Weird Friends!
Death Curse“Mengelamun?” IU tertawa kecil.
Eunji mencebik lalu mengangguk. IU mengambil tempat disebelah Eunji.
“Tadi ahli-ahli di bilik saya bercerita pasal hantu. Seram betul sampai teringat-ingat je!” Eunji menceritakan kisah tadi kepada IU.
“Hei, jangan sebut pasal hantulah, saya seram!” kelihatan IU memeluk tubuhnya.
Eunji tertawa kecil. “Awak pun takut hantu rupanya.”
Mino tiba-tiba datang ke meja mereka. Eunji berbuat tidak tahu sahaja dan IU pula menundukkan kepalanya.
“Boleh aku join korang berdua?” amboi sedap sahaja dia duduk di hadapan dua orang gadis itu.
“Awak nak apa?” Eunji bertanya lalu memandang IU.
“Kau tanya siapa?” Mino berasa keliru dengan pertanyaan Eunji.
“Saya tanya awaklah, siapa lagi,” Eunji membalas lalu memandang Mino.
“Oh. I want to have a dinner with both of you,” Mino tersenyum.
Muka Eunji mula memerah lalu dia memandang ke arah lain. IU memandang Eunji dengan perasaan keliru. Dia sudah memberitahu Eunji tentang perasaannya terhadap Mino, tetapi nampaknya Eunji juga mudah terperangkap dengan sikap Mino.
IU memegang erat tangan Eunji. Eunji terkejut dengan tindakan IU lalu dia melihat wajah rakannya itu.
Comments