♥ Bab 5 ♥

♥ Stalker ♥
Please Subscribe to read the full chapter

 

Dah hampir 2 hari Hana berada di hospital dan pada waktu itu jugalah dia masih tidak sedarkan diri. Puan Jung dan juga Eunji sangat risaukan keadaan Hana kerana dia masih belum sedarkan diri lagi sejak kejadian itu. Puan Jung telah melaporkan kejadian itu bersama-sama dengan Baekhyun sebagai saksi tetapi malangnya Baekhyun langsung tidak nampak muka penyerang itu kerana dia hanya menemui Hana yang sedang terbaring dilantai.

“Eomma, bila Hana nak sedar ni? Doctor kata, Hana tak apa-apa tapi kenapa lambat sangat Hana sedarkan diri? Dah masuk dua hari dah.” Soal Eunji kepada Puan Jung.

“Eomma, sendiri pun tak tahu.” Balas Puan Jung yang kemudiannya mengeluh. Serentak dengan itu juga pintu wad itu dibuka dari luar.

“Annyeong Puan Jung. Annyeong Eunji. Kami datang nak melawat Hana bagi pihak sekolah dan juga rakan sekelas Hana.” Ucap Yoseob yang berada dihadapan pintu itu ditemani oleh Beast, Apink, Baekhyun, V serta Professor Kim.

“Silakan masuk.” Ucap Puan Jung.

“Ni buah tangan dari pihak sekolah.” Ucap Professor Kim.

“Ni dari pihak kelas kami.” Ucap Baekhyun.

“Terima kasih semua.” Kata Puan Jung.

“Macam mana dengan keadaan Hana?” soal Professor Kim.

“Kata doctor dia ok tapi dah dua hari dia tak sedarkan diri.” Balas Puan Jung. Untuk seketika keadaan di wad itu sunyi apabila tak ada siapa-siapa yang ingin bersuara. Baekhyun pada waktu itu melihat Hana dengan muka yang agak sedih begitu juga dengan Yoseob serta V.

“Eji, macam mana dengan keadaan Hana?” soal Yoseob kepada Eunji yang sedang duduk di sebelah katil Hana.

“Tak tahu. Dia belum lagi sedar. Dah dua hari.” Balas Eunji yang tidak pernah lepaskan tangan Hana.

“Don’t worry Eunji. She will be okay.” Ucap Chorong.

“Thanks unnie.” Balas Eunji.

“Erghh..” adu satu suara.

“Hana! Eomma! Hana dah sedar!” kata Eunji. Professor Kim segera memanggil doctor bagi pihak Puan Jung.

________________________________________________________________________________________________________________________________________

“Hana, kamu ada rasa sakit di mana-mana?” soal Doktor Ahn.

“Sakit? Kawasan yang kena tikam ni yang rasa sakit sangat apabila saya bergerak sikit saja.” Balas Hana.

“Selain daripada tu?” soal Doktor Ahn sekali lagi.

“Dah tak ada apa-apa. hanya kawasan ini sahaja yang sakit.” Balas Hana.

“Baiklah. Selepas 3 hari kamu dah boleh keluar tapi tolong jangan lakukan aktiviti yang lasak sangat. Takut jahitan di perut kamu tu terbuka. Sentiasa hati-hati dengan pergerakan kamu.” Nasihat Doktor Ahn.

“Baiklah doctor. Terima kasih banyak-banyak.” Balas Hana.

“Hana, betul nie kamu tak apa-apa?” soal Puan Jung lagi.

“Betullah eomma. Hana ok Cuma kawasan yang kena tikam ni je yang sakit.” Balas Hana dengan lembut.

“Hana, mulai dari hari ini no mulai saat ini kamu tak boleh ke mana-mana seorang diri. Ke mana saja kamu pergi harus ada teman. Unnie tak nak perkara ni berulang lagi. Kamu dah buat kami risau.” Ucap Eunji dengan serius.

“Wae? Jadi tak ada privasi untuk Hanalah. Ehhh.... Hana tak naklah.” Balas Hana yang kemudiannya memuncungkan mulutnya.

‘OMO! Comellah Hana bila dia buat macam tu. Alangkah bagusnya kalau di akademi dia berperangai seperti tu.’ Desis hati si stalker. Ya! Stalker Hana berada dikalangan mereka semua!

“Hana, apa yang Eunji katakan tu memang betul. Penjenayah tu belum lagi kena tangkap. Macam mana kalau dia serang awak lagi? Puan Jung dan Eunji dah terlalu risaukan awak sepanjang dua hari ni. Terima jelah cadangan daripada Eunji tu.” Kata Baekhyun dengan serius.

“Apa yang Eunji dan Baekhyun katakan tu memang betul. Hana, eomma pun tak nak perkara ni berulang lagi. Kamu tu anak eomma. Eomma tak nak lihat kamu cedera mahupun terluka. Please Hana. Jangan pergi ke mana-mana bersendirian mahupun ke tempat itu. Ok?” kata Puan Jung sambil mengusap kepala Hana. Terserlah sangat kasih sayangnya terhadap Hana pada waktu itu.

“Hmm... Baiklah.” Balas Hana yang kemudiannya member persetujuan terhadap cadangan Eunji itu setelah melihat wajah Puan Jung.

“Lagi sat

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Yanseob_YS
Yeah! Cerita ni dah pun siap tapi saya akan post bab demi bab. ihih.. ^^ silakan bersabar yerr.. hihi.. ^^

Comments

You must be logged in to comment
b2stFanz
#1
Chapter 25: best la ff ni..part v n hana dngn yoseob n eunji...woahhhh daebak authornim...
VelariaVY #2
Chapter 25: nice work vivi! haha never thought u could create such dramatic story hahahaxd. yg lucunya gaya c hana mcm gaya kw oo! hehe mklumlah sa sdh knal gaya kw haha jdi tyme sa baca nhe story trus sa byngkan hana=kw hahahaxd! btw yg tyme d hospital tu bah haha punya enda romantik cra c hana bwa c V balik adehhhh mmg gaya kw hahaha! jan mareeh! ok that's all yg sa mw comment! haha but overall I like this story n I can't wait to read ur next story "stalker stalk stalker"!
VIceHyung #3
Chapter 25: "By E" = baekhyun? ? tak faham la..
fazzierrachannie
#4
Chapter 25: bru abis bca hri ni.. best lah.. buat sequel k? haha best sgt :)
anisyaeynoeyo #5
Chapter 25: baekhyun xde kat situ ke????
sequel please!!!
sya_ieda_00 #6
Chapter 25: uhukk2 *nangis* sedih sbb citer ni dh abis..authornim, sequel please!!
anisyaeynoeyo #7
Chapter 24: x sabarnya nk tgok dia gan v....alahh nak habis dh ke...
bestlah cite unnie sampai setiap hari tgok cite ni berkali-kali..
unnie update soon yeah!!!!!
sya_ieda_00 #8
Chapter 24: Xsabar nk bace bab seterusnye!! Tapi citer ni dh nk abiss..uwahh T-T
sya_ieda_00 #9
Chapter 23: update soon..
sya_ieda_00 #10
Chapter 22: uwahh ape jadi dgn hana dgn v...btw update soon authornim