Aisyah ft. Luhan *
EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)Watak2 - Siti Aisyah (22) | Luhan (22)
By Yuko
Mata Luhan tertancap ke arah gadis yang bertudung litup selang beberapa meja darinya di perpustakaan itu. Dia tersenyum melihat gadis itu membelek setiap helaian muka surat buku yang tebal itu dan memberi sepenuh perhatian pada apa yang dibacanya. Sesekali dia melihat gadis itu meniup hujung tudungnya yang berwarna krim sepadan dengan warna bajunya itu.
Siti Aisyah, mendengar nama gadis itu sahaja mampu membuat hati Luhan berdebar. Gadis dari Malaysia yang datang ke Beijing untuk menyambung pelajarannya itu memang lain dari yang lain. Dia tidak seperti gadis-gadis yang pernah Luhan jumpa. Pada pertama kali dia berjumpa dengan Aisyah, gadis itu sedang mencari kelasnya. Dan dengan bahasa china yang agak broken, Aisyah dengan beraninya bertanya pada Luhan yang kebetulan dalam perjalanan ke kelas yang sama sepertinya.
Sejak hari itu, Luhan tidak berhenti dari mencuri pandang ke arah Aisyah. Walaupun setelah setahun Aisyah tinggal di Beijing untuk menyambung pelajarannya, tidak pernah sekali pun Luhan lihat dia berjalan seiringan dengan lelaki lain. Aisyah lebih banyak berjalan dengan kawan-kawan perempuannya. Dan Aisyah hanya menegurnya buat sekali dua selepas perjumpaan pertama kali mereka itu.
Hatinya merasa tenang melihat Aisyah yang sentiasa senyum apabila bercakap dengan kawan-kawannya. Mendengar suara Aisyah sahaja sudah mampu membuat lututnya longgar. Ya, dia tidak menipu, benda tu memang betul-betul jadi padanya. Dia pasti dia sudah jatuh cinta pada gadis dari Malaysia itu.
~.~.~.~
Aku mengangkat telefonku yang dari tadi bergetar minta diangkat selepas aku keluar dari perpustakaan ini. Aku sudah boleh mengagak siapa yang menelefonku kali ini.
"Assalamualaikum abang." Aku memberi salam selepas mengangkat telefon.
"Waalaikumsalam. Aisyah apa khabar? Sihat tak? Dah makan ke belum?" Abang Hafiz bertanya. Ada nada risau di dalam suaranya itu. Aku tahu dia memang risaukan keadaan aku sejak aku terbang ke sini untuk menyambung pelajaranku.
"Aisyah sihat alhamdulillah. Aisyah puasa hari ni. Abang Hafiz tak ada training ke hari ni?" Aku bertanya kepada sepupuku.
"Abang tak ada training hari ni. Pelatih bagi cuti. Semalam kaki abang terseliuh waktu rentas halangan." Abang Hafiz membalas kata-kataku. Dari sini aku boleh dengar suara kawan-kawannya yang mungkin melawatnya di biliknya.
"Aisyah tak ada kelas ke hari ni? Biasanya bila abang call lambat je Aisyah nak jawab." Dia bertanya lagi.
"Aisyah on the way nak ke kelas lah ni. Dah depan pintu kelas pun. Aisyah matikan telefon dulu ye? Kirim salam dekat nenek tau? Assalamualaikum!" Aku berkata sebelum memutuskan talian dan cuba membuka pintu kelas menggunakan tangan kiriku memandangkan tangan kananku penuh dengan buku yang aku pinjam dari perpustakaan tadi. Aku masih cuba untuk membukanya walaupun aku tahu agak payah kerana beban yang ada pada tangan sebelahku ini.
Tiba-tiba, aku nampak ada lagi satu tangan menggenggam pemegang pintu itu sebelum tangan itu membantu aku untuk membukanya. Aku melihat kesebelahku dan aku boleh ingat dengan jelas siapa lelaki yang membantuku itu.
"Terima kasih Luhan." Aku berkata padanya sambil tersenyum sebelum dia membalas senyuman ku dan menyuruh aku masuk sebelum dia juga mengikut masuk.
"Awal awak masuk hari ni, Aisyah." Dia menegur ku setelah kami duduk di tempat masing-masing. Tempat duduknya dan tempatku tidak jauh mana pun, dia duduk betul-betul di belakang aku.
"Haha! Mestilah! Saya masuk awal sebab nak revise sikit apa yang Prof. Huang nak ajar nanti. Yelah~ Saya ni bahasa china pun masih tunggang langgang. Tak macam awak!" Aku membalasnya sambil tersenyum memandangnya. Ya, kau boleh cakap aku gila sebab asyik tersenyum aje, tapi aku memang dah terbiasa nak senyum dekat orang lain. Senyum tu kan satu sedekah?
"Saya boleh aje nak ajar awak bahasa china. Tu pun kalau awak sudi nak belajar dengan saya lah." Luhan mempelawa.
Aku terdiam sejenak memikirkan tawarannya sebelum aku mengangguk.
"Boleh aje. Tu pun kalau awak tak kisah kalau saya ajak kawan saya sekali. Tak manislah kalau kita belajar berdua aje." Aku memberitahunya.
"Hmm...Boleh jugak tu. Okey, besok pukul 2 awak tak ada kelas kan? Kita study dekat perpustakaan. Jangan lambat tau!" Dia membalas dan tersenyum manis padaku.
Aku mengangguk sebelum perhatianku beralih ke arah skrin projektor yang ada di depan memandangkan Prof. Huang sudah masuk ke kelas.
~.~.~.~
Sepanjang dua minggu Luhan mengajar Aisyah
Comments