Scene 2

The Rise Of Juingong

 

  “Kau yakin yang mereka akan membenarkan kita menumpang di sini?” tanya Baekhyun apabila mereka sampai di hadapan rumah ketua kampung. Mata lelaki itu liar memerhatikan kawasan sekeliling—tiada sesiapa. Sejurus selesai menukarkan pakaian mereka dengan pakaian baru di kedai milik keluarga Yoobi, Baekhyun dan Jongdae terus pergi ke rumah ketua kampung itu. Jongdae dan Baekhyun bersahabat dengan anak ketua kampung itu yang bernama Junmyeon. Mereka berhubungan dengan Junmyeon selama ini melalui surat-menyurat dan Jumnyeon telah mempelawa mereka untuk tinggal bersamanya jika mereka mahu kembali ke Joseon.

 

  Pintu gerbang rumah itu tiba-tiba terbuka daripada dalam,muncul seorang lelaki yang berkulit putih licin. Mata Jongdae mengecil untuk mengenalpasti lelaki itu kerana selepas berlakunya perubahan daripada segi gaya pemakaian penduduk Joseon, semua orang kelihatan berbeza. Rambut yang dulunya panjang kini sudah dipotong pendek dan kelihatan kemas.

 

  “Apakah yang membawa kamu berdua ke sini?” tanya Junmyeon sambil memerhatikan dua orang lelaki yang berdiri di hadapan rumahnya. Dia memerhatikan dua orang lelaki itu dengan penuh curiga. Dia tidak pernah melihat—mungkin dia pernah melihat mereka. Bibir Junmyeon terus mengukirkan senyuman.

 

  “Jongdae? Baekhyun?”

 

  “Junmyeon!” seru Baekhyun dan Jongdae serentak lalu menyerang lelaki yang lebih tua itu untuk dengan pelukan erat. Junmyeon terundur beberapa tapak sebelum berjaya mengimbangi berat mereka. Dia ketawa senang hati lalu memeluk kedua-dua sahabatnya itu. Dia gembira kerana akhirnya mereka kembali ke Joseon. Mereka meleraikan pelukan apabila mereka tidak mampu bernafas dengan betul. Wajah-wajah mereka kelihatan berseri, menyerlahkan kegembiraan yang mereka rasai.

 

  “Aku tidak pernah menyangka kamu akan benar-benar kembali! Marilah masuk ke dalam,” pelawa Junmyeon. Jongdae mengangguk lalu menarik lengan Baekhyun untuk membuntuti Junmyeon.

 

  “Adakah Tuan Penghulu ada di dalam?” tanya Jongdae apabila mereka melangkah masuk ke dalam ruangan utama. Perabot-perabot di dalam rumah itu sudah berbeza. Ketika Baekhyun dan Jongdae bersila di hadapan meja rendah di ruang itu, muncul seorang lelaki lain. Lelaki itu hanya berjalan melepasi mereka lalu keluar.

 

  “Siapakah itu?” tanya Baekhyun kerana dia tidak familiar dengan wajah lelaki berkenaan. Lelaki itu pula langsung tidak menegur mereka. Junmyeon tersenyum sebelum menuangkan teh ke dalam cawan sebelum dihidangkan di hadapan Jongdae dan Baekhyun.

 

  “Dia Oh Sehun. Selepas Jepun meninggalkan Joseon, bapaku telah menggumpulkan beberapa anak muda yang kehilangan tempat tinggal dan keluarga untuk tinggal di sini. Setakat ini, sudah ada lima orang,” jelas Junmyeon. 

 

  “Oh, begitu. Jika dicampurkan dengan aku dan Baekhyun maka cukuplah tujuh orang.” Kata Jongdae lalu menghirup perlahan teh yang telah dihidangkan oleh Junmyeon. Dia mengeluh lega apabila lidahnya menikmati keenakan teh itu. Jongdae tersenyum sebelum kembali meletakkan cawan itu ke tempat asalnya.

