Scene 5

The Rise Of Juingong

 

Font berwarna merah bermakna bahasa cina

 

  Selepas hampir empat puluh minit perjalanan, Kyungsoo dan Jongdae sampai di hadapan kedai ubat itu. Pemilik kedai itu sedang duduk menghadap jalan di mana penduduk sedang lalu-lalang. Ubat-ubatan terpamer di atas sebuah meja dan semua ubat-ubatan itu diperbuat daripada herba. Jongdae melihat ke arah Kyungsoo yang sedang memeriksa kawasan sekeliling. Perlakuan Kyungsoo membuatkan Jongdae curiga.

 

  “Aku akan pergi mengambil—“ kata-kata Kyungsoo terhenti apabila Jongdae menarik leher kemeja hitam yang dipakainya.

 

  “Mengambil?” soal Jongdae, lebih kepada mendesak Kyungsoo untuk mengatakan yang sebenarnya.

 

  “Maksud aku,” Kyungsoo mengeluh perlahan sebelum menyambung ayatnya, “...mencuri.”

 

  Jongdae melepaskan kolar baju Kyungsoo lalu terdiam. Dia tidak tahu dia perlu menyokong tindakan Kyungsoo itu atau tidak. Dia terbayangkan keadaan Junmyeon yang terlantar dan perasaannya menjadi lemah. Jongdae memerhatikan kedai ubat itu lalu kembali menatap wajah Kyungsoo.

 

  “Bagaimana?” Jongdae mengeluh perlahan. Kyungsoo agak tersentak dengan soalan itu tetapi tetap tersenyum. Kyungsoo tahu Jongdae tidak mempunyai pilihan lain selain bersetuju dengan ideanya. Kyungsoo mendekatkan bibirnya pada telinga Jongdae lalu membisikkan idea yang telah di rangka di dalam mindanya. Jongdae tekun mendengar. Hatinya agak berdebar.

 

  Menurut Kyungsoo, pemilik kedai itu bernama Zhang Yixing dan sepatutnya adik perempuannya ada menemaninya menjual. Ketiadaan adik lelaki cina itu akan melancarkan rancangan yang telah diatur. Seperti yang dirancang, Jongdae melangkah ke arah kedai itu lalu berpura-pura membelek ubat-ubatan di situ. Yixing yang jelas tidak mampu melihat hanya duduk tanpa melakukan apa-apa. Dia sedang menunggu adiknya, Zhang Liyin, kembali daripada bertemu sahabatnya. Adik perempuannya itu memang gemar meluangkan masa bersama sahabat-sahabatnya.

 

  Jongdae bernasib malang kerana saat dia cuba memasukkan ubat ke dalam pakaiannya, Liyin sudahpun pulang untuk menemani abangnya. Jongdae yang sudah bersedia untuk keadaan ini terus melarikan diri bersama ubat-ubatan itu. Kyungsoo juga sedar yang Liyin sudah nampak Jongdae mencuri di kedai itu.

 

  “Pencuri!” jerit Liyin lalu mengejar Jongdae. Jongdae agak bersalah apabila dikejar oleh gadis itu tetapi dia juga tidak mahu tertangkap. Orang ramai di situ kebanyakannya orang tempatan jadi mereka tidak faham apa yang telah Liyin jeritkan. Kyungsoo bersedia di hujung jalan di mana Jongdae akan melalui jalan itu. Apabila Jongdae semakin menghampiri, Kyungsoo berpura-pura yang Jongdae terlanggarnya. Jongdae sudah bersedia untuk itu kerana mereka telah berjanji yang mereka akan berpura-pura terlanggar jika ada sesiapa yang ternampak dan ubat itu akan bertukar tangan. Kyungsoo memasukkan ubat itu ke dalam bajunya lalu berpura-pura terjatuh dan mengerang kesakitan.

 

  Jongdae pula terus melarikan diri kerana Liyin masih lagi mengejarnya. Larian Liyin agak pantas jadi Jongdae membuat keputusan untuk bersembunyi, dia sudah tidak berdaya untuk terus berlari. Jongdae ke arah satu lorong lalu bersembunyi di sebalik dinding. Jongdae tercungap-cungap untuk menarik nafas tetapi berusaha untuk mengawal bunyi nafasnya supaya tidak dikesan. Jantungnya berdegup sangat laju. Dia harap Kyungsoo berjaya membawa balik ubat itu dengan selamat.

 

  Liyin memerhatikan sekelilingnya. Dahinya berkerut kerana dia sudah tidak tahu di mana pencuri itu berada. Dia berlegar-legar di kawasan itu, masih tidak berputus asa untuk mendapatkan pencuri itu. Liyin menjenguk ke dalam perigi buta, ke dalam tempayan besar tetapi tersenyum sendiri kerana tempayan itu memuatkan Gochujang. Tidak mungkin manusia akan masuk ke dalam tempayan itu. Liyin terbersin kerana bau cili yang kuat. Jongdae cuba mengecilkan badannya apabila suara gadis itu kedengan seperti dekat. Selamatkanlah aku...

 

  Jongdae perlahan-lahan bangun untuk melarikan diri daripada situ tetapi dia pantas menyesali perbuatannya apabila ada tubuh yang melompat ke atas belakang badannya dan lengan pemilik tubuh itu berlingkar di bahunya, erat. Jongdae menggigit bibirnya kerana kesal dengan tindakan bodohnya.

 

  “Dapat!” jerit Liyin. Dia akhirnya berjaya menangkap pencuri itu.

 

 


 

a/n: love in the air~~ eh, tetibe. C.Nim unnie, sebenarnya saya nak buat watak liyin yu c.nim unnie tapi kontes ni takleh guna oc so unnie perasan jela si Liyin tu unnie, kay??

 

yeah, ppl. chen n liyin~~

 

tumblr_n16t4lwfMa1qh1gd1o4_250.gif

hish jongdae, jgn pandang dia mcm tu~ cair ati ai...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akhirnya! aku reka tajuk tu lepas dengar lagu WHAT IS LOVE

Comments

You must be logged in to comment
ChanBaekLu #1
Chapter 17: Omg! Sampai scene 16 jer?? Tapi takpe.....bestnya cerita ni!!!! Lagi-Lagi bile ada Baek and yeol...but...nape Luhan jadi jahat? Patutnya yixing! Heheheheheh
eleenshakalaka #2
Chapter 17: oh my!! best citer ni. jongdae baik, tolonglah jgn apa2 kn dia baek tot
yukiyuyana
#3
Chapter 17: O.o kak lily jahat! Saya ingat yoobi mati huwaaaa
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 17: Yoobi x mati...lily nie buat wayar otak akak nak teputus duk pikir yoobi mati pastu dah lah baek nk bals dendam ngan jongdae...
-BlueSky #5
Chapter 17: anddddd things start to get complicated :/
cerita ni makin lama makin best, kalau buat drama mmg best ^^
ohneomo #6
Chapter 17: gila punye plot twist! aigoo~ mati2 kimchi ingat Yoobi dah mati! Jahat la unnie!!!

ehehehe gurau je :p
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 16: Yoobi mati.....ahh baek please don't kill jongdae
yukiyuyana
#8
Chapter 14: Yoobieee!!!! Pity you baek