Prolog

Somebody That I Used to Know
Please Subscribe to read the full chapter

             Rania termenung. Dia tidak sangka akan bertemu dengan Chanyeol di Malaysia. Pertemuan yang tidak diduga petang tadi mengejutkan dirinya. Ketika itu, dia sedang beriadah bersama AlphaBAT di Lost World, Ipoh. Chanyeol berdiri tepat di hadapannya. Rania terkedu. Masing-masing diam membisu.

            Akhirnya, Chanyeol memulakan dulu. "Rania, apa khabar? Sihat?"

            Rania tidak menjawab sebaliknya dia hanya tunduk memandang lantai. Dia mahu mengelak daripada bertentang mata dengan Chanyeol. Seol Jun cuma berdiri di belakang Rania bersama ahli kumpulannya, memerhati gerak-geri mereka berdua. Agak lama Rania berdiam diri. Pertanyaan yang diajukan sebentar tadi dibiarkan tanpa jawapan. Pengunjung-pengunjung yang mengenali Chanyeol segera curi-curi menangkap gambarnya. Ada yang bertindak dengan lebih agresif apabila meminta untuk bergambar bersama Chanyeol.

           Rania mula rasa tidak selesa apabila semakin ramai datang mengerumuni mereka. Rania segera mengajak AlphaBAT meninggalkan tempat itu. Mereka bergerak menuju ke kereta masing-masing di tempat kereta. Rania menaiki kereta yang berasingan dengan AlphaBAT. Ketika dia mahu membuka pintu, tiba-tiba Chanyeol meletakkan tangannya, menghalang Rania daripada membuka pintu kereta.

          "Kenapa Rania mengelak daripada oppa? Susah payah oppa datang sini."

          "Oppa buat apa datang sini? Bukan jadual oppa padat ke? Iyalah, global idol la katakan."

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
exoapbfan
Jeongmal mianhae... lama tak update... otak beku... sorry sorry sorry (lagu SJ)

Comments

You must be logged in to comment
minhyun298 #1
Chapter 12: update soon
minhyun298 #2
Chapter 10: Hye_In : haha XD

#Update soon.. >_<
93Hanafayana #3
Chapter 7: Update soon^^