Finally, You're Mine !!!

Werewolf,Vampire and I !?
Please Subscribe to read the full chapter

Xiumin pulang dgn rasa tidak puas hati. Dia melencong ke taman rekreasi berdekatan dahulu. EXO tidak lagi mengikut Xiumin kerana mereka berpendapat yang Xiumin terus pulang ke rumah. "Argh !!! Kenapa boleh jadi macam ni ! Hye Soo sendiri yang suruh VIXX bunuh ayahnya ? Aku tak faham langsung. " jerit Xiumin sambil menyisir rambutnya ke belakang kerana geram dengan apa yang berlaku tadi. "Kenapa tadi dia lindungi N, selalunya Hye Soo tidak begini ? Adakah dia dah jatuh cinta pada N ? Ataupun... N ada buat sesuatu pada Hye Soo sehinggakan Hye Soo jadi macam tu ?" fikir Xiumin lagi. Fikirannya tidak tentu kerana asyik memikirkan tentang Hye Soo.

 

"Xiumin... kenapa teruk sangat kau ni ?" tanya Leo yang muncul secara tiba-tiba di hadapan Xiumin. "Apa yang teruk ? Korang semua yang teruk ! Apa yang korang dah buat pada Hye Soo huh ?" tanya Xiumin matanya mula berubah. "Err... kami tak buat apa-apa pun pada Hye Soo kau. Yang kau nak marah sangat ni kenapa ?" tanya Hongbin pada Xiumin pula. "Kau cemburu ke ?" tanya Hyuk. Seorang demi seorang ahli VIXX munculkan diri dan mula mengepung Xiumin. "Kalau aku cemburu pun kenapa ?" Xiumin dah mula rasa lain macam. "Oh... tak ada apa-apa. Cuma, sekarang ni... kami nak ajar kau sikit sebab dah belasah ketua kami." kata Ken dan terus menyerang Xiumin dari belakang. Xiumin tidak sempat mengelak dan dia terus diserang oleh ahli-ahli VIXX yang lain sehinggakan parah.

 

Di rumah Hye Soo...

 

Hye Soo menangis di sofa di ruang tamu. N yang baru selesai mandi memerhatikan Hye Soo lalu duduk menemani Hye Soo. "Sayang, ok tak ?" tanya N. Dia memegang bahu Hye Soo. "N, kan awak dah janji dengan saya yang awak tidak akan kacau Hee Neul dengan EXO lagi ? Tapi tadi kenapa awak bergaduh dengan Xiumin lagi ?" kata Hye Soo dalam keadaan menangis. "Hye Soo... Xiumin yang datang tiba-tiba lalu tumbuk saya. Saya langsung tak buat apa-apa pun." jelas N. "Tapi tolonglah jangan bergaduh lagi." rayu Hye Soo. N memeluk Hye Soo. "Baik sayang. Saya janji." kata N. Hye Soo berdiri dan terus menuju ke biliknya untuk tidur. N hanya memerhatikan Hye Soo. Ahli VIXX yang lain baru sampai ke rumah Hye Soo dengan keadaan baju mereka yang basah terkena darah. Darah itu adalah darah Xiumin. "Kenapa lambat sangat ?" tanya N. "Xiumin tu bukan senang nak uruskan. Kau pun tahu kan ?" tanya Ravi. "Macam mana keadaan dia ?" tanya N. "Jangan risau. Dah teruk kami belasah dia." kata Ken. "Jangan sampai teruk je. Aku nak sampai dia dah tak boleh nak kacau aku dengan Hye Soo lagi." jelas N. Semua ahli mengangguk.

 

"Mana Hye Soo ?" tanya Hyuk. "Dia dah tidur." jawab N. "Oklah, kami balik dulu. Kalau ada apa-apa... panggil je kami ok ?" kata Leo dan terus berlalu pergi. N meluru ke bilik Hye Soo. Dia ingin memastikan yang Hye Soo ok. Dia memulas tombol pintu dan mendapati

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Fatin96 #1
rase nye mcm pernah bace .. mmg best ^^
airenlyman #2
Chapter 23: It make me more crazy!!!!!
Ai_ena
#3
Chapter 18: plz updt!! palli pallli!!!!hahaha..love hyesooN cp....sweett!!!
airenlyman #4
Chapter 18: wowww !!! hye soo dgn N so sweet ...xiumin mcm mne? i love hyesooN cp too
lovin21 #5
Chapter 18: woww!!! suddenly i changed my mind.... sweet ny hye soo dgn N!!! ^_^ tp kesian pula kat xiumin.. huhu.. mianhei xiumin... i love hyesooN cp..!!
Keyra_97 #6
Chapter 15: mane smbungan nya ??
Keyra_97 #7
best wo!! hahaha...
young_angely #8
Chapter 14: aigoo...mne stu vixx ke exo??
Peacenowar #9
Chapter 14: Waaaa ~~ cantik update soon :)
young_angely #10
Chapter 11: waa....knp hye-soo jdi mcm 2??