Bab 7

Somebody That I Used to Know
Please Subscribe to read the full chapter

               Setelah mengenali identiti sebenar Exo, Rania diminta untuk berjanji supaya tidak membocorkan rahsia mereka walaupun dengan orang yang paling rapat dengannya. Kris mengajak mereka semua keluar daripada bilik latihan bawah tanah. Ada lebih kurang sejam buat kesemua member Exo sebelum mereka pergi ke agensi untuk berlatih menyanyi dan menari pula.

                Sementara itu, mereka duduk di halaman luar rumah sambil bersembang dan bermain. Rania yang dari tadi hanya senyap tanpa berkata apa-apa. Baginya, dia lebih suka mendengar celoteh mereka semua. Sekejap bergelak ketawa dek cerita lucu oleh member-member, sekejap muncul rasa simpati apabila mereka meluahkan rasa penat dan letih apabila tidak cukup rehat kerana banyak persembahan dan program yang harus dilakukan.

                Tao yang menyedari Rania sejak tadi senyap, bertanya, “Rania, awak tak ada apa-apa nak cakap ke? Senyap je dari tadi. Ataupun awak masih segan dengan kami semua?”

               “Ha? Taklah, mana ada segan. Sebenarnya memang saya ada benda nak tanya ni. Macam mana awak semua boleh ada supernatural power?”

                Shh… semua membuat isyarat senyap kepada Rania. Rania terpinga-pinga dengan tindakan mereka semua. Kris memberitahunya, “Jangan cakap kuat-kuat nanti kalau orang tahu, habis kami semua.”

               Suho menawarkan dirinya untuk bercerita. “Ada lagenda yang mengatakan bahawa ada sebji buah yang datang daripada Tree of Life. Dalam buah tu ada, 12 kuasa. Lepas tu… ,” Belum habis Suho bercerita, member-membernya yang lain mencelah.

               “Ah, dia dah mula dah… .”

               “Hyung… .”

               “Jebal, hajima.”

                Rania tergelak kecil. Kemudian Lay mengambil alih untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka.

[Imbas kembali empat tahhun yang lepas]

                “Korang, ada berita tergempar.” Mendengarkan suara Chanyeol membuatkan semua sembilan ahli Exo yang sedang berlatih memandangnya. Chanyeol menya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoapbfan
Jeongmal mianhae... lama tak update... otak beku... sorry sorry sorry (lagu SJ)

Comments

You must be logged in to comment
minhyun298 #1
Chapter 12: update soon
minhyun298 #2
Chapter 10: Hye_In : haha XD

#Update soon.. >_<
93Hanafayana #3
Chapter 7: Update soon^^