♥ Bab 11 ♥

♥ Stalker ♥
Please Subscribe to read the full chapter

“Nah, ambil fail ni.” Kata Jin kepada Rapmonster sambil menghulurkan fail.

“Fail apa ni?” soal Rapmonster yang masih lagi belum mengambil fail itu dari tangan Jin.

“Fail ni ada maklumat tentang Byun Baekhyun dan Jung Hana. V minta saya serahkan fail ni kepada awak. Dia tak dapat hantar sendiri sebab dia hal.” Jawab Jin.

“Baiklah.” Kata Rapmonster yang kemudiannya mengambil fail itu. Selepas Rapmonster mengambil fail itu, Jin berlalu pergi menuju ke mejanya meninggalkan Rapmonster yang sedang meneliti isi kandungan fail itu.

          Jung Hana a.k.a Byun Sooyeon

                 

Lahir pada 19 November 1997

Anak kepada Byun Jaejoon dan Byun Jiyul

Saudara kembar Byun Baekhyun

Diambil sebagai anak angkat oleh Jung Aeri ketika berumur 10 tahun

Pernah ditikam ketika melawat kubur Encik dan Puan Byun pada tarikh 3 Mei(thun ni)

Terpisah dengan Baekhyun semasa kebakaran 8 tahun yang lalu

Berusaha mencari saudara kembarnya

 

 

p/s : hanya maklumat ini yang saya dapat cari. Nanti saya akan inform apabila saya dapat maklumat baru.

                                                    Byun Baekhyun

       

Lahir pada 19 November 1997

Anak kepada Byun Jaejoon dan Byun Jiyul

Saudara kembar Byun Sooyeon a.k.a Jung Hana

Dijaga oleh Song Ilkook selepas kebakaran itu

Telah mengetahui bahawa Hana adalah Sooyeon

Motif untuk merahsiakan identity Hana belum ketahui lagi

Membenci ibu saudara mereka

 

 

 

 

p/s: bersama fail ini saya ada selitkan sedikit info tentang kedua-dua ibu bapa mereka.

 

*Byun Jaejoon.

*Seorang usahawan yang agak dikenali diKorea pada tahun 20xx.

*Mempunyai 2 orang anak(Kembar).

*Mempunyai seorang adik perempuan yang   bernama Byun Yura.

*Meninggal dalam kebakaran 8 tahun lepas.

 

 

*Byun Jiyul a.k.a Song Jiyul

*Ibu kepada Byun kembar.

*Isteri Byun Jaejoon

*Mempunyai seorang abang yang bernama Song Ilkook.

*Meninggal dalam kebakaran 8 tahun lepas.

 

 

“Hmm... Menarik.” Kata Rapmonster setelah dia selesai membaca fail itu.

“Suga, saya nak awak siasat latar belakang Song Ilkook dan Byun Yura.” Arah Rapmonster kepada Suga.

“Byun Yura?” soal Suga.

“Ya. Kenapa?” jawab Rapmonster.

“Tentang Byun Yura tu saya dah siasat.” Kata Suga.

“Sejak bila awak siasat Byun Yura?” soal Rapmonster.

“Ingat lagi gambar yang awak berikan kepada saya hari tu?” kata Suga manakala Rapmonster hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

“Dialah Byun Yura.” Sambung Suga lagi.

“Berikan kepada saya maklumat Byun Yura.” Arah Rapmonster. Pada waktu itu juga pintu pejabat mereka telah dibuka dengan cara yang agak kasar.

“Siapa awak semua ni?!” jerit Jin kepada lelaki-lelaki itu.

“Kami datang nak dapatkan fail yang berada dalam pegangan lelaki itu. Maklumat tentang Byun kembar.” Jawab lelaki itu.

“Maaf tapi kami tak boleh serahkan fail ini kepada awak.” Jawab Rapmonster dan pada masa itu juga dia telah memberikan signal kepada J-Hope untuk menghantarkan sms kepada V.

