Scene 13

The Rise Of Juingong

 

 

 

“Nikmatilah ganjaran kau. Aku telah menyediakan gisaeng terbaik untuk melayan kau kerana kau sudi berkhidmat dengan kami,” kata ketua pemberontak cina itu, Yifan. Dia tersenyum nakal ke arah Jongdae, atau kini sudah dikenali sebagai Chen. Jongdae memandang pintu yang memisahkan dia dan gisaeng yang Yifan maksudkan. Dada Jongdae terasa sempit. Dia berdebar dan pada masa yang sama takut. Sebentar sahaja lagi dia akan bertemu kekasih hatinya, Liyin.

 

“Pergilah,” kata Yifan lalu meninggalkan Jongdae di situ. Jongdae menghembuskan nafas yang dia tahan sejak tadi lalu perlahan-lahan tangannya diangkat untuk mencapai tombol pintu. Hati Jongdae menjerit hiba apabila mengenangkan yang setiap malam, lelaki berlainan yang akan mencapai tombol itu. Jongdae meyakinkan diri untuk memulas tombol pintu itu lalu daun pintu perlahan-lahan dibuka.

 

Sebatang tubuh yang sedang membelakangkan Jongdae sedang merenung ke arah dinding. Dia mendengar suara-suara lelaki di sebalik pintu jadi dia tahu sebentar lagi akan datang binatang bertopengkan manusia yang akan meratah tubuhnya. Dia sudah kalis dengan semua itu. Dia hanya berharap nyawanya tidak panjang supaya dia tidak menanggung semua keperitan itu dengan lebih lama.

 

Jongdae memerhatikan belakang gadis itu.Disebalik pakaian yang diperbuat daripada kain sutera yang membaluti tubuh gadis itu, gadis itu kelihatan kecil dan lemah. Jongdae terpaksa menyabarkan dirinya daripada meluru ke arah  gadis itu dan melagukan kata-kata maaf. Dia mahu meminta maaf kerana tidak mampu melindungi gadis itu. Jongdae berdehem perlahan untuk menghilangkan rasa gugupnya.

 

“Gadis...” suara Jongdae kedengaran perlahan tetapi penuh  dengan kesayuan dan kerinduan. Gadis itu tersentak apabila mendengar panggilan itu. Hanya seorang lelaki yang memanggilnya dengan panggilan itu. Gadis itu pantas berpaling.

 

“Jongdae?” suara gadis itu penuh mengharap, mengharap lelaki itu benar-benar Jongdae. Matanya membuktikan yang telinganya tidak menipu. Lelaki itu benar-benar Jongdae. Liyin meluru ke arah Jongdae dengan esakan. Jongdae menyambut tubuh Liyin dengan dakapan hangatnya, ingin gadis itu terasa dilindungi. Liyin melepaskan segala kesedihan,keperitan dan penderitaan yang dia tanggung melalui tangisan itu. Tangisan yang membasahi dada Jongdae. Jongdae mengusap belakang Liyin apabila badan gadis itu menggeletar.  Walaupun Jongdae seorang lelaki, ada setitis air mata yang mengalir di hujung matanya.

 

“Gadis, maafkan aku kerana terlambat untuk menyelamatkanmu. Menangislah supaya hatimu tenang. Aku ada di sini untuk melindungimu. Kau takkan disakiti lagi selepas ini,” suara serak Jongdae kedengaran. Dia mengemaskan pelukan pada tubuh kecil itu. Dia akan meminta pada Yifan supaya membenarkan dia untuk berkahwin dengan Liyin. Dia yakin Yifan akan memberi keizinan kerana Yifan sangat menyenanginya. Dia akan melindungi Liyin, walau apa jua yang terjadi sekalipun.

 

Tiba-tiba kedengaran bunyi huru-hara diluar. Jongdae mengusap kepala Liyin perlahan lalu melonggarkan pelukan. Dia ingin melihat apa yang sudah terjadi di luar. Liyin mengangguk lalu membiarkan Jongdae keluar daripada bilik itu. Apabila Jongdae keluar daripada bilik itu, kelihatan beberapa pemuda cina yang separuh bogel, juga sedang mengambil tahu apa yang sudah terjadi.

 

Kelihatan seorang gadis meraung kerana diheret untuk ke situ. Gadis itu kelihatan seperti dipukul. Mukanya lebam dan berpeluh. Rambutnya tidak terurus. Gadis itu menjerit minta dilepaskan lalu menronta menyebabkan pegangan dua lelaki padanya terlepas. Gadis itu berlari-lari di dalam ruangan tertutup itu untuk melarikan diri tetapi dia ruang untuk dia memboloskan diri. Mata gadis itu tertancap pada wajah Jongdae lalu gadis itu berlari ke arah Jongdae lalu memeluk kaki lelaki itu.

 

“Jongdae, selamatkan aku. Selamatkan aku, aku tidak mahu menggadaikan tubuhku. Jongdae!” gadis itu merayu dengan air mata yang tidak berhenti daripada mengalir. Jongdae terkaku. Dia benar-benar tidak mengecam wajah gadis itu tetapi apabila gadis itu bersuara, Jongdae ternyata mengenali gadis itu. Lidah Jongdae bagaikan terpaku untuk bersuara.

 

“Jongdae!!” gadis itu menggoncangkan kaki Jongdae kerana lelaki itu tidak bersuara. Jongdae menolak gadis itu perlahan lalu menjauhkan dirinya.

 

“Siapa Jongdae?” tanya Jongdae lalu terus memasuki bilik Liyin lalu menutup pintu. Maafkan aku untuk kesekian kalinya, Baekhyun. Aku tidak mampu melindungi gadismu. Maafkan aku...

 

 


 

 

a/n: korang mesti tahu sape pompuan tu, kan? baek gonna flip everything and everyone later XD

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akhirnya! aku reka tajuk tu lepas dengar lagu WHAT IS LOVE

Comments

You must be logged in to comment
ChanBaekLu #1
Chapter 17: Omg! Sampai scene 16 jer?? Tapi takpe.....bestnya cerita ni!!!! Lagi-Lagi bile ada Baek and yeol...but...nape Luhan jadi jahat? Patutnya yixing! Heheheheheh
eleenshakalaka #2
Chapter 17: oh my!! best citer ni. jongdae baik, tolonglah jgn apa2 kn dia baek tot
yukiyuyana
#3
Chapter 17: O.o kak lily jahat! Saya ingat yoobi mati huwaaaa
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 17: Yoobi x mati...lily nie buat wayar otak akak nak teputus duk pikir yoobi mati pastu dah lah baek nk bals dendam ngan jongdae...
-BlueSky #5
Chapter 17: anddddd things start to get complicated :/
cerita ni makin lama makin best, kalau buat drama mmg best ^^
ohneomo #6
Chapter 17: gila punye plot twist! aigoo~ mati2 kimchi ingat Yoobi dah mati! Jahat la unnie!!!

ehehehe gurau je :p
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 16: Yoobi mati.....ahh baek please don't kill jongdae
yukiyuyana
#8
Chapter 14: Yoobieee!!!! Pity you baek