♥ Bab 23 ♥

♥ Stalker ♥
Please Subscribe to read the full chapter

“Hana! Telefon kamu berbunyi tu!” jerit Puan Jung dari ruang tamu memanggil Hana yang berada didapur itu.

Hana segera berlari menuju ke ruang tamu dimana dia tinggalkan telefonnya.

“Alahh.. Eomma ni. Sms jelah. Hana ingatkan ada orang call Hana tadi.” kata Hana sebaik sahaja dia tiba diruang tamu dan memeriksa sms ditelefonnya.

“Manalah tau. Sms tu penting. Siapa yang hantar sms?” Balas Puan Jung kemudian menonton televisyen.

“Hmm... Baekhyun oppa. Dia nak jumpa Hana malam ni. Katanya dia tak akan balik rumah. Dia nak tidur dirumah Uncle Song malam ni.” Balas Hana kemudian membalas sms Baekhyun.

“Jam berapa dia nak jumpa kamu?” soal Puan Jung.

“Jam 7.00 malam. Dia nak Hana pakai baju yang cantik-cantik lagi. Peliklah oppa ni.” Balas Hana.

“Mungkin dia nak celebrate penyatuan kamu berdua semula. Yalah. Kan kamu dah 8 tahun terpisah.” Sampuk Eunji yang dari tadi mendiamkan dirinya.

“Hmm... Betul juga apa yang Eunji katakan tu.” Sokong Puan Jung.

“Hah! Sekarang ni dah jam 5 petang. Apa kata kita pergi salun. Awak hiaslah diri awak tu. Well, malam nikan special.” Kata Eunji.

“Betul tu! Cepat pergi bersiap. Eomma akan bawa kamu ke salun. Cepat-cepat.” Kata Puan Jung kemudian tersenyum kepada Eunji manakala Eunji membuat thumbs up kepada Puan Jung.

“Nae. Hana pergi bersiap sekarang ni.” Kata Hana kemudian menuju ke biliknya.

“Eomma, kita kena buat Hana kelihatan nampak sangat cantik nanti sampai V terpesona sangat-sangat.” Kata Eunji kepada Puan Jung.

“Shh... Yalah. Kita akan buat dia nampak cantik sangat malam ni. Dah cepat pergi bersiap.” Jawab Puan Jung kemudian masuk ke biliknya untuk menyalin pakaian.

Akhirnya mereka bertiga berada dalam kereta setelah hampir 25 minit mereka semua bersiap. Kini mereka bertiga menuju ke salun dimana Puan Jung selalu pergi ketika dia hendak bersiap untuk ke majlis makan malam dengan klien.

Setelah hampir 30 minit, akhirnya mereka tiba di salun yang kerap kali Puan Jung lawati iaitu Beauty Wonderland Saloon. Salun itu adalah salun yang paling terkenal di Seoul. Kebanyakan artis Korea mahupun artis antarabangsa pasti tidak akan ketinggalan untuk pergi bersiap sebelum suatu acara yang penting.

“Selamat datang Puan Jung. Dah lama tak nampak Puan datang ke sini.” Sapa salah satu pekerja salun itu kepada Puan Jung.

“Ya. Kebelakangan ni saya terlalu sibuk dengan kerja saya sampai nak ke sini pun tak dapat.” Balas Puan Jung.

“Oh. Macam tu. Ada apa-apa yang kami boleh bantu?” soal pekerja itu.

“Hah, sebenarnya saya nak awak tolong hiaskan anak perempuan saya ni. Malam ni dia ada temu janji.” Kata Puan Jung.

“Baiklah puan. Yang mana satu?” kata pekerja itu.

“Hana. Mari sini.” Panggil Puan Jung kemudian Hana pun pergi ke tempat Puan Jung.

“Saya nak kamu hiaskan dia nie. Sediakan pakaian yang akan dia pakai untuk date tu juga nanti.” Kata Puan Jung.

“Baiklah. Cik sila ikut kami ke bilik pakaian. Cik boleh pilih dress yang cik nak.” Kata pekerja itu kemudian pergi dari situ meninggalkan Puan Jung dan Eunji.

“Hah! Jangan tunjukkan saya dress yang dia pilih tu.” Jerit Puan Jung manakala pekerja itu hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum kepada Puan Jung.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Yanseob_YS
Yeah! Cerita ni dah pun siap tapi saya akan post bab demi bab. ihih.. ^^ silakan bersabar yerr.. hihi.. ^^

Comments

You must be logged in to comment
b2stFanz
#1
Chapter 25: best la ff ni..part v n hana dngn yoseob n eunji...woahhhh daebak authornim...
VelariaVY #2
Chapter 25: nice work vivi! haha never thought u could create such dramatic story hahahaxd. yg lucunya gaya c hana mcm gaya kw oo! hehe mklumlah sa sdh knal gaya kw haha jdi tyme sa baca nhe story trus sa byngkan hana=kw hahahaxd! btw yg tyme d hospital tu bah haha punya enda romantik cra c hana bwa c V balik adehhhh mmg gaya kw hahaha! jan mareeh! ok that's all yg sa mw comment! haha but overall I like this story n I can't wait to read ur next story "stalker stalk stalker"!
VIceHyung #3
Chapter 25: "By E" = baekhyun? ? tak faham la..
fazzierrachannie
#4
Chapter 25: bru abis bca hri ni.. best lah.. buat sequel k? haha best sgt :)
anisyaeynoeyo #5
Chapter 25: baekhyun xde kat situ ke????
sequel please!!!
sya_ieda_00 #6
Chapter 25: uhukk2 *nangis* sedih sbb citer ni dh abis..authornim, sequel please!!
anisyaeynoeyo #7
Chapter 24: x sabarnya nk tgok dia gan v....alahh nak habis dh ke...
bestlah cite unnie sampai setiap hari tgok cite ni berkali-kali..
unnie update soon yeah!!!!!
sya_ieda_00 #8
Chapter 24: Xsabar nk bace bab seterusnye!! Tapi citer ni dh nk abiss..uwahh T-T
sya_ieda_00 #9
Chapter 23: update soon..
sya_ieda_00 #10
Chapter 22: uwahh ape jadi dgn hana dgn v...btw update soon authornim