Bab 6

Somebody That I Used to Know
Please Subscribe to read the full chapter

           Rania mengikuti guru kelasnya ke kelas. Sebaik sahaja pintu dibuka, semua mata memandang ke arahnya. Pandangan pelajar-pelajar semua membuatkan Rania jadi kekok. Setelah satu kelas mengucap selamat sejahtera kepada guru kelas mereka iaitu Cik Song Ji Hyo, mereka semua kembali duduk di tempat sendiri. Cikgu Song menyuruh Rania untuk memperkenalkan dirinya kepada kelas.

          Rania rasa amat gementar kerana bukan mudah untuk dia berdiri di hadapan orang ramai dan perkenalkan dirinya, lebih-lebih lagi di hadapan orang yang datang daripada pelbagai negara. Dia mengumpul seluruh kekuatannya dan mula bersuara, "Hai, saya Rania Ariani dari Malaysia. Nice to meet you. Oh! Kamu semua boleh panggil saya Rania."

         "Ok, Rania, kamu bolehlah duduk sebelah You Jung. You Jung, sebelah kamu ada tempat kosong kan?"

         "Nae," jawab You Jung diiringi dengan senyuman.

         Rania mengambil tempatnya di sebelah You Jung. Mereka saling bertegur sapa. Menurut You Jung, walaupun sekolah itu merupakan sekolah antarabangsa, namun Bahasa Korea merupakan subjek yang wajib selepas Bahasa Inggeris.

         Ketika waktu rehat, You Jung mengajak Rania ke taman yang terletak di belakang sekolah. Rania ikut sahaja ke mana You Jung bawa memandangkan dia masih baru di situ dan masih asing dengan suasana yang serba serbi lain daripada Malaysia.

        "Awak K-pop fan?" tanya You Jung.

        Rania mengangguk dan bertanya, "Kenapa?"

       "Awak minat siapa? Atau awak multifandom?"

       "Saya multifandom."

       "Samalah. Saya pun multifandom. Tapi kumpulan yang paling saya minat mestilah Exo."

       "Wah! Kita sama. Saya minat K-pop pun sebab Exo." 

       Mereka sama-sama menjerit keriangan. Begitulah apabila dua peminat bertemu dan berkongsi cerita. Habis riuh sekampung. Eh! Tak, bandar baru betul. Mana ada kampung di bandar Seoul ni.

       "Awak, saya tak pernah bagitau perkara ni kepada sesiapa. Awak seorang je yang tau. Saya bagitau ni jangan bagitau sesiapa tau," kata You Jung dengan suara separuh berbisik.

       Suasana menjadi senyap sunyi, hanya bunyi burung yang kedengaran. Rania memberi sepenuh perhatian.

       "Sebenarnya... saya... ," You Jung berhenti seketika. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

       Rania masih menunggu You Jung menhabiskan kata-katanya dengan sabar.

       "SAYA SUKA SEHUN OPPA!" Dengan sekali lafaz dia menghabiskan ayatnya yang tergantung tadi.

       Rania terkejut setelah mendengar pengakuan You Jung. Sangkanya You Jung mahu memberitahu sesuatu yang rahsia, namun lain pula yang diungkapkan. Memang sah si You Jung ni boleh jadi pasangan dengan Chen. Dua-dua ada bakat trolling.

.......................................................................................................

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoapbfan
Jeongmal mianhae... lama tak update... otak beku... sorry sorry sorry (lagu SJ)

Comments

You must be logged in to comment
minhyun298 #1
Chapter 12: update soon
minhyun298 #2
Chapter 10: Hye_In : haha XD

#Update soon.. >_<
93Hanafayana #3
Chapter 7: Update soon^^