 

  “Di manakah Tuan Penghulu? Sudah lama aku tidak bertemu dengannya,” kata Jongdae. Dia mengulangi soalannya yang belum dijawab oleh Junmyeon. Junmyeon tidak mendengar soalan itu ketika mula-mula Jongdae menyoalnya. Baekhyun hanya mendiamkan diri, kembali kepada perangai asalnya. Dia hanya memerhatikan Junmyeon dan Jongdae berbual sebelum merenung jari jemarinya yang berada di atas riba. Kemudian, dia merenung kemeja bercorak kotak yang dia telah tukarkan dengan hanboknya—dia tersenyum.

 

  “Kau kelihatan tampan memakai kemeja ini,”

 

  Kata-kata pujian Yoobi bermain di fikirannya membuatkan dia tersenyum. Dia sudah berjanji dengan Yoobi yang dia akan pergi melawat kedai gadis itu pada hari esok. Kini, dia tidak sabar menunggu hari esok. Dia mahu bertemu Yoobi. Jongdae yang terlihat senyuman di bibir Baekhyun hanya menggelengkan kepala perlahan-lahan sebelum menumpukan sepenuh perhatian pada Junmyeon.

 

  “Bapaku tiada di rumah. Dia pergi menghadiri satu perjumpaan yang dihadiri oleh semua pemimpin dari seluruh daerah di Joseon. Berkemungkinan besar dia akan pulang ke rumah pada hari esok,” terang Junmyeon. Bapanya agak sibuk selepas Jepun  menamatkan penjajahan mereka terhadap kerana para pemimpin selalu mengadakan perbincangan untuk hal berkaitan  membaikpulih sosial, ekonomi dan politik tanah air mereka.

 

  “Oh, di mana pula anak-anak muda yang lain?” tanya Jongdae lagi. Junmyeon tertawa kecil. Anak-anak muda yang tinggal di rumahnya sering sahaja keluar dan balik sesuka hati mereka jadi Junmyeon tidak mampu menjawab soalan Jongdae itu. Selain daripada Oh Sehun, lelaki lain yang tinggal di rumah Junmyeon adalah Do Kyungsoo, Kim Minseok, Kim Jongin dan Park Chanyeol.

 

  Junmyeon yakin Jongdae akan dapat menyesuaikan diri dengan lima orang jejaka itu kerana Jongdae bersifat peramah dan terbuka. Baekhyun—Junmyeon kurang pasti. Dia arif benar dengan perangai lelaki itu yang tidak selesa untuk berkenalan dengan orang baru.

 

 


a/n: next scene kita akan jumpa anak2 muda yang hot tu. haha.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akhirnya! aku reka tajuk tu lepas dengar lagu WHAT IS LOVE

Comments

You must be logged in to comment
ChanBaekLu #1
Chapter 17: Omg! Sampai scene 16 jer?? Tapi takpe.....bestnya cerita ni!!!! Lagi-Lagi bile ada Baek and yeol...but...nape Luhan jadi jahat? Patutnya yixing! Heheheheheh
eleenshakalaka #2
Chapter 17: oh my!! best citer ni. jongdae baik, tolonglah jgn apa2 kn dia baek tot
yukiyuyana
#3
Chapter 17: O.o kak lily jahat! Saya ingat yoobi mati huwaaaa
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 17: Yoobi x mati...lily nie buat wayar otak akak nak teputus duk pikir yoobi mati pastu dah lah baek nk bals dendam ngan jongdae...
-BlueSky #5
Chapter 17: anddddd things start to get complicated :/
cerita ni makin lama makin best, kalau buat drama mmg best ^^
ohneomo #6
Chapter 17: gila punye plot twist! aigoo~ mati2 kimchi ingat Yoobi dah mati! Jahat la unnie!!!

ehehehe gurau je :p
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 16: Yoobi mati.....ahh baek please don't kill jongdae
yukiyuyana
#8
Chapter 14: Yoobieee!!!! Pity you baek