Bab 5

Somebody That I Used to Know
Please Subscribe to read the full chapter

               Sehun memeriksa imbasan dirinya di cermin. Dibetulkan rambutnya supaya tampak kemas. Namun, terasa ada yang kurang. Dia berfikir dan kemudian matanya tertancap pada deretan minyak wangi yang dihadiahkan oleh para peminatnya. Dia mencapai salah satu botol minyak wangi yang ada lalu menyembur ke seluruh badannya. Dia tersenyum, berpuas hati dengan penampilannya sekarang. Ketika dia membuka pintu biliknya, dia terpandang pintu bilik Rania yang hanya berhadapan dengan biliknya.

                'Nak ketuk pintu bilik dia tak?' Sehun serba salah. 'Tak payahlah, mungkin dia dah turun agaknya.'

                Tanpa berlengah, dia segera turun ke bawah. Memang betul tekaannya. Rania memang sudah ada di bawah dan dia sedang makan ramen. Siapa makan ramen pagi-pagi macam ni? Dahlah bekas ramen tu tiada tulisan korea. Sehun menarik salah sebuah kerusi dan melabuhkan punggungnya. Dia mencapai kimbab mini yang disediakan oleh orang gajinya.

                "Awak makan apa tu? Nak kata ramen tapi tak nampak tulisan korea pun kat bekas tu." Rania yang baru sahaja mahu menyuakan mi ke mulutnya terhenti apabila Sehun bertanya kepadanya. Dia memandang mi yang ada di hadapannya dengan sekilas pandang kemudian menyambung semula pergerakannya yang tadi tergendala.

               Dia mebalas pertanyaan Sehun dengan dua perkataan sahaja, "Ramen Malaysia." Itu sahaja.

               Mereka masing-masing makan sarapan mereka sendiri. Rania dan Prof. Dani terpaksa makan mi maggi pagi itu kerana mereka masih belum menjumpai bekalan makanan yang halal di Korea. Nasib baik mereka ada bawa bekalan maggi dari Malaysia. Tiba-tiba, Prof Dania dan Prof. Oh bangun daripada tempat duduk mereka.

              "Appa dan Prof. Dani bertolak dulu ya. Kamu makanlah dulu dengan Rania." Prof Oh memberitahu Sehun.

              Rania menarik hujung baju papanya seperti budak kecil. Prof. Dani memandang ke arahnya. "Sorrylah, papa tak dapat  nak temankan Rania ke sekolah untuk first day ni. Ada perkara urgent sangat. Nanti Rania naik dengan Sehun, ok?"

              Perlahan-lahan dia melepaskan baju Prof. Dani. Mulutnya muncung menandakan yang dia merajuk. Dia terus makan tanpa menghiraukan papanya. Prof. Dani tersenyum. Masak benar dengan kelaku anaknya itu. Kalau merajuk, tak sampai beberapa saat, hilanglah merajuknya. Asalkan dia dapat makan sesuatu, maka tiada apa yang perlu dirisaukan.

               Rania dan Sehun yang sudah selesai menjamu selera bergerak ke garaj kereta yang terletak di belakang rumah. Ketika mereka menuju ke garaj kereta, Rania ternampak sebuah stor yang boleh dikatakan tak serupa langsung macam stor. Stor itu nampak seperti hanya m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoapbfan
Jeongmal mianhae... lama tak update... otak beku... sorry sorry sorry (lagu SJ)

Comments

You must be logged in to comment
minhyun298 #1
Chapter 12: update soon
minhyun298 #2
Chapter 10: Hye_In : haha XD

#Update soon.. >_<
93Hanafayana #3
Chapter 7: Update soon^^