Scene 12
The Rise Of Juingong
“Lepaskan tangan aku!” jerit Baekhyun lalu merentap tangannya yang dipegang oleh lelaki yang lebih tinggi itu. Chanyeol kecewa kerana Baekhyun tidak mempercayai kata-katanya. Dia tidak mungkin menipu tentang perkara sepenting itu. Dia tidak mengerti mengapa Baekhyun tidak percaya yang Jongdae telah mengkhianati mereka.
“Baekhyun, Jongdae telah mengkhianati kita. Aku telah nampak dia bersama Minseok di pekan pada pagi tadi. Sumpah!” Chanyeol cuba meyakinkan Baekhyun sekali lagi. Itu membuatkan Baekhyun yang berang semakin meradang. Tidak mungkin Jongdae mengkhianati persahabatan mereka. Jongdae adalah manusia terbaik yang Baekhyun pernah kenal. Baekhyun menendang pasu yang terletak berhampiran dinding lalu meraung geram. Pasu itu berlanggar dengan dinding lalu bergolek di atas lantai. Jika Jongdae tidak mengkhianatiku, ke mana dia menghilang? Kenapa dia sudah dua hari tidak pulang?
“Kau pembohong!!” Baekhyun mendekati Chanyeol lalu mencekak kolar baju Chanyeol walaupun ketinggian mereka jauh berbeza. Chanyeol mampu melihat sinar kekecewaan pada wajah Baekhyun. Dia tahu Baekhyun sangat mempercayai Jongdae.
“Aku tidak berbohong. Jongdae benar-benar telah mengkhianati kita. Kau boleh ke pekan esok jika kau tidak percaya,” kata Chanyeol. Pegangan Baekhyun semakin lama semakin longgar dan lututnya sudah semakin lemah. Dia jatuh terduduk. Nafasnya tiba-tiba tersekat. Dia terkena serangan panik. Chanyeol melutut di hadapan Baekhyun lalu menepuk-nepuk pipi lelaki itu.
“Baekhyun, kau tidak apa-apa?” kening Chanyeol bertaut kerana bimbangkan keadaan Baekhyun. Chanyeol memeluk Baekhyun lalu mengusap belakang lelaki itu supaya dapat menenangkan lelaki itu.
“Aku akan melindungi kau. Park Chanyeol akan melindungi kau dan bersama kau sehingga ke hujung nyawa aku. Aku akan menjadi sahabat terbaik yang pernah kau miliki. Aku janji.” Kata Chanyeol.
“Aku akan melindungi kau. Aku, Kim Jongdae, akan melindungi kau dan bersama kau sehingga ke hujung nyawa aku. Aku akan menjadi sahabat terbaik yang pernah kau miliki. Aku janji. Berhenti menangis, kau kelihatan hodoh,” Jongdae mengusap belakang Baekhyun lalu ketawa kecil.
Itu janji Jongdae kepada Baekhyun sewaktu mereka mula-mula tinggal di Qing. Kehidupan di situ terlalu sukar: kesempitan hidup dan kebuluran, jadi Baekhyun selalu menangis mengenangkan nasibnya.
Baekhyun memejamkan mata lalu menarik nafas sedalam-dalamnya. Perlakuan Chanyeol mengingatkan Baekhyun kepada Jongdae. Tiada air mata yang mengalir pada wajah Baekhyun, hanya hatinya yang meraung kepedihan.
Kyungsoo yang mencuri dengar perbualan Chanyeol dan Baekhyun menggelengkan kepala. Mustahil...mustahil Jongdae mengkhianati kami demi...ini mustahil.
a/n: aku dah rasa mcm baek perempuan pulak dlm cite ni. haha XD gay
Comments