♥ Bab 16 ♥

♥ Stalker ♥
Please Subscribe to read the full chapter

Empat hari telah berlalu sejak kejadian di gudang itu. Kini segala-galanya telah kembali normal. Cuma kini semua orang di akademi telah tahu tentang identiti sebenar Hana bahawa dia dan juga Baekhyun adalah saudara kembar. Selain itu, identiti tentang Beast, Jimin, V  dan Jungkook masih kekal rahsia. Hal ini kerana, Puan Jung, Eunji, Hana dan Baekhyun telah berjanji bahawa mereka akan menyimpan rahsia tentang pekerjaan Beast, Jimin, V dan Jungkook.

Byun Yura dan juga konco-konconya telah ditahan oleh pihak polis. Selain itu, Byun Yura juga telah dikenakan hukuman berat sebab jenayah yang telah dilakukannya sebelum dia menjumpai Hana dan Baekhyun pada malam itu.

Tetapi, Baekhyun masih lagi ditahan dihospital disebabkan kecederaan yang dia dapat itu agak teruk.

“Baekhyun! Macam mana keadaan awak hari ni?” soal Chanyeol sebaik sahaja dia masuk ke dalam wad itu bersama-sama dengan rakan-rakan EXO mereka.

“Hyung! Macam mana awak boleh jadi macam ni?” soal Sehun pula.

“Bukankah hyung kata yang hyung dah cukup kuat untuk lawan aunty awak. Kenapa boleh sampai terlantar dihospital pula.” Kata Kai sengaja untuk membuatkan Baekhyun naik angin.

“Yah! Macam mana saya nak lawan mereka. Saiz mereka tu dua kali ganda daripada saiz saya tau. Awak pun belum tentu boleh lawan. Entah-entah awak lagi teruk kena berbanding saya.” Balas Baekhyun kemudian ketawa.

“Bro, macam mana keadaan awak?” soal Chen pula.

“Jangan risaulah. Saya ok. Besok saya dah boleh keluar.” Balas Baekhyun.

“Macam mana, seronok tak berada dihospital?” soal Xiumin kepada Baekhyun.

“Bosanlah. Tak boleh buat apa-apa. tak sabar saya nak keluar esok.” Balas Baekhyun.

“Baekhyun, kami dengar awak dah jumpa kembar awak. Siapa dia?” soal Luhan kepada Baekhyun.

“Yup. Saya memang dah jumpa dia pun. Dah lama saya tau tentang dia.” Balas Baekhyun kemudian tersengih.

“Mwoya?! Kenapa awak tak beritahu kami yang awak dah jumpa kembar awak?!” soal mereka semua serentak.

“Haha.. Mianhee.” Balas Baekhyun kemudian menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Siapa kembar awak tu?” soal Suho.

“Hah. Dia adalah....” tiba-tiba pintu wad Baekhyun dibuka dari luar dan muncullah muka Eunji, Yoseob, Hana dan juga V disebalik pintu itu.

“Oh. Kamu semua pun ada kat sini? Hai.” Tegur Eunji.

“Hai Eunji!” balas mereka serentak.

“Eji, awak kenalkah mereka semua ni selain daripada orang yang kita jumpa hari tu.” Soal Yoseob.

“Ya. Mereka ni kawan Baekhyun juga.” Balas Eunji.

“Oh. Macam tu. Hai.” Kata Yoseob kemudian dia sapa member EXO yang lain.

“Oppa, Yeonie ada bawakan buah ni. Nah makanlah.” Hana pula tidak menegur member EXO yang lain sebaliknya dia terus sahaja pergi ketempat Baekhyun. Maklumlah dah hampir 8 tahun dia tidak berjumpa dengan Baekhyun. Rindu dengan Baekhyun kot.

“Hai.” Kali ini giliran V pula menegur mereka.

“Yeonie, apasal kamu tak tegur kawan-kawan oppa ni?” soal Baekhyun.

“Hmm... Hai semuanya. Saya Byun Sooyeon a.k.a Jung Hana. Dan sayalah saudara kembar Byun Baekhyun ni.” Sapa Hana kemudian dia menyambung kerjanya mengupas kulit buah epal itu.

Manakala member EXO yang lain ternganga apabila Hana mengatakan bahawa dia adalah saudara kembar Baekhyun. Baekhyun, Eunji, Yoseob dan V yang melihat reaksi EXO itu terus sahaja ketawa.

“Dah, tutup mulut tu nanti lalat masuk pula.” Kata Hana yang cuba untuk menahan tawanya daripada terhambur.

“Betulkah awak ni saudara kembar Baekhyun?” soal Lay terkejut.

“Awak lihat muka saya. Ada nampak macam penipukah?” soal Hana kembali.

“Tak. Tak nampak seperti penipu pun.” Balas Lay.

Selepas sahaja mereka semua menenangkan diri mereka daripada terkejut, mereka terus sahaja menanyakan pelbagai soalan kepada Hana sehingga penat Hana hendak menjawab soalan tersebut.

___________________________________________________________________________

“Hah! Segarnya!” kata Hana sebaik sahaja dia keluar daripada bilik mandi kemudian dia terus sahaja menghempaskan badannya diatas katil empuk miliknya itu. Ketika dia memejamkan matanya, telefon pintar miliknya tiba-tiba sahaja berbunyi menandakan seseorang menelefonnya.

“Siapa pula yang call saya ni?” tanya Hana kemudian dia mengambil telefonnya dan menjawab panggilan tersebut.

“Helo. Siapa di sana?” sambut Hana.

“Hai Hana. Ni sayalah V.” kata pemanggil tersebut.

