♥ Bab 4 ♥

♥ Stalker ♥
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Oh! Eomma nak ke mana?” soal Eunji sebaik sahaja dia keluar daripada biliknya.

“Eomma nak ke rumah Puan Kim. Hah! Kamu berdua mesti ikut eomma juga. Pergi kejutkan Hana dan salin pakaian kamu tu.” Balas Puan Jung.

“Tak bolehkah kalau kami tak ikut?” soal Eunji.

“Hmm... Kamu kena juga ikut. Puan Kim nak jumpa kamu berdua.” Balas Puan Jung.

“Nae. Eunji pergi kejutkan Hana sekarang.” Balas Eunji yang kemudiannya pergi ke bilik Hana untuk kejutkan Hana.

 

“Eh. Dah bangun rupanya.” Kata Eunji sebaik sahaja dia membuka pintu bilik Hana.

“Oh. Unnie. Ada apa?” soal Hana.

“Eomma nak ajak kita ke rumah Puan Kim. Pergi bersihkan diri. Eomma dan unnie tunggu kat bawah.” Balas Eunji.

“Nae.” Kata Hana yang kemudiannya bangun dari meja belajarnya dan terus masuk ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya. Selesai sahaja mandi, Hana terus ke almarinya dan memilih sweater berwarna kelabu dipadankan dengan mini skirt yang mempunyai corak seperti teddy bear untuk dipakai ke rumah Puan Kim.

Selesai sahaja Hana memakai baju itu dan mengikat rambutnya dia terus turun ke bawah di mana Eunji dan Puan Jung sedang menunggunya.

“Eomma, Hana dah siap. Jomlah kita gerak sekarang nanti lambat pula.” Ucap Hana.

“Jomlah.” Kata Puan Jung yang kemudiannya berjalan seiring dengan Eunji dan Hana menuju ke kereta.

___________________________________________________________________________

“Kim Minseok! Kim Joonmyeon! Kim Jongdae! Kim Jongin! Dan yang lain-lain! Bersihkan ruang tamu ni sekarang juga!” jerit Puan Kim yang mengejutkan anak-anaknya dan kawan mereka semua. Hish! mereka semua ni! Dah tahu hari ini ada tetamu nak datang, mereka sepahkan lagi ruang tamu ni.

“Apa ni eomma? Jerit-jerit awal pagi.” Kata Jongin sambil mengosok matanya.

“Aigoo. Eomma nak kamu semua bersihkan tempat ni sekarang juga.” Ucap Puan Kim.

“Dan tak ada excuse. Faham!” sambung Puan Kim lagi kemudian berlalu pergi dari situ.

“Hish. kenapa eomma nak jerit-jerit sampai macam tu sekali? Datang haid kerr apa?” omel Jongin.

“Jomlah kita bersihkan.” Ajak Luhan yang kemudiannya mengutip sampah-sampah yang berterabur di lantai diikuti oleh Baekhyun, Tao, Kris, Lay, Suho,Xiumin dan Kyungsoo. Manakala Chen, Jongin a.k.a Kai, Chanyeol dan Sehun hanya duduk di sofa melihat mereka semua membersihkan ruang tamu itu.

“Yah! Apasal kamu semua duduk je? Cepat buang sampah ni.” Marah Luhan apabila dia melihat Chen, Kai, Chanyeol dan Sehun duduk sahaja. Mereka berempat pun segera bangun dan buang sampah itu kerana takut akan Luhan. Maklumlah kalau Luhan dah marah susah nak tenangkan dia.

Akhirnya mereka semua selesai mengemas ruang tamu itu selepas 10 minit. Puan Kim datang untuk melihat mereka semua.

“Hah. Dah bersihpun. Bagus kerja kamu semua.” Kata Puan Kim yang berpuas hati dengan kerja mereka semua.

“Eomma, apasal eomma suruh kami semua kemas ruang tamu ni awal pagi?” soal Chen a.k.a Jongdae terhadap Puan Kim.

“Puan Jung dan anak-anaknya nak datang. Takkan eomma nak mereka lihat keadaan ruang tamu kita seperti tadi tu?” balas Puan Kim.

“Memalukanlah eomma kalau Puan Jung dan anak-anaknya nampak.” Kata Xiumin a.k.a Minseok.

“Tau tak pe. Sekarang pergi bersihkan diri kamu semua tu. Hah, yang lain-lain tu nanti jelah kamu balik.” Kata Puan Kim.

“Nae.” Kata mereka semua yang kemudiannya meninggalkan Puan Kim di ruang tamu itu.

“Hmm.. Budak lelaki. Apa boleh buat.” Kata Puan Kim bersendirian. Sejurus itu, loceng rumah mereka berbunyi menandakan tetamu yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Puan Kim bergegas menuju ke pintu hadapan untuk menyambut kedatangan tetamunya.

