Bab 4

Somebody That I Used to Know
Please Subscribe to read the full chapter

           Rania menarik begnya masuk ke dalam bilik. Dia memerhati sekeliling bilik itu yang dihiasi dengan dekorasi yang feminin dan ceria. Susun atur perabotnya juga teratur dan kemas. Kemudian, matanya tertancap pada balkoni di luar bilik itu yang dihiasi dengan bunga-bunga kecil dan terdapat sebuah kerusi gantung disitu. Dia membuka pintu balkoni, dan duduk di atas kerusi gantung itu. Dia mengeluarkan sampul yang dikirim oleh rakan-rakannya sebelum dia bertolak ke lapangan terbang. Di dalam sampul itu mengandungi satu kertas yang dipenuhi dengan coretan rakan-rakannya.

Rania, kalau terserempak Taemin, Kai, atau sesiapa je bias aku yang kau kenal, jangan lupa snap gambar tau. Kalau boleh kirim salam sekali. Hihi..                                                                                                                                                                                                                               -Wawa-

Budak! Jangan lupa kami semua kat sini, lepas tu, jangan nakal-nakal atau gedik kat sana. Haha.. just kidding. Take care.        -Shila-

Rania, jaga diri ok? Jangan jadi pendiam macam dulu tau.                         -Qiro-

Kalau jumpa L kat sana, jangan ngorat dia tau! Aku punya. Hihi.. lawak je. Jangan marah. Please do miss me.. haha.               -Aqilah Ramli-

           Rania melipat semula kertas itu. Dia tersenyum. Terasa diri dihargai. Walaupun baru sahaja tiba di negara Winter Sonata, Rania sudah merindui kawan-kawannya. Merekalah yang sentiasa ada bersamanya di kala senang mahupun susah. Dia kemudiannya masuk semula ke dalam bilik dan mula mengemas segala baju dan barangnya. Semuanya disusun dengan kemas. Iyalah, bilik pun sudah cantik, mestilah barang-barang pun kena susun dengan kemas. 

           Setelah selesai sesi mengemas, Rania pergi ke bilik papanya yang hanya bersebelahan dengan biliknya. Diketuk pintunya, namun tiada respon. Dia membuka pintu. Patutlah tiada respon, penghuninya tiada. Tapi, papa pergi mana? Tanpa membuang masa, Rania menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Akhirnya dia menemui papanya di meja makan bersama dengan seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an. Rupanya lelaki itulah Prof Oh Jae Jin.

           "Annyeonghaseyo, Rania Ariani ibnida." Rania memperkenalkan dirinya sambil menunduk hormat .

           Prof. Oh mengangguk sambil tersenyum. "Oh, ni la satu-satunya anak perempuan kamu, ya? Saya pun ada anak perempuan juga. Tapi sekarang ni dia kerja di London sebagai model. Anak lelaki saya tu pula sekarang ni dia sibuk buat persiapan untuk comeback. Jadi, jaranglah dia balik ke rumah."

           "Oh, anak ahjusshi penyanyi?" Pertanyaan Rania disambu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoapbfan
Jeongmal mianhae... lama tak update... otak beku... sorry sorry sorry (lagu SJ)

Comments

You must be logged in to comment
minhyun298 #1
Chapter 12: update soon
minhyun298 #2
Chapter 10: Hye_In : haha XD

#Update soon.. >_<
93Hanafayana #3
Chapter 7: Update soon^^