♥ Bab 19 ♥

♥ Stalker ♥
Please Subscribe to read the full chapter

Seminggu telah berlalu sejak V meluahkan perasaannya terhadap Hana. Sejak dari itu juga, Hana asyik berfikir macam mana dia hendak meluahkan perasaannya kepada V tanpa sebarang gangguan dan tanpa perasaan ragu-ragu.

Pagi itu Hana bangun seperti biasa untuk ke akademi.

“Good morning Hana.” Tegur Puan Jung dimeja makan.

“Oh. Morning eomma. Unnie dan oppa mana?” balas Hana kemudian dia bertanya tentang Baekhyun dan Eunji.

“Oh. Eunji dah pergi ke akademi bersama-sama dengan Yoseob. Baekhyun pula terpaksa pergi akademi lebih awal sebab Professor yang mengajar kamu tu nak jumpa dia. Duduklah dulu Hana.” Kata Puan Jung.

“Biarlah eomma. Hana pun nak pergi ke akademi lebih awal. Nanti Hana bersarapan di akademi saja. Bye eomma.” Ujar Hana kemudian dia pergi dari situ meninggalkan Puan Jung.

Sepanjang dalam perjalanan itu, Hana hanya termenung sahaja. Entah kenapa hari ini dia merasakan bahawa ada sesuatu akan berlaku. Seperti dia akan kehilangan seseorang yang dia kenal.

‘Kenapa pula dengan perasaan saya ni. Lain betul.’ Soal Hana dalam hatinya.

___________________________________________________________________________

“Prof, biar betul ni? Inikah kertas yang saya hantar dengan Prof hari tu?” soal Baekhyun terkejut apabila dia melihat kertas yang dihantarnya hari itu.

“Ya, inilah yang kamu hantar kepada saya hari tu. Takkan kamu tak percaya. Tengoklah nama siapa yang ada diatas ni.” Balas Professor Kim terhadap soalan Baekhyun itu.

“Tapi, tak mungkin saya akan buat macam ni dengan kertas saya.” Kata Baekhyun lagi.

“Tak percaya? Kamu tengoklah sendiri tulisan ni. Bukan tulisan kamukah?” kata Professor Kim kemudian menyerahkan kertas itu kepada Baekhyun.

Berkerut-kerut dahi Baekhyun apabila dia melihat kertas itu. Selesai sahaja dia meneliti kertas itu, dia serahkan kembali kepada Professor Kim.

“Prof, tulisan tu bukan tulisan sayalah. Tak sama langsung. Takkanlah tulisan saya seperti tulisan budak-budak tadika.” Ujar Baekhyun.

“Habis tu, tulisan siapa lagi ni?” soal Professor Kim.

“Saya tak tahulah prof. Saya tak tahu macam mana nama saya boleh ada dikertas tu. Tapi saya pasti sangat-sangat bahawa kertas tu bukan milik saya. Tulisan tu tak sama langsung.” Balas Baekhyun.

“Hmm... Baiklah. Kamu boleh pergi ke kelas kamu.” Arah Professor Kim.

“Baiklah prof. Saya minta diri dulu.” Balas Baekhyun kemudian dia pergi dari bilik guru.

“Hish. Adakah patut tulisan saya disamakan dengan tulisan budak tadika? Mata prof ni ada masalah kah tidak?” marah Baekhyun ketika dia dalam perjalanan kekelas dia.

“Memang tak patut. Macam saya nak sambar dengan petir je professor tu. Hish!” sambung Baekhyun lagi.

“Baekhyun!” jerit satu suara dibelakang Baekhyun dan menyebabkan Baekhyun memandang kebelakang.

“Oh. Jimin. Kenapa?” tanya Baekhyun apabila Jimin tiba ditempatnya.

“Awak nak masuk kelaskan? Jom kita masuk sama-sama.” Ajak Jimin kemudian mereka berdua menuju ke kelas bersama-sama.

___________________________________________________________________________

“Eh, mana pula oppa pergi ni? V pun belum datang lagilah.” Ujar Hana sebaik sahaja di masuk ke kelas. Dia kemudiannya menuju ke tempat duduknya. Selang beberapa minit kemudian Baekhyun dan Jimin pun masuk bersama-sama.

“Morning Yeonie.” Tegur Baekhyun kemudian dia mengambil tempat duduk disebelah Hana.

“Hmm... Morning oppa. Hana rasa peliklah. Hari ni tak ada memo dari stalker tu pun. Agaknya stalker tu tak hadir kot.” Balas Hana.

“Hmm... Mungkin dia dah give up kot. Penat menunggu Yeonie.” Ujar Baekhyun kemudian mengeluarkan buku teks kimia dan pada masa itu juga, guru yang mengajar kimia telah masuk ke kelas.

Hana melihat tempat duduk V. Kosong. Beg milik V pun tak ada.

‘Dia tak hadirkah?’ soal Hana dalam hatinya.

Hana langsung tak memberi perhatian dalam kelas sepanjang hari itu kerana dia risaukan V.

............

Hari ini dah masuk hari ketiga V tidak hadir ke akademi. Hana tertanya-tanya kenapa V tidak hadir ke akademi. Macam-macam soalan yang terdetik dihatinya.

“Jimin, kenapa V tidak datang ke akademi? Ada apa-apa yang berlakukah?” soal Hana kepada Jimin.

“Entah. Kami pun tak tahu. Rapmonster hyung dan yang lain-lain telah menghubungi dia tapi dia langsung tidak menjawab panggilan tersebut. Dah tiga hari juga dia tidak pergi ke pejabat kami mahupun pejabat NSC.” Jawab Jimin dengan muka yang risau.

