Scene 8

The Rise Of Juingong

 

Kau memang sengaja mengundang padah!” lelaki Cina itu tidak berhenti daripada menendang tubuh seorang lelaki tempatan yang sedang berbaring di atas tanah. Lelaki tempatan itu telah menumbuknya kerana dia telah menganggu seorang gadis Joseon yang berniaga di pasar itu.

 

Sehun menahan rasa sakit yang menyerang tubuhnya. Dia tahu dia layak dipukul kerana telah menumbuk lelaki cina itu tetapi dia tidak boleh mengawal dirinya kerana lelaki cina itu telah menganggu seorang gadis yang tidak berdosa. Sehun meludah ke arah tanah kerana lidahnya seperti terasa darah. Ludahannya berwarna merah. Sehun cuba untuk bangun tetapi gagal kerana lelaki cina itu tidak berhenti daripada menendang tubuhnya yang sudah semakin lemah. Sehun memejamkan mata untuk menerima tendangan seterusnya tetapi tiada. Dia sudah tidak merasakan apa-apa.

 

“Sehun, kau tidak apa-apa?” kepala Sehun dipangku oleh seseorang. Sehun membuka mata untuk melihat siapakah gerangan yang membantunya. Byun Baekhyun.

 

“Apa yang telah kau lakukan pada sahabat kami?” Jongdae menumbuk wajah lelaki cina itu bertubi-tubi menyebabkan bibir lelaki itu pecah dan ada darah yang menitis. Lelaki cina itu bergelut untuk melepaskan diri.

 

“Xiumin!!” jerit lelaki itu, cuba untuk meminta bantuan daripada sahabatnya. Jongdae berpaling ke belakang untuk melihat siapakah yang dipanggil oleh lelaki cina itu dan kelihatan sekumpulan lelaki sedang meluru ke arah mereka. Para penduduk yang lalu-lalang tidak mempedulikan mereka. Baekhyun pantas memapah Sehun untuk berdiri. Jongdae turut membantu, ingin melarikan diri supaya tidak ditangkap oleh sekumpulan lelaki itu.

 

“Luhan, apa yang sudah terjadi?” Baekhyun sempat mendengar suara itu semasa mereka mula melangkah untuk melarikan diri. Baekhyun berpaling, dia terkejut apabila melihat Minseok sedang berlutut di tepi lelaki cina yang dipukul oleh Jongdae. Jongdae dan Baekhyun mempercepatkan langkah mereka, masih memapah Sehun yang tidak mampu berdiri sendiri.

 

“Xiumin, kejar mereka!” arah Luhan. Xiumin mengangguk lalu mengarahkan anak-anak buah yang lain untuk mengikutnya mengejar lelaki yang telah memukul Luhan. Xiumin menolak orang yang menghalang jalannya, dia tidak peduli. Baekhyun menyumpah perlahan apabila mereka dikepung. Dia melirik ke arah Jongdae, lelaki itu kelihatan cemas. Sehun mengerang kesakitan, kakinya tidak mampu menampung berat badannya.

 

“Ke mana kamu bertiga mahu melarikan diri?” tanya Xiumin sambil berpeluk tubuh di hadapan tiga orang lelaki itu. . Muka Xiumin berubah tegang apabila dia menyedari siapa tiga orang lelaki itu. Xiumin menghalang anak-anak buah Luhan yang cuba menyerang tiga orang bekas sahabatnya itu.

 

“Minseok! Apakah kaitan kau dengan lelaki-lelaki cina ini?” tanya Jongdae. Jongdae sudah lama mengesyaki hubungan Minseok dengan pihak cina. Xiumin ketawa. Baekhyun mengecilkan matanya apabila Minseok ketawa tanpa sebab.

 

“Minseok? Aku Xiumin. Aku kira kau sudah tersalah orang.” Kata Xiumin.

 

“Pembohong! Kau Minseok!” jerit Baekhyun. Masakan mereka tidak mengenali orang yang tinggal serumah dengan mereka. Xiumin menggelengkan kepalanya lalu tersenyum sinis. Ya, dahulu dia adalah Minseok. Sejak dia berhubungan dengan pihak cina, dia bukan lagi Minseok. Dia kini adalah Xiumin.

