♥ Bab 21 ♥

♥ Stalker ♥
Please Subscribe to read the full chapter

“Kat mana V ni?” soal Hana yang mengelilingi kawasan hospital itu cuba untuk mencari V.

“Sekejap. Kata unnie, V tak boleh terima kenyataan yang aunty dah pergi dari dunia ini. Takkanlah.....” kata Hana lagi kemudian dia membesarkan matanya apabila dia terfikir apa yang V akan lakukan pada waktu ini.

“Tak. Dia takkan buat perkara bodoh tu.” Kata Hana kemudian dia berlari menuju ke lif.

“Hish! cepatlah terbuka.” Hana menekan-nekan butang lif itu kerana pintu lif masih lagi belum terbuka.

Ting~~

Sebaik sahaja pintu lif itu terbuka Hana segera masuk ke dalam lif itu kemudian dia menekan butang lif menuju ke bumbung hospital itu.

“V, tolonglah jangan buat benda bodoh tu. Tolonglah.” Hana berharap supaya V tidak melakukan perkara itu.

“Hish! kena naik tangga lagi. V, tolonglah.” Kata Hana sebaik sahaja dia keluar dari lif itu kemudian dia berlari naik menuju ke bumbung.

“Huh. Tolonglah V jangan buat begitu.” Hana berharap lagi kali ini dengan air mata yang mulai mencurah-curah.

Bang!

Hana membuka pintu menuju ke bumbung itu dengan kasar. Sebaik sahaja pintu itu terbuka Hana ternampak V yang kini sedang bersedia untuk terjun dari situ.

“V!” jerit Hana kemudian dia berlari menuju ke tempat V.

V terus sahaja membuka matanya apabila dia terdengar suara Hana menjerit memanggil namanya.

“Yah! Awak dah bodohkah? Kenapa nak buat macam ni?” soal Hana sambil menangis.

“Hana, saya rindukan eomma saya.” Balas V.

“Kalau betulpun awak rindukan Aunty Kim. Bukan ini caranya. Cara ini adalah salah.” Kata Hana kemudian berjalan menuju ke tempat V.

“Jangan cuba nak halang saya. Saya dah tekad. Cuma ini sahaja caranya supaya saya boleh bertemu dengan eomma. Ini sahaja caranya supaya saya boleh bersatu dengan eomma saya.” Kata V.

“V, cuba awak berfikir dengan rasional. Adakah aunty Kim akan gembira apabila awak menamatkan nyawa awak semata-mata untuk dia. Tak pernahkah awak fikir, apa perasaan Hyuna unnie dan appa awak?” soal Hana.

“Tak. Saya tak peduli semua tu. Saya hanya nakkan eomma.” Balas V.

“Awak.... Awak tak pernah fikirkan tentang perasaan sayakah ketika saya kehilangan eomma dan appa saya?” soal Hana sekali lagi dengan air mata yang makin mencurah-curah.

“Awak sepatutnya bersyukur sebab eomma awak ada disisi awak sejak awak kecil sehingga sekarang. Tapi saya? Saya kehilangan eomma saya ketika saya berumur 10 tahun. Waktu itu saya masih lagi muda and saya telah kehilangan eomma dan appa saya. Awak? Awak Cuma kehilangan eomma awak. Saya? Kedua-dua orang yang saya sayang telah pergi meninggalkan saya dan oppa saya. Bayangkanlah. Biarpun eomma awak dah tiada, awak masih ada appa awak. Awak masih ada unnie awak. Mereka berdua sentiasa ada disisi awak selama ini.” sambung Hana kemudian dia berhenti seketika untuk melihat wajah V.

“Awak beruntung sebab masih ada appa awak. Unnie awak. Bayangkanlah macam mana hidup saya selama ini. saya dan oppa saya terpisah selepas kebakaran tu. Saya tak ada siapa-siapa waktu itu sampailah eomma dan unnie datang menghulurkan tangan mereka kepada saya.” Sambung Hana kemudian dia mengelap air matanya yang masih lagi tidak berhenti mengalir itu.

