New Classmates
Death CurseDorm Eunji sungguh lengang. Memandangkan hampir semua katil terdapat empunya barang-barang, Eunji memutuskan untuk duduk di katil paling dekat dengan pintu dan dekat dengan meja belajar. Hairan sungguh dia mengapa tiada satu orang pun yang mengambil kedudukan katil yang paling strategik di bilik itu.
Dengan pantasnya dia hanya meletakkan beg pakaiannya di atas katil dan sehelai tuala di dalam almarinya. Almarinya tampak masih baharu dan terdapat bekas pelekat, mungkin pemilik lamanya pernah menampal sekeping gambar di situ. Huh, dia sudah tidak ada masa untuk berteka-teki lagi. Dia perlu segera ke kelas untuk memulakan pelajaran pada hari pertama di sekolah itu!
Guru pengiringnya tadi berbisik sebentar dengan guru yang mengajar di kelasnya. Guru tersebut mengangguk-angguk tanda mengerti dengan kata-kata guru pengiringnya. Guru pengiring itu meminta diri lalu memberikan tugas seterusnya kepada guru yang mengajar di kelas barunya.
Eunji berasa berdebar-debar menghadapi suasana yang berbeza di kelas baharunya. Perasaannya bercampur-baur, ada perasaan gembira, risau, gelisah dan sebagainya. Guru tadi tersenyum kepada Eunji dan mengarahkan Eunji supaya tampil dihadapan kelas. Eunji mengikuti kata-kata guru tadi.
“Annyeong haseyo. Nama saya Jung Eunji. Sila beri tunjuk ajar,” kata Eunji sambil memberi tunduk hormat. Terlihat rakan-rakan sekelas baharunya yang
Comments