Bab 8

Somebody That I Used to Know
Please Subscribe to read the full chapter

                Muzik diberhentikan. Semua ahli Exo duduk untuk merehatkan badan mereka. Menari dan menyanyi memang perkara yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berkumpulan. Tetapi, kalau terus dilakukan dalam jangka masa yang lama, memang tercungap-cungaplah jawabnya. Nasib baik pada hari itu, mereka dibenarkan balik awal. Ada masa untuk mereka berehat dan berseronok.

                “Guys, ada apa-apa idea tak? Memandangkan hari ni kita dapat balik awal, so, let’s have fun,” kata Kai selepas menghabiskan baki air mineral yang berada di tangannya. Semua memerah otak memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk berseronok.

                Lay kemudiannya berkata, “Tapi, manager hyung dah cakap tak boleh pergi mana-mana. Stay kat dalam asrama je. Macam mana?”

                Mereka semua mengeluh. Bukannya selalu dapat balik awal. Sekali-sekala nak berseronok, apa salahnya? Sekarang mereka harus memikirkan cara yang terbaik untuk mereka berseronok tapi pada masa yang sama, mereka perlu patuh pada arahan manager hyung mereka.

                Ting! Mentol menyala menandakan bahawa Chanyeol telah mendapat idea. “Apa kata kita pergi lepak kat rumah Sehun, nak tak? Lagipun rumah dia bukannya jauh daripada asrama kita.”

                Sehun agak terkejut apabila Chanyeol mencadangkan rumahnya. “Tapi hyung, rumah saya tu bukannya ada benda yang menarik pun.”

                “Siapa kata tak ada, dengar kata appa kamu kan ada projek baru, tak salahkan kalau nak tengok projek dia tu.” Kai cuba memujuk Sehun. “Lagipun, dua member baru kita ni kan belum pernah datang rumah kamu lagi.”

                Sehun terpaksa akur dengan permintaan Kai. Setelah memastikan bilik latihan kemas dan bersih tanpa sebarang sampah, Suho menutup lampu dan air-cond. Mereka berjalan bersama menuju ke rumah Sehun. Chanyeol berjalan di hadapan sekali bersama Baekhyun dan Chen. Walaupun Baekhyun dan Chen masih baru menyertai Exo, tetapi mereka pandai menyesuaikan diri. Ditambah pula mereka berdua sebaya dengan Chanyeol dan mempunyai pemikiran yang lebih kurang sama. Disebabkan itu, apabila Baekhyun, Chen dan Chanyeol ada sekali, pasti riuh suasana dan mereka juga dikenali sebagai Beagle Line kerana merekalah member yang paling bising apabila bersama.

                Setibanya di hadapan rumah Sehun, Sehun menekan loceng. Kunci dibuka dan Sehun menolak pintu sambil mempelawa mereka masuk. Baekhyun dan Chen yang baru pertama kali sampai di kediaman Sehun melopong melihat rumah yang tersergam indah di hadapan mereka.

                Mereka masuk ke dalam rumah dan melabuhkan punggung di atas kerusi di ruang tamu. Ketika itu juga seorang pembantu rumah datang dan bertanya minuman apa yang mereka mahukan. Baekhyun dan Chen masih belum habis dengan aksi melopong mereka.

                “Sehun-ah, parents kamu kerja apa sebab rumah ni dahlah besar, cantik pula tu,” tanya Baekhyun.

                “

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoapbfan
Jeongmal mianhae... lama tak update... otak beku... sorry sorry sorry (lagu SJ)

Comments

You must be logged in to comment
minhyun298 #1
Chapter 12: update soon
minhyun298 #2
Chapter 10: Hye_In : haha XD

#Update soon.. >_<
93Hanafayana #3
Chapter 7: Update soon^^