♥ Bab 22 ♥

♥ Stalker ♥
Please Subscribe to read the full chapter

Lima hari telah berlalu sejak Hana meluahkan perasaannya kepada V. Waktu itu, Hana sedang duduk ditaman sambil membaca buku. Adakalanya dia tersenyum apabila dia teringatkan keadaan waktu itu. Adakah patut ketika ada orang cuba untuk membunuh diri waktu itu pula dia nak meluahkan perasaannya. Waktu itu juga adalah pertama kali dia bercium dengan V untuk beberapa saat. Sekarang ini V dan juga keluarganya berada diluar Bandar untuk melupakan seketika perkara yang telah membuatkan mereka hilang semangat untuk membuat kerja masing-masing.

“Eomma, Appa. Baru sekarang Yeonie dapat melupakan semua kenangan pahit yang telah berlaku sepanjang 8 tahun ini. Eomma, appa. Doakan Yeonie dan juga oppa supaya kami Berjaya jumpa kebahagiaan kami.” Kata Hana bersendirian.

“Eh, bukankah itu Suzy? Apa yang dia buat kat sini? And.... kenapa dia menangis?” sambung Hana lagi apabila dia tiba-tiba sahaja ternampak Suzy yang sedang menangis itu.

Hana kemudiannya bangun dari tempat duduknya dan pergi ke arah Suzy.

“Hai.” Hana menegur Suzy.

Suzy kemudiannya melihat ke arah orang yang menegurnya.

“Apa yang awak nak?” soal Suzy dingin kemudian dia mengelapkan air matanya.

“Hmm... Saya nak tahu kenapa awak bencikan saya sangat?” tanya Hana kemudian dia mengambil tempat duduk disebelah Suzy.

“Hmm... Saya tak tahu.” Balas Suzy tetapi masih memandang ke tempat lain.

“Takkan awak tak tahu?” soal Hana.

“Sebab saya cemburu.” Balas Suzy.

“Cemburu? Kenapa pula awak nak cemburukan saya?” soal Hana kepada Suzy.

“Sebab awak sangat disayangi oleh orang-orang yang berada disekeliling awak. Mereka sentiasa ambil berat tentang awak walaupun awak ni hanya seorang anak angkat.” Jawab Suzy kemudian memandang ke arah Hana.

“Buat apa awak nak cemburukan saya? Bukankah awak pun disayangi oleh keluarga awak sendiri? Sekurang-kurangnya awak masih dapat bersama-sama dengan keluarga kandung awak jika dibandingkan dengan saya. Saya hanya menumpang kasih sayang saja daripada eomma dan unnie saya.” Kata Hana.

“Awak dengan saya pun tak ada bezanya. Dua-dua pun menumpang kasih sayang daripada orang lain bukannya keluarga kandung kita sendiri.” Ujar Suzy kemudian air matanya mulai mengalir.

“Maksud awak?” soal Hana kebingungan.

“Sebenarnya, eomma dan oppa tu bukannya saudara kandung saya. Mereka berdua tu dikira saudara tiri saya. Saya hanyalah anak luar nikah. Saya adalah anak daripada perempuan simpanan appa.” Kata Suzy sambil menangis. Hana hanya mendiamkan diri sahaja.

“Selama ni, saya berperangai buruk kepada eomma dan oppa. Saya tak pernah tahu pula bahawa saya ni tak patut ada dalam keluarga tu. Saya hanyalah merosakkan hubungan antara appa dan eomma saya. Mungkin saya tak patut lahir ke dunia ni. Selama saya hanya tahu menyusahkan eomma dan saya sentiasa melawan cakap eomma dan oppa tanpa saya sedar sebenarnya saya ni anak luar nikah.” Sambung Suzy lagi.

“Hana, apa yang patut saya buat?” soal Suzy kepada Hana.

Hana kemudiannya memeluk Suzy. “Saya pun tak tahu apa yang awak patut buat. Apa kata awak ikut saja kata hati awak. Dengan kata hati awak kemudian buat seperti apa yang kata hati awak nak awak buat. Tapi jangan pula awak buat benda bodoh seperti bunuh diri atau tinggalkan rumah itu.” Kata Hana.

“Terima kasih Hana. Maafkan saya sebab selama ini saya selalu buli awak dan menghina awak. Saya minta maaf banyak-banyak.” Ujar Suzy.

“Tak apalah. Saya tak kisah pun tentang semua tu.” Balas Hana sambil tersenyum.

“Hana, awak rasa eomma sayangkan saya tak?” soal Suzy kemudian dia melihat waja

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Yanseob_YS
Yeah! Cerita ni dah pun siap tapi saya akan post bab demi bab. ihih.. ^^ silakan bersabar yerr.. hihi.. ^^

Comments

You must be logged in to comment
b2stFanz
#1
Chapter 25: best la ff ni..part v n hana dngn yoseob n eunji...woahhhh daebak authornim...
VelariaVY #2
Chapter 25: nice work vivi! haha never thought u could create such dramatic story hahahaxd. yg lucunya gaya c hana mcm gaya kw oo! hehe mklumlah sa sdh knal gaya kw haha jdi tyme sa baca nhe story trus sa byngkan hana=kw hahahaxd! btw yg tyme d hospital tu bah haha punya enda romantik cra c hana bwa c V balik adehhhh mmg gaya kw hahaha! jan mareeh! ok that's all yg sa mw comment! haha but overall I like this story n I can't wait to read ur next story "stalker stalk stalker"!
VIceHyung #3
Chapter 25: "By E" = baekhyun? ? tak faham la..
fazzierrachannie
#4
Chapter 25: bru abis bca hri ni.. best lah.. buat sequel k? haha best sgt :)
anisyaeynoeyo #5
Chapter 25: baekhyun xde kat situ ke????
sequel please!!!
sya_ieda_00 #6
Chapter 25: uhukk2 *nangis* sedih sbb citer ni dh abis..authornim, sequel please!!
anisyaeynoeyo #7
Chapter 24: x sabarnya nk tgok dia gan v....alahh nak habis dh ke...
bestlah cite unnie sampai setiap hari tgok cite ni berkali-kali..
unnie update soon yeah!!!!!
sya_ieda_00 #8
Chapter 24: Xsabar nk bace bab seterusnye!! Tapi citer ni dh nk abiss..uwahh T-T
sya_ieda_00 #9
Chapter 23: update soon..
sya_ieda_00 #10
Chapter 22: uwahh ape jadi dgn hana dgn v...btw update soon authornim