Bab 1

Somebody That I Used to Know
Please Subscribe to read the full chapter

           Tok! Tok! Tok!

           “Rania, dah bangun ke belum?”

            Rania yang terdengar ketukan di pintu segera bangun sambil menjawab, “Sudah”. Dia tidak sedar yang dia tertidur semula selepas solat Subuh dengan telekung yang masih tersarung. Rania membuka telekungnya dan bersiap untuk bersarapan.

            “Selamat pagi, Mak Tijah.” Rania menyapa pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Mak Tijah. Mak Tijah menjawab salam Rania. Rania mengambil tempatnya di meja makan dan mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya.

            “Lambat kamu bangun. Mesti kamu tidur balik lepas solat Subuh, kan? Mak Tijah kenal sangat kamu ni,” kata Mak Tijah sambil menuangkan air ke dalam cawan Rania.

            Rania hanya tersengih. Sememangnya Mak Tijah bukanlah orang asing di dalam rumah itu, kerana Mak Tijah telah berkhidmat di rumah itu sejak Rania masih kecil lagi. Selepas kematian Puan Diana, mama Rania, Mak Tijahlah yang menjaga Rania dan abangnya, Rani Aryan.

            Ting tong! Tiba-tiba ada bunyi loceng dibunyikan. Rania segera membuka pintu untuk melihat siapa yang menekan loceng. “Abang! Awalnya balik?”

            “Kenapa? Tak suka ke abang balik?”

            “Bukanlah, cuma Rania rasa pelik. Abang kan selalunya jarang balik.”

            “Kali ni saja abang balik awal. Rindu kat adik abang yang seorang ni.” Rania pura-pura muntah. Apabila Aryan mahu mencubit pipi adiknya, Rania terus melarikan diri.

            Rania menonton tv bersama abangnya di ruang tamu. Seperti biasa, Rania yang gilakan K-Pop membuka siaran One HD. Kebetulan pula ketika itu rancangan Running Man sedang ditayangkan.

            Mereka berdua leka menonton. Kadang-kadang mereka ketawa bersama kerana telatah ahli Running Man yang lucu.

            “Rania, esok dah mula sesi persekolahan kan?”

            Rania memandang pelik ke arah abangnya. Kemudian dia berpaling menghadap televisyen semula sambil bertanya mengapa.

            “Tak ada apalah. Cuma mulai esok Rania dah jadi pelajar Form 5, so...” Aryan berhenti seketika. Rania mula memandang ke ara

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoapbfan
Jeongmal mianhae... lama tak update... otak beku... sorry sorry sorry (lagu SJ)

Comments

You must be logged in to comment
minhyun298 #1
Chapter 12: update soon
minhyun298 #2
Chapter 10: Hye_In : haha XD

#Update soon.. >_<
93Hanafayana #3
Chapter 7: Update soon^^