“Aeri.” Kata Puan Kim sebaik sahaja dia membuka pintu.

“Juhyeon.” Kata Puan Jung pula yang kemudiannya memeluk Puan Kim. Maklumlah dah hampir 5 tahun mereka tidak berjumpa.

“Dah lama kita tak jumpa. Awak apa khabar sekarang?” soal Puan Kim.

“Saya baik-baik sahaja. Awak pula macam mana?” balas Puan Jung.

“Saya pun baik juga. Eh! Anak-anak awakkah ni?” soal Puan Kim sebaik sahaja dia melihat dua orang gadis di belakang Puan Jung.

“Ya. Mereka berdua ni anak saya.” Balas Puan Jung.

“Cantiknya mereka berdua ni. Opps. Maafkan saya. Silakan masuk.” Puji Puan Kim yang kemudiannya mengajak Puan Jung dan anak-anaknya masuk ke dalam.

“Apa khabar aunty. Saya Eunji.” Ucap Eunji sebaik sahaja mereka duduk.

“Khabar baik Eunji. Hah, yang seorang ni pula?” balas Puan Kim.

“Saya Hana.” Kata Hana.

“Oh. Hana. Cantik nama tu. Memang sesuai sangat dengan kamu. Kejap. Aeri, setahu saya, awak hanya ada seorang anak perempuan je. Macam mana boleh ada dua?” soal Puan Kim.

Hampir sahaja minuman yang berada di dalam mulut Puan Jung  tersembur keluar. Puan Jung memandang ke arah Hana. Tak ada reaksi. Tiba-tiba Puan Jung merasa sedih apabila melihat wajah manis Hana itu. Dah hampir 3 tahun Hana berperangai begitu setelah dia tahu kebenarannya dari mulut Suzy, anak saudaranya.

“Huh? Ha! Panjang ceritanya Juhyeon. Lain kali saya akan ceritakan kepada awak.” Balas Puan Jung.

“Oh. Baiklah.” Kata Puan Kim.

“Hah! Mana anak-anak awak?” soal Puan Jung pula.

“Sebentar lagi mereka akan ke sini. Hah! Tu pun mereka dah datang.” Balas Puan Kim.

“Banyaknya anak awak Juhyeon. Ada 12 orang. Kuat betul awak ni.” Gurau Puan Jung.

“Eh. Awak ni. Mustahillah saya boleh ada anak sebanyak ni. Anak saya hanya empat je. Yang selebihnya kawan-kawan mereka.” Balas Puan Kim sambil ketawa.

“Hah. Ni anak lelaki saya yang sulung. Nama dia Minseok. Ni yang kedua, Joonmyeon. Yang ketiga ni Jongdae dan yang ni anak bongsu saya Jongin.” Kata Puan Kim yang kemudiannya memperkenalkan anak-anaknya. Manakala Baekhyun, Luhan, Kris, Kyun

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Yanseob_YS
Yeah! Cerita ni dah pun siap tapi saya akan post bab demi bab. ihih.. ^^ silakan bersabar yerr.. hihi.. ^^

Comments

You must be logged in to comment
b2stFanz
#1
Chapter 25: best la ff ni..part v n hana dngn yoseob n eunji...woahhhh daebak authornim...
VelariaVY #2
Chapter 25: nice work vivi! haha never thought u could create such dramatic story hahahaxd. yg lucunya gaya c hana mcm gaya kw oo! hehe mklumlah sa sdh knal gaya kw haha jdi tyme sa baca nhe story trus sa byngkan hana=kw hahahaxd! btw yg tyme d hospital tu bah haha punya enda romantik cra c hana bwa c V balik adehhhh mmg gaya kw hahaha! jan mareeh! ok that's all yg sa mw comment! haha but overall I like this story n I can't wait to read ur next story "stalker stalk stalker"!
VIceHyung #3
Chapter 25: "By E" = baekhyun? ? tak faham la..
fazzierrachannie
#4
Chapter 25: bru abis bca hri ni.. best lah.. buat sequel k? haha best sgt :)
anisyaeynoeyo #5
Chapter 25: baekhyun xde kat situ ke????
sequel please!!!
sya_ieda_00 #6
Chapter 25: uhukk2 *nangis* sedih sbb citer ni dh abis..authornim, sequel please!!
anisyaeynoeyo #7
Chapter 24: x sabarnya nk tgok dia gan v....alahh nak habis dh ke...
bestlah cite unnie sampai setiap hari tgok cite ni berkali-kali..
unnie update soon yeah!!!!!
sya_ieda_00 #8
Chapter 24: Xsabar nk bace bab seterusnye!! Tapi citer ni dh nk abiss..uwahh T-T
sya_ieda_00 #9
Chapter 23: update soon..
sya_ieda_00 #10
Chapter 22: uwahh ape jadi dgn hana dgn v...btw update soon authornim