang berbeza betul dengan diriku. Aku selalu melalui saat-saat yang mencabar dan aku tak suka saat itu. Aku juga bukanlah seorang yang berani walaupun dengan apa yang aku lalui. Nak tahu apa yang aku lalui… Mmmm nanti korang tahu… Sekarang belum masanya.. Murah hati??? Mmm… sikit lah… tak banyak… Hehehe…
Semasa aku sedang bertungkus lumus memanjat anak tangga untuk sampai ke tingkat paling atas, tingkat 4 yang menempatkan kelas 5S1 kelasku tempatku menimba ilmu. Aku dihalang oleh seseorang yang turut memanjat tangga. Alahai! perlahannya orang dihadapanku ini memanjat. Tidak tahukah dia yang aku sudah lewat. Macam kura-kura betul!!! Aku ke kiri untuk memotong dia turut ke kiri, aku ke kanan dia turut ke kanan… Nak main-main apa dia ni…Hoi!!! Pin pin…. Tolonglah beri laluan…
“Hello Bro… boleh tolong beri laluan tak? Lu lambat macam mana tu bukan hal aku… So tepi sikit… Akku nak jalan sana tolong tepi sikit… Tolong tepi sikit yeee!!!”Aku menepuk bahu orang yang menghalangku setelah kesabaranku sudah sampai ke kemuncak gunung everast. Orang itu mengalih kepalanya tiba-tiba, badannya tidak dipusingkan hanya kepala dan tengkuknya dipusingkan, matanya yang merah merenung tajam diriku.. Huhhhh!!!
Aku terkaku…
“Tolong saya….”Suara garau yang keluar dari mulut….. nampaknya yang menghalang diriku ini bukanlah manusia tetapi lembaga atau lebih tepat lagi hantu… Aku tidak pasti hantu ini dari spesis apa. Tidak sempat untukku teliti semua itu kerana terkejut. Lembaga itu mendekati diriku sebelah tangannya cuba menyentuh bahuku matanya yang tadi merenung tajam kini bertukar sedih dan airmata darah mula mengalir.
Huaaarrrr…… Aku yang gelabah terus menjarakkan diri ke belakang. Aku terlupa yang sekarang aku sedang berdiri ditangga tidak ada dinding atau apa-apa yang akan menahan tubuhku dari belakang. Kaki ku tergelincir dan aku tidak sempat mengimbangkan badan lagi.
“Arrrghhh………”Aku terjerit dan terus memejamkan mata. Badanku terjatuh ke belakang tetapi terasa seperti ada tangan menyambut. Siapakah yang menyambut hantu tu kah!! Kalau ya tolonglah lepaskan jatuh pun tak pe….. Tak payah lah nak buat baik hantu oiii lepas je aku… Aku tak kisah masuk hospital pun…
Berbekalkan sedikit keberanian aku membuka mata dan memandang hantu yang menyambutku. Huhhhh! Terkejut aku apabila melihat yang menyambut aku itu bukan hantu tadi. Tapi…. Eh.. makhluk apa pulak ni… Handsome sangat ni.. Sapa dia ni??
Lelaki yang menyambut aku itu memandang pelik ke arah ku apabila melihat reaksi aku yang terlebih terkejut dari beruk. Aku memandang sekeliling mencari kelibat hantu tadi. Ternyata tidak ada.. Aku menarik nafas lega.
“Kau tak nak bangun ke? ”Soal lelaki itu dingin matanya menjeling aku tajam.
Aku yang gelabah terus bangun sambil mengibas-ngibas skirt uniform sekolahku yang kotor akibat simen lantai sekolah yang kotor. Hishhh! Cleaner sekolah ni tak mop lantai ni ke?? Makan gaji buta lah tu… Ish ish ish…
“Sorry.. sorry.. awak okey ke..”Soal ku prihatin apabila melihat dia memegang lengan kirinya. Lenguh barang kali. Omo! Badan aku ni berat sangat ke.. Huhshh!! Kena diet ni..!!
“Tak payah nak tunjuk baik… Aku tahu kau ambil kesempatan… Kau tahu kan aku ada belakang kau..” Soal lelaki itu bersama senyuman sinis. Aku mengerutkan dahi, tuduhan yang dilemparkan kepadaku membuat aku termanggu seketika. Apa masalah dia ni??
“Hahhh??”
“Tak payah tunjuk baik perempuan semua sama ja..”Kata lelaki itu lagi dan dia terus berlalu mendaki tangga. Sempat juga dia melanggar bahuku.. Aku terundur ke belakang.. Sombong betul mamat ni.. Tapi macam pernah tengok muka dia.. Mmmm… Kat mana erkk?? Aku meletakkan jari kedagu dan otakku mula bekerja keras mengingati siapa lelaki tadi tu…
Sedang aku bekerja keras memikirkan siapakah gerangan lelaki itu… Tiba-tiba..
“Toooolllonggg..”Suara garau muncul kembali.. Aku yang mengelamun terus tersedar dan cepat-cepat memanjat tangga kembali sambil tanganku menutup kedua-dua belah telinga. Sekarang ni, apa yang aku mahu hanyalah cepat sampai ke kelas dan mendengar leteran Cikgu Kwang Soo supaya suara hantu yang menakutkan itu hilang.
Yaa betul, aku boleh melihat apa yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.. Yaa betul aku boleh mendengar suara-suara yang tidak dapat didengar oleh manusia.. Aku boleh mendengar dan melihat mereka sejak aku ditimpa kemalangan lima tahun yang lalu.. Mungkin setengah orang menggangap itu sebagai anugerah, tetapi bagi ku…… huhhh susah ingin aku terangkan… Setiap hari aku diganggu, pada mulanya ia memang sangat susah namun kini mungkin aku sudah terbiasa… Terbiasa hidup dalam kekuatan…
Aku berharap sangat satu hari nanti ada seseorang yang bisa melindungi ku…
. . . .
Loceng rehat sudah berbunyi, kini semua pelajar berpusu-pusu ke kantin sekolah. Aku melangkah lemah. Sesi pagi sudah berlalu. Pagi tadi teruk juga ak
Comments