Scene 15

The Rise Of Juingong

 

 

 

Baekhyun menghembuskan nafas lalu cuba memejamkan mata. Matanya kembali terbuka kerana kawasan di sekeliling matanya terasa pedih. Matanya bengkak kerana sudah beberapa hari menangis menangisi pemergian Yoobi.  Baekhyun mengeluh lalu memejamkan matanya sekali lagi. Air matanya sudah kering untuk terus menangis.

 

Bibir yang pecah, kesan torehan pada tubuh, darah yang berlumuran, rambut yang separuh terbakar

 

Bibir dan jari-jemari Baekhyun menggeletar apabila dia teringatkan keadaan mayat Yoobi sewaktu ditemui berhampiran sungai. Dia meringkukkan badannya, masih memejamkan mata.

 

Tubuh tanpa seurat benang, sembilan jari tangan, mata yang terbeliak

 

Dengan mata yang terpejam, air mata Baekhyun mengalir. Baekhyun silap apabila dia menyangka air matanya sudah kering. Baekhyun hampir tidak mengenali Yoobi ketika itu. Baekhyun menggigit bibirnya yang menggeletar cuba menahan esakan yang mengugut untuk keluar. Air matanya mengalir tanpa henti, membasahi wajahnya yang cengkung dan pucat.

 

“Jongdae adalah orang yang paling kerap masuk ke dalam bilik Yoobi,” tutur Jongin.

 

Baekhyun membuka matanya lalu menelentangkan tubuhnya. Dia menghadap siling sambil dadanya turun naik menahan tangisan.  Jongdae, tegarnya kau melakukan Yoobi sebegitu...

 

“Kita mesti melakukannya walaupun tanpa Baekhyun. Aku tidak mahu semakin ramai orang yang tidak berdosa mati di tangan mereka!” Baekhyun mampu mendengar sayup-sayup suara Sehun. Baekhyun menyapu mukanya dengan tapak tangan lalu memegang rantai yang dipakai. Yoobi...aku harus menuntut bela untuk kau..

 

Baekhyun bangun lalu membuka pintu biliknya. Dia melangkah ke arah mereka, mereka yang sedang berkumpul tanpanya. Semua memandang ke arah Baekhyun apabila Baekhyun muncul di ruangan utama itu.

 

“Aku akan menurut rancangan kamu semua,” kata Baekhyun. Dia wajib menuntut bela atas kematian Yoobi. Chanyeol tersenyum kerana akhirnya Baekhyun keluar daripada biliknya sejak kematian Yoobi.

 

“Adakah kau pasti?” tanya Junmyeon. Dia tidak menyangka Baekhyun akan mengucapkan ayat itu. Keganasan yang berlaku di kawasan itu telah menguji kesabaran Junmyeon. Dia tidak boleh berdiam diri lagi. Sudah ramai yang mati kerana kebuluran dan penyeksaan. Dia tidak boleh duduk diam dan hanya memandang. Dia harus bertindak.

 

“Ya. Pastikan kamu semua tidak mencederakan Jongdae,” pesan Baekhyun dan itu mengundang bunyi tidak puas hati daripada Sehun. Sehun berani mengatakan yang Baekhyun sudah gila kerana mahu melindungi seorang pengkhianat. Jongdae dan Minseok selayaknya mati direjam atas pengkhianatan mereka. Sehun ingin bersuara tetapi terdiam apabila Baekhyun kembali bersuara.

 

“Kerana aku mahu dia mati di tangan aku. Aku akan pastikan dia menerima nasib yang sama seperti Yoobi,” suara penuh dendam itu kedengaran. Baekhyun nekad. Dia akan memastikan yang Jongdae menerima setiap seksaan yang Yoobi alami. Semua terdiam sehinggalah Jongin menarik Baekhyun untuk ke luar rumah. Jongin memastikan tiada orang yang mengekori mereka kemudian dia membawa Baekhyun ke biliknya.

 

“Kau mahu mengalahkan Jongdae? Tetapi kau sendiri tahu dia handal dalam mempertahankan dirinya,”

 

“Aku akan korbankan setiap inci tubuhku untuk memastikan dia menderita,” suara Baekhyun kedengaran dingin. Jongin menyukai semangat Baekhyun itu.

 

“Aku akan membantu kau,” kata Jongin lalu mengeluarkan sesuatu daripada kotak kecil yang disembunyikan di sebalik pakaian-pakaiannya. Dia mengeluarkan sesuatu daripada kotak itu lalu diletakkan pada tapak tangan Baekhyun, yang sedang memandangnya dengan pandangan curiga. Baekhyun tergamam apabila besi yang sejuk itu bersentuhan dengan tapak tangannya. Baekhyun memandang objek yang berkilat itu lalu memandang wajah Jongin. Baekhyun tidak terkata.

 

“Kau akan dapat mengalahkan Jongdae,” Jongin memberikan kata-kata semangat kepada Baekhyun.

 

 

 


 

a/n: Jongin in the house~~ lol. 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
angelily95
akhirnya! aku reka tajuk tu lepas dengar lagu WHAT IS LOVE

Comments

You must be logged in to comment
ChanBaekLu #1
Chapter 17: Omg! Sampai scene 16 jer?? Tapi takpe.....bestnya cerita ni!!!! Lagi-Lagi bile ada Baek and yeol...but...nape Luhan jadi jahat? Patutnya yixing! Heheheheheh
eleenshakalaka #2
Chapter 17: oh my!! best citer ni. jongdae baik, tolonglah jgn apa2 kn dia baek tot
yukiyuyana
#3
Chapter 17: O.o kak lily jahat! Saya ingat yoobi mati huwaaaa
SeHuNYeHeT94
#4
Chapter 17: Yoobi x mati...lily nie buat wayar otak akak nak teputus duk pikir yoobi mati pastu dah lah baek nk bals dendam ngan jongdae...
-BlueSky #5
Chapter 17: anddddd things start to get complicated :/
cerita ni makin lama makin best, kalau buat drama mmg best ^^
ohneomo #6
Chapter 17: gila punye plot twist! aigoo~ mati2 kimchi ingat Yoobi dah mati! Jahat la unnie!!!

ehehehe gurau je :p
SeHuNYeHeT94
#7
Chapter 16: Yoobi mati.....ahh baek please don't kill jongdae
yukiyuyana
#8
Chapter 14: Yoobieee!!!! Pity you baek