Bab 2

Somebody That I Used to Know
Please Subscribe to read the full chapter

            Hari pertama sesi persekolahan telah pun bermula. Setelah bercuti selama sebulan lebih, pelajar-pelajar SMK(P) Treacher Methodist telah kembali ke sekolah dengan azam yang baru. Lebih mengujakan apabila dapat berjumpa semula rakan-rakan. Tentu sahaja ada pelbagai cerita yang mahu dikongsi bersama.

            Rania mendaki tangga yang menuju ke kelasnya, iaitu kelas 501 yang terletak bersebelahan dengan pejabat sekolah. Ada sedikit rasa teruja apabila melihat wajah rakan-rakannya.

            “Hai, selamat pagi.” Rania menyapa semua rakannya dengan senyuman yang sangat manis. Malah, terlebih manis mengalahkan madu.

            Rania mengambil tempat duduk yang bersebelahan dengan pintu kerana apabila dia berasa bosan, dia boleh melihat kenderaan yang lalu di hadapan sekolah. Setelah Rania meletakkan begnya, dia berjalan ke arah meja kawannya.Dia menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan kawannya yang bernama Shila.      

            “Ada apa-apa cerita?” Rania memulakan perbualan.

            “Hmm, tak ada pun. Tak bercuti sangat, duduk rumah dan study je.” Shila menongkat dagunya sambil melepaskan keluhan.

            “Alahai, rajinnya kawan kita yang seorang ni. Tak apalah study, kita kan nak SPM, kenalah buat persediaan daripada awal.” Rania tersenyum. Dia menasihati orang lain, padahal hakikatnya sepanjang cuti sekolah dia hanya menghadap tv.

            Mereka terus rancak berbual sehinggalah perbualan mereka terganggu oleh seorang pelajar perempuan.

            “Rania, kau punya tempat kat mana?”

            “Tu ha! Kat tepi pintu tu.” Rania menunjuk ke arah tempat duduknya.

            “Ish Wawa, kau ni kacau daun betullah. Orang tengah seronok sembang kau datang menyampuk.” Shila mula membebel.

            “Ikut sukalah, uwekk! Eh, Qiro dengan Aqilah mana?” Wawa mula mencari kelibat lagi dua orang sahabat mereka.

            “Aqilah mana? Ramai sangat Aqilah dalam kelas kita ni.” Rania pula membuka mulut.

            “Ramai sangat ke Aqilah dalam kelas kita ni? Tiga orang je kan? Mestilah Aqilah Ramli, wahai Rania si intan payung.” Rania dan Shila sama-sama ketawa dengan celoteh spontan daripada Wawa.

            “Diorang ada kat bilik pengawas. Ada small meeting katanya.” Shila menjelaskan kepada Wawa supaya dia tidak tertanya-tanya.

            Wawa membentuk mulutnya seperti huruf ‘O’ menandakan yang dia sudah tahu. Kemudian dia beralih pula kepada Rania. Di

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoapbfan
Jeongmal mianhae... lama tak update... otak beku... sorry sorry sorry (lagu SJ)

Comments

You must be logged in to comment
minhyun298 #1
Chapter 12: update soon
minhyun298 #2
Chapter 10: Hye_In : haha XD

#Update soon.. >_<
93Hanafayana #3
Chapter 7: Update soon^^