Scene 11
The Rise Of Juingong"Jongdae, gembira dapat bertemu kau di sini,"
Jongdae mengepal jari-jemarinya. Dia ingin menampar wajah Xiumin agar senyuman sinis pada wajah lelaki itu dapat dihilangkan tetapi dia masih waras. Ruangan rumah Xiumin kelihatan luas, ternyata pihak cina benar-benar menjaga Xiumin dengan baik. Xiumin mendekati Jongdae lalu memegang bahu lelaki itu.
"Jadi, kau telah membuat keputusan untuk menyertai kami?" tanya Xiumin. Dia tidak menyangka Jongdae akan sudi hadir ke rumahnya. Jongdae menunduk memandang tanah. Jika diikutkan akalnya, dia tidak akan sesekali datang ke situ. Hatinya telah mendesaknya untuk ke situ, demi Liyin. Dia ingin menyelamatkan Liyin dan satu-satunya cara adalah menyertai pihak cina. Jongdae akhirnya mengangguk. Senyuman pada bibir Xiumin semakin melebar.
"Baguslah jika begitu. Kau masuklah dahulu, aku harus menyelesaikan satu hal di pekan. Kau buatlah apa-apa yang kau mahu," Xiumin menepuk bahu Jongdae dengan mesra lalu mengisyaratkan Jongdae supaya masuk ke dalam rumahnya. Jongdae mengangguk sekali lagi lalu menapak untuk memasuki rumah yang besar itu.
"Jongdae, Baekhyun tidak bersama kau?" Xiumin tiba-tiba rasa curiga kerana Baekhyun tiada bersama Jongdae. Langkah Jongdae terus terhenti. Tanpa berpaling, Jongdae terus menjawab, "Mulai sekarang, aku adalah Chen."
Jongdae terus menyambung langkahnya yang terhenti sebaik sahaja dia menuturkan ayat itu. Maafkan aku, Baekhyun.
a/n: scene ni pendek je. mian.
Comments