“Oh. V. Ada apa?” soal Hana.

“Boleh tak saya jumpa awak sekarang?” soal V kembali.

“Nak jumpa sekarang? Hmmm.... Baiklah. Nak jumpa dimana?” jawab Hana.

“Kita jumpa ditaman berdekatan dengan rumah awak. Saya tunggu awak kat sana.” Kata V.

“Baiklah. Kita jumpa kat sana.” Kata Hana.

“Baiklah. Bye!” ucap V.

“Bye.” Ujar Hana kemudian memutuskan panggilan tersebut.

Selepas sahaja dia memutuskan panggilan tersebut, dia terus sahaja pergi ke almari pakaiannya untuk mencari baju yang dia ingin pakai apabila bertemu V sebentar nanti. Entah kenapa hati dia terasa teruja apabila dia nak berjumpa dengan V sebentar nanti. Sebenarnya, selepas sahaja kejadian digudang itu berlaku hubungan Hana dan V semakin rapat dalam masa empat hari sahaja. Setiap hari mereka berdua akan berbual-bual dikafe dan ada masanya mereka berdua akan berjalan-jalan di tepi tasik sampai berbual-bual tentang hal diri masing-masing.

“Hah! Dah jumpa! Saya nak pakai baju ni.” Ujar Hana dengan girang kemudian mengeluarkan hoodie yang berwarna kelabu.

(Buat tak tahu je tentang gambar2 yang lain tu kecuali hoodie tu)

“Eomma, Hana nak keluar dulu.” Kata Hana dihadapan pintu rumahnya.

“Nak ke mana tu?” soal Puan Jung dari ruang tamu.

“Nak jumpa kawan.” Balas Hana.

“Baiklah. Hati-hati tau. Balik sebelum jam 10 malam tau.” Kata Puan Jung.

“Nae!” Hana terus sahaja keluar dari rumah itu dengan wajah yang girang kerana sebentar lagi dia akan bertemu dengan V. Tunggu sekejap! Hana tiba-tiba saja berhenti.

‘Apasal saya gembira sangat bila nak bertemu dengan V?’ soal Hana dalam hatinya kemudian dia meneruskan perjalanannya menuju ke taman.

___________________________________________________________________________

‘Apa yang saya nak beritahu kepada dia? Apa yang patut saya katakan? Macam mana saya nak beritahu tentang perkara ni?’ soal V bertubi-tubi sambil mundar-mandir ditaman itu.

“Apa yang awak buat ni? Tak peningkah asyik mundar-mandir macam tu?” soal Hana yang baru sahaja tiba di taman itu.

“Huh? Tak ada apa-apalah. Jomlah duduk disini.” Balas V sedikit panik kemudian dia mengajak Hana duduk dibuaian itu.

Hana pula ketawa apabila melihat riak muka V yang panik itu.

‘Comel!’ getus hati Hana kemudian dia duduk dibuaian itu.

“Apa yang awak nak cakap pada saya?” soal Hana sambil mengayunkan buaian itu.

“Err... Sebenarnya saya tak tahu macam mana nak cakap pada awak tentang perkara ni.” Balas V dengan gagap.

“Aigoo.. V, cuba awak tutup mata dan dengar apa yang hati awak nak katakan kemudian ucapkannya. Saya sedia untuk mendengar apa yang awak nak cakap pada saya.” Kata Hana kemudian memberikan senyuman yang paling manis sekali kepada V.

“Baiklah.” Balas V kemudian dia menutup matanya dan cuba untuk mendengar kata hatinya.

“Hana, apa yang saya nak katakan selama ni adalah tiga patah perkataan itu. 143 Hana.” Ucap V dengan tena

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Yanseob_YS
Yeah! Cerita ni dah pun siap tapi saya akan post bab demi bab. ihih.. ^^ silakan bersabar yerr.. hihi.. ^^

Comments

You must be logged in to comment
b2stFanz
#1
Chapter 25: best la ff ni..part v n hana dngn yoseob n eunji...woahhhh daebak authornim...
VelariaVY #2
Chapter 25: nice work vivi! haha never thought u could create such dramatic story hahahaxd. yg lucunya gaya c hana mcm gaya kw oo! hehe mklumlah sa sdh knal gaya kw haha jdi tyme sa baca nhe story trus sa byngkan hana=kw hahahaxd! btw yg tyme d hospital tu bah haha punya enda romantik cra c hana bwa c V balik adehhhh mmg gaya kw hahaha! jan mareeh! ok that's all yg sa mw comment! haha but overall I like this story n I can't wait to read ur next story "stalker stalk stalker"!
VIceHyung #3
Chapter 25: "By E" = baekhyun? ? tak faham la..
fazzierrachannie
#4
Chapter 25: bru abis bca hri ni.. best lah.. buat sequel k? haha best sgt :)
anisyaeynoeyo #5
Chapter 25: baekhyun xde kat situ ke????
sequel please!!!
sya_ieda_00 #6
Chapter 25: uhukk2 *nangis* sedih sbb citer ni dh abis..authornim, sequel please!!
anisyaeynoeyo #7
Chapter 24: x sabarnya nk tgok dia gan v....alahh nak habis dh ke...
bestlah cite unnie sampai setiap hari tgok cite ni berkali-kali..
unnie update soon yeah!!!!!
sya_ieda_00 #8
Chapter 24: Xsabar nk bace bab seterusnye!! Tapi citer ni dh nk abiss..uwahh T-T
sya_ieda_00 #9
Chapter 23: update soon..
sya_ieda_00 #10
Chapter 22: uwahh ape jadi dgn hana dgn v...btw update soon authornim