Scene 16

The Rise Of Juingong

 

 

 

 

“Jongdae, bilakah semua ini akan berakhir?” tanya gadis itu. Jongdae tersenyum hambar sambil menuamkan tuala basah pada dahi gadis itu. Isterinya itu memandang wajahnya, seolah-olah meminta dia memberi harapan pada gadis itu. Dia sendiri tidak pasti. Dia hanya mampu memastikan yang keselamatan isterinya terjamin, yang lain, dia tidak tahu.

 

“Adakah kau mahu makan?” tanya Jongdae. Gadis itu mengangguk perlahan kerana perutnya juga sebenarnya sudah lapar. Jongdae mengusap kepala gadis yang terbaring itu lalu bangkit. Dia mahu ke dapur. Setibanya di dapur, dia menghampiri seorang gadis yang sedang memasak. Sejak dia bekerjasama dengan pihak cina, dia sudah mula hidup mewah tetapi dia langsung tidak bahagia, perasaan bersalah kerana mengkhianati kawan-kawannya memakan dirinya dalam diam.

 

“Adakah isteri kau sudah lapar?” tanya gadis yang sedang mengacau sup itu.  Jongdae mengangguk lalu memegang bahu gadis itu daripada belakang. Dia juga rasa bersalah kepada gadis itu. Dia mahu memberitahu gadis itu yang dia tidak berniat untuk mempermainkan atau mempergunakan gadis itu tetapi dia tidak berani. Jongdae menghampiri gadis itu lalu merangkul tubuh perempuan itu daripada belakang.

 

“Liyin, tidakkah kau marah pada aku?” Jongdae memerhatikan sisi wajah Liyin. Liyin tersenyum lalu menepuk pipi Jongdae perlahan. Dia tidak pernah memarahi Jongdae, bahkan, dia berbangga dengan tindakan Jongdae itu.

 

“Aku berbangga kerana kau sanggup mengahwini Yoobi. Aku tidak kisah bermadu kerana aku tahu kau hanya berbuat demikian untuk menyelamatkan nyawa kekasih sahabatmu itu. Aku tahu kau cintakan aku jadi kau tidak perlu khuatir,” Liyin mencium pipi suaminya lalu tersenyum lagi. Dia tidak cemburu dengan kehadiran Yoobi di dalam rumah tangga mereka kerana suaminya tidak pernah menyentuh Yoobi sebagai seorang isteri.

 

“Aku pasti Baekhyun akan berbangga kerana mempunyai sahabat seperti kau,” kata Liyin lalu melonggarkan pelukan Jongdae padanya supaya dia boleh menghidangkan makanan yang telah siap dimasak. Jongdae mengeluh lalu memandang belakang tubuh Liyin yang semakin menjauh. Aku akan menjaga Yoobi untuk kau, Baekhyun

.

 


 

a/n: dun dun dun.. apa yg terjadi sebenarnya? XD

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akhirnya! aku reka tajuk tu lepas dengar lagu WHAT IS LOVE

Comments

You must be logged in to comment
ChanBaekLu #1
Chapter 17: Omg! Sampai scene 16 jer?? Tapi takpe.....bestnya cerita ni!!!! Lagi-Lagi bile ada Baek and yeol...but...nape Luhan jadi jahat? Patutnya yixing! Heheheheheh
eleenshakalaka #2
Chapter 17: oh my!! best citer ni. jongdae baik, tolonglah jgn apa2 kn dia baek tot
yukiyuyana
#3
Chapter 17: O.o kak lily jahat! Saya ingat yoobi mati huwaaaa
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 17: Yoobi x mati...lily nie buat wayar otak akak nak teputus duk pikir yoobi mati pastu dah lah baek nk bals dendam ngan jongdae...
-BlueSky #5
Chapter 17: anddddd things start to get complicated :/
cerita ni makin lama makin best, kalau buat drama mmg best ^^
ohneomo #6
Chapter 17: gila punye plot twist! aigoo~ mati2 kimchi ingat Yoobi dah mati! Jahat la unnie!!!

ehehehe gurau je :p
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 16: Yoobi mati.....ahh baek please don't kill jongdae
yukiyuyana
#8
Chapter 14: Yoobieee!!!! Pity you baek