 

“Minseok sudah mati. Aku adalah Xiumin, aku berkerja dengan pihak cina. Kamu semua juga sepatutnya bekerja dengan pihak cina. Tidak lama lagi seluruh Joseon akan dikuasai oleh pihak cina jadi sekiranya kamu bertiga menyayangi nyawa kamu, marilah sertai aku. Mereka akan berikan kau apa sahaja yang kau mahukan,”

 

“Kau pengkhianat!” cemuh Baekhyun. Kata hati Baekhyun selalu benar, tidak hairanlah jika dia tidak menyenangi Minseok sejak awal.

 

“Ya, aku pengkhianat! Sekiranya aku masih setia pada Joseon, apa yang aku dapat? Usah berdegil, marilah sertai kami. Jongdae, masa hadapanmu akan cerah bersama kami. Kau ada darah pahlawan dalam dirimu, aku sudah tahu sedari awal. Jika kau menyertai kami, aku akan namakan kau sebagai Chen,” pujuk Xiumin. Jongdae rasa agak terhina. Dia sama sekali tidak akan mengkhianati Joseon.

 

“Kim Jongdae akan selamanya menjadi Kim Jongdae!” tegas Baekhyun. Dia sangat mengenali Jongdae. Tidak mungkin Jongdae akan menjadi sehina itu. Xiumin tertawa, Baekhyun sangat lucu pada pandangannya.

 

“Adakah kau cemburu kerana aku hanya mempelawa Jongdae? Ah, usah begitu. Marilah sertai kami juga. Sebentar, kau juga seharusnya mempunyai nama yang bagus. Bagaimana jika aku namakan kau... Bao Xian?” sejurus Xiumin menghabiskan kata-katanya, muka lelaki itu terus diludah. Baekhyun yang bersedia untuk membalas kata-kata Xiumin terkaku.

 

“Kau kira kami akan menjadi sehina kau? Joseon takkan mati tanpa kau. Kau dan cina-cina ini akan mati di tangan aku!” jerit Sehun selepas meludah ke arah muka Xiumin. Xiumin tersenyum sinis lalu mengelap ludahan Sehun pada mukanya.

 

“Lelaki lemah seperti kau ingin membunuh kami? Baiklah Oh Sehun, aku akan menjaga nyawaku sebaik mungkin supaya kau boleh membunuh aku,” Xiumin memegang dagu Sehun, mencabar lelaki itu. Jongdae meletakkan tapak tangan kanannya pada dada Xiumin supaya Xiumin tidak melakukan apa-apa pada Sehun yang sudah lemah itu. Xiumin menepis tangan Jongdae lalu mendekatkan bibirnya pada telinga Sehun.

 

“Aku akan menantikan kedatangan kau,” bisik Xiumin lalu tersenyum. Baekhyun pantas menolak Xiumin agar menjauhi Sehun. Dia tidak mahu Sehun diapa-apakan.

 

“Chen, aku akan menanti saat kau menyertai kami,” kata Xiumin sebelum berlalu pergi dengan anak-anak buah Luhan. 

 

 


 

a/n: apa sudah jadi pada umin?? O.O

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akhirnya! aku reka tajuk tu lepas dengar lagu WHAT IS LOVE

Comments

You must be logged in to comment
ChanBaekLu #1
Chapter 17: Omg! Sampai scene 16 jer?? Tapi takpe.....bestnya cerita ni!!!! Lagi-Lagi bile ada Baek and yeol...but...nape Luhan jadi jahat? Patutnya yixing! Heheheheheh
eleenshakalaka #2
Chapter 17: oh my!! best citer ni. jongdae baik, tolonglah jgn apa2 kn dia baek tot
yukiyuyana
#3
Chapter 17: O.o kak lily jahat! Saya ingat yoobi mati huwaaaa
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 17: Yoobi x mati...lily nie buat wayar otak akak nak teputus duk pikir yoobi mati pastu dah lah baek nk bals dendam ngan jongdae...
-BlueSky #5
Chapter 17: anddddd things start to get complicated :/
cerita ni makin lama makin best, kalau buat drama mmg best ^^
ohneomo #6
Chapter 17: gila punye plot twist! aigoo~ mati2 kimchi ingat Yoobi dah mati! Jahat la unnie!!!

ehehehe gurau je :p
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 16: Yoobi mati.....ahh baek please don't kill jongdae
yukiyuyana
#8
Chapter 14: Yoobieee!!!! Pity you baek