“Nampaknya kami terpaksa ambil fail itu dengan cara yang agak kasar.” Kata lelaki itu kemudian tersenyum sinis.

Pada waktu itu juga J-Hope mengambil telefon bimbitnya secara senyap-senyap dan menghantar sms kepada V.

            Lindungi Byun kembar. Mereka dalam bahaya. Perhatikan mereka selalu.    

J-Hope sempat menghantar sms itu kepada V sebelum dia ditendang.

“Apa ni?!” marah J-Hope yang kemudiannya menendang lelaki itu kembali.

“Serang mereka dan dapatkan fail itu dengan segera.” Arah lelaki itu kepada anak-anak buahnya.

“Baiklah.” Jawab mereka serentak kemudian mereka mula menyerang Rapmonster, Jin, Suga dan J-Hope.

Kejadian tumbuk-menumbuk berlaku dengan agak pantas. Walaupun Rapmonster dan Jin merupakan orang yang paling kuat ketika dalam pertarungan, mereka tetap tak dapat melawan kerana bilangan musuh lebih ramai daripada bilangan mereka sendiri. Setelah hampir 8 minit berlawan Rapmonster, Jin, Suga dan J-Hope akhirnya tewas. Mereka berempat kini terbaring dilantai dengan muka yang agak lebam dan cedera akibat dibelasah dengan teruk. Lelaki itu berjalan dengan penuh megah kerana baru sahaja menang menuju ke meja Rapmonster dan mengambil fail tentang maklumat Byun kembar itu.

“Terima kasihlah sebab telah membantu kami untuk mencari Byun Sooyeon yang telah lama menghilangkan diri itu. Kamu telah memudahkan kerja kami.” Kata lelaki itu sebelum dia keluar dari pejabat BTS.

“Tak guna.” Marah Rapmonster tetapi dia masih tak dapat berdiri kerana dia telah dibelasah dengan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Yanseob_YS
Yeah! Cerita ni dah pun siap tapi saya akan post bab demi bab. ihih.. ^^ silakan bersabar yerr.. hihi.. ^^

Comments

You must be logged in to comment
b2stFanz
#1
Chapter 25: best la ff ni..part v n hana dngn yoseob n eunji...woahhhh daebak authornim...
VelariaVY #2
Chapter 25: nice work vivi! haha never thought u could create such dramatic story hahahaxd. yg lucunya gaya c hana mcm gaya kw oo! hehe mklumlah sa sdh knal gaya kw haha jdi tyme sa baca nhe story trus sa byngkan hana=kw hahahaxd! btw yg tyme d hospital tu bah haha punya enda romantik cra c hana bwa c V balik adehhhh mmg gaya kw hahaha! jan mareeh! ok that's all yg sa mw comment! haha but overall I like this story n I can't wait to read ur next story "stalker stalk stalker"!
VIceHyung #3
Chapter 25: "By E" = baekhyun? ? tak faham la..
fazzierrachannie
#4
Chapter 25: bru abis bca hri ni.. best lah.. buat sequel k? haha best sgt :)
anisyaeynoeyo #5
Chapter 25: baekhyun xde kat situ ke????
sequel please!!!
sya_ieda_00 #6
Chapter 25: uhukk2 *nangis* sedih sbb citer ni dh abis..authornim, sequel please!!
anisyaeynoeyo #7
Chapter 24: x sabarnya nk tgok dia gan v....alahh nak habis dh ke...
bestlah cite unnie sampai setiap hari tgok cite ni berkali-kali..
unnie update soon yeah!!!!!
sya_ieda_00 #8
Chapter 24: Xsabar nk bace bab seterusnye!! Tapi citer ni dh nk abiss..uwahh T-T
sya_ieda_00 #9
Chapter 23: update soon..
sya_ieda_00 #10
Chapter 22: uwahh ape jadi dgn hana dgn v...btw update soon authornim