“Habis tu, kamu tahukah dimana rumah V?” soal Hana lagi.

“Tak. Kami tak tahu langsung. Dia dah pindah rumah.” Balas Jimin.

“Hmm... Baiklah kalau macam tu.” Kata Hana kemudian dia kembali ke mejanya. Ketika dalam perjalanan ke tempat duduknya, Suzy dengan sengajanya telah melanggar Hana sehingga terjatuh.

“Opps. My mistake. Sorry.” Kata Suzy kemudian pergi dari situ. Dia tak nak bantu Hana bangun pun!

“Hish. Masa macam beginilah pula dia nak cari pasal dengan saya.” Hana bangun kemudian membersihkan habuk yang ada pada skirtnya sebelum kembali ke tempat duduknya.

Kelas pada hari itu berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan pun. Sebaik sahaja waktu belajar telah tamat, Hana segera bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan kelas itu.

“Hmm... mana pula restoran hari tu?” soal Hana ketika dia berada dilaluan tempat dimana dia dan V lalui ketika mereka hendak pergi ke restoran Puan Kim.

“Hah! Tu pun dia.” Kata Hana apabila dia ternampak papan tanda restoran yang amat dia kenali. Hana segera masuk ke restoran itu.

“Selamat datang ke TaeTae Restaurant.” Sapa pelayan itu sebaik sahaja Hana masuk.

“Hmm... Boleh saya jumpa dengan Puan Kim Sungah?” tanya Hana kepada pelayan itu.

“Puan Kim? Cik ni siapa?” soal pelayan itu kembali.

“Huh? Saya adalah kawan anak lelaki Puan Kim.” Balas Hana.

“Oh. Tentu kamu adalah Hanakan?” soal pelayan tersebut.

“Ya. Sayalah Hana.” Balas Hana.

“Awak ambil surat ni.” Kata pelayan itu kemudian dia menyerahkan surat kepada Hana.

“Sebenarnya Puan Kim berada dihospital sekarang ni.” Sambung pelayan itu lagi.

“Hospital? Apa yang telah berlaku?” soal Hana terkejut.

“Puan Kim sebenarnya menghidap kanser otak peringkat keempat. Sebenarnya keadaan Puan Kim sekarang agak kritikal.” Balas pelayan itu.

“Maksud awak, Puan Kim akan..” Hana tidak sanggup hendak menghabiskan ayatnya.

“Betul tu.” Kata pelayan itu seperti tahu apa yang dimaksudkan oleh Hana itu.

“Boleh awak beritahu saya hospital mana Puan Kim ditempatkan?” soal Hana.

“Baiklah. Puan kim berada dihospital ni. Dan ini nombor wad Puan Kim.” Balas pelayan itu kemudian dia menulis nama hospital dan nombor wad Puan Kim diatas sekeping kertas dan serahkan kertas itu kepada Hana.

“Baiklah. Terima kasih.” Kata Hana kemudian dia mengambil kertas itu dan pergi dari restoran itu.

___________________________________________________________________________

“Eomma, kenapa eomma nak tinggalkan TaeTae, noona dan appa?” soal V kepada Puan Kim yang kini terlantar diatas katil dihospital itu.

“Eomma dah tak sayangkan TaeTae? Eomma bencikan TaeTae kah?” soal V lagi.

“TaeTae, dahlah tu. Eomma sedang berehat tu. Janganlah kamu nak seksa diri kamu lagi.” Pujuk Hyuna kepada V kemudian dia melihat ke arah Puan Kim yang sedang lena tidur itu. Sebenarnya dah tiga hari Puan Kim terlantar dihospital dan sehingga kini Puan Kim masih lagi belum sedarkan diri. Sehingga kini jugalah V telah berada dihosp

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Yanseob_YS
Yeah! Cerita ni dah pun siap tapi saya akan post bab demi bab. ihih.. ^^ silakan bersabar yerr.. hihi.. ^^

Comments

You must be logged in to comment
b2stFanz
#1
Chapter 25: best la ff ni..part v n hana dngn yoseob n eunji...woahhhh daebak authornim...
VelariaVY #2
Chapter 25: nice work vivi! haha never thought u could create such dramatic story hahahaxd. yg lucunya gaya c hana mcm gaya kw oo! hehe mklumlah sa sdh knal gaya kw haha jdi tyme sa baca nhe story trus sa byngkan hana=kw hahahaxd! btw yg tyme d hospital tu bah haha punya enda romantik cra c hana bwa c V balik adehhhh mmg gaya kw hahaha! jan mareeh! ok that's all yg sa mw comment! haha but overall I like this story n I can't wait to read ur next story "stalker stalk stalker"!
VIceHyung #3
Chapter 25: "By E" = baekhyun? ? tak faham la..
fazzierrachannie
#4
Chapter 25: bru abis bca hri ni.. best lah.. buat sequel k? haha best sgt :)
anisyaeynoeyo #5
Chapter 25: baekhyun xde kat situ ke????
sequel please!!!
sya_ieda_00 #6
Chapter 25: uhukk2 *nangis* sedih sbb citer ni dh abis..authornim, sequel please!!
anisyaeynoeyo #7
Chapter 24: x sabarnya nk tgok dia gan v....alahh nak habis dh ke...
bestlah cite unnie sampai setiap hari tgok cite ni berkali-kali..
unnie update soon yeah!!!!!
sya_ieda_00 #8
Chapter 24: Xsabar nk bace bab seterusnye!! Tapi citer ni dh nk abiss..uwahh T-T
sya_ieda_00 #9
Chapter 23: update soon..
sya_ieda_00 #10
Chapter 22: uwahh ape jadi dgn hana dgn v...btw update soon authornim