“Tapi...” V hendak bersuara tetapi dipotong oleh Hana.

“Takkan awak nak tinggalkan selepas awak meluahkan perasaan awak seminggu yang lalu? Sekurang-kurangnya bagilah saya peluang.” Kata Hana menghentikan percakapan V.

“Peluang apa?” soal V kemudian melihat ke arah Hana.

“Peluang untuk saya membalas... membalas cinta awak.” Balas Hana kemudian tersenyum kepada V dengan air matanya yang masih lagi mengalir.

“Membalas cinta saya? Tak perlulah awak bersusah payah nak balas semua tu. Saya tau awak bukannya cintakan saya pun.” Kata V.

“Yah! Awak bukannya tau perasaan saya. Macam mana awak boleh cakap seperti itu.” Marah Hana.

“Saya tau. Saya tau dari pandangan mata awak. Awak tak cintakan saya pun. Awak cintakan Yoseob. Tapi awak sembunyikan perasaan cinta dan kecewa awak kerana awak nak Eunji gembira. Betulkan?” jawab V kali ini dia tidak memandang Hana kerana waktu itu dia telah tekad untuk terjun.

“Yah! KIM TAEHYUNG! AWAK JANGAN NAK BERGURAU BOLEH TAK?! SAYA TAK SUKA PUN YOSEOB SEBAB RUANG DIHATI SAYA NI TELAH DIPENUHI OLEH AWAK TAU TAK! SAYA CINTAKAN AWAK! BUKANNYA YOSEOB! FAHAM! SAYA CINTAKAN AWAK!” Hana menjerit sekuat hatinya. V pula waktu itu terkejut mendengar setiap patah perkataan yang dikeluarkan dari mulut Hana itu.

“V, saya merayu. Tolon

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Yanseob_YS
Yeah! Cerita ni dah pun siap tapi saya akan post bab demi bab. ihih.. ^^ silakan bersabar yerr.. hihi.. ^^

Comments

You must be logged in to comment
b2stFanz
#1
Chapter 25: best la ff ni..part v n hana dngn yoseob n eunji...woahhhh daebak authornim...
VelariaVY #2
Chapter 25: nice work vivi! haha never thought u could create such dramatic story hahahaxd. yg lucunya gaya c hana mcm gaya kw oo! hehe mklumlah sa sdh knal gaya kw haha jdi tyme sa baca nhe story trus sa byngkan hana=kw hahahaxd! btw yg tyme d hospital tu bah haha punya enda romantik cra c hana bwa c V balik adehhhh mmg gaya kw hahaha! jan mareeh! ok that's all yg sa mw comment! haha but overall I like this story n I can't wait to read ur next story "stalker stalk stalker"!
VIceHyung #3
Chapter 25: "By E" = baekhyun? ? tak faham la..
fazzierrachannie
#4
Chapter 25: bru abis bca hri ni.. best lah.. buat sequel k? haha best sgt :)
anisyaeynoeyo #5
Chapter 25: baekhyun xde kat situ ke????
sequel please!!!
sya_ieda_00 #6
Chapter 25: uhukk2 *nangis* sedih sbb citer ni dh abis..authornim, sequel please!!
anisyaeynoeyo #7
Chapter 24: x sabarnya nk tgok dia gan v....alahh nak habis dh ke...
bestlah cite unnie sampai setiap hari tgok cite ni berkali-kali..
unnie update soon yeah!!!!!
sya_ieda_00 #8
Chapter 24: Xsabar nk bace bab seterusnye!! Tapi citer ni dh nk abiss..uwahh T-T
sya_ieda_00 #9
Chapter 23: update soon..
sya_ieda_00 #10
Chapter 22: uwahh ape jadi dgn hana dgn v...btw update soon authornim