Scene 6

The Rise Of Juingong

 

Masa terjadinya scene ni adalah sama dengan scene sebelumnya sebab tu scene ni pendek

 

  Apabila Jongdae keluar daripada rumah itu, tinggallah Baekhyun seorang diri bersama Junmyeon yang terlantar. Junmyeon kelihatan sangat lemah. Baekhyun mengeluh perlahan, terlalu melayani perasaan sedihnya ketika itu. Tanpa Jongdae— dia tidak mahu membayangkan hidupnya tanpa Jongdae. Walaupun selepas mereka berdua sudah berkahwin sekalipun, dia tidak akan pernah mahu untuk berpisah dengan Jongdae. Jikalau dia bermimpi kehidupannya tanpa Jongdae, mimpi itu akan menjadi mimpi paling buruk yang  pernah dia alami.

 

  Bibir Baekhyun mengukirkan senyuman apabila ada tangan yang sedang memegang bahunya daripada belakang. Dia meletakkan tapak tangannya di atas tangan itu, dia sudah terbiasa dengn sentuhan hangat Jongdae yang mampu menenangkan perasaannya. Baekhyun pantas menepis tangan itu apabila pemilik tangan itu bersuara dan ternyata lelaki itu bukan Jongdae seperti yang difikirkan oleh Baekhyun. Baekhyun bangun dan berpaling untuk menghadap lelaki itu. Bibir Baekhyun membentuk garisan nipis apabila dia bertentang mata dengan lelaki itu. Park Chanyeol.

 

  “Adakah aku telah membuatkan kau terkejut?” suara garau Chanyeol kedengaran. Baekhyun menggelengkan kepalanya lalu melangkah ke arah jendela. Dia melihat ke arah halaman rumah. Baekhyun tidak suka apabila didekati oleh orang yang tidak dia kenali. Chanyeol memahami yang Baekhyun tidak menyukainya-melalui bahasa tubuh lelaki itu. Wajah Baekhyun kelihatan tegang dan keningnya berdekatan antara satu sama lain. Itu jelas menunjukkan perasaan Baekhyun ketika itu.

 

  Chanyeol tidak pernah berniat untuk membuatkan Baekhyun berasa tidak selesa. Dia dan Jongdae sudah mula rapat jadi dia tidak mengerti apabila Baekhyun menjauhinya. Bukan sahaja dia, malah, teman-teman yang lain turut dijauhi oleh Baekhyun.

 

  “Aku ingin bersahabat dengan kau,”

 

“Aku hanya perlukan Jongdae sebagai sahabatku”

 


 

a/n: scene lepas ni akan bersambung balik dengan liyin yang berjaya tangkap jongdae..

fyi, aku namakan scene1, 2 ,3,... bersebab. aku akan compilekan balik. aku divide kepada scene2 supaya senang nak baiki typo and apa2 kesalahn.

 

oh man. yeol kena reject XD

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akhirnya! aku reka tajuk tu lepas dengar lagu WHAT IS LOVE

Comments

You must be logged in to comment
ChanBaekLu #1
Chapter 17: Omg! Sampai scene 16 jer?? Tapi takpe.....bestnya cerita ni!!!! Lagi-Lagi bile ada Baek and yeol...but...nape Luhan jadi jahat? Patutnya yixing! Heheheheheh
eleenshakalaka #2
Chapter 17: oh my!! best citer ni. jongdae baik, tolonglah jgn apa2 kn dia baek tot
yukiyuyana
#3
Chapter 17: O.o kak lily jahat! Saya ingat yoobi mati huwaaaa
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 17: Yoobi x mati...lily nie buat wayar otak akak nak teputus duk pikir yoobi mati pastu dah lah baek nk bals dendam ngan jongdae...
-BlueSky #5
Chapter 17: anddddd things start to get complicated :/
cerita ni makin lama makin best, kalau buat drama mmg best ^^
ohneomo #6
Chapter 17: gila punye plot twist! aigoo~ mati2 kimchi ingat Yoobi dah mati! Jahat la unnie!!!

ehehehe gurau je :p
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 16: Yoobi mati.....ahh baek please don't kill jongdae
yukiyuyana
#8
Chapter 14: Yoobieee!!!! Pity you baek