Selamat Malam Sayang ft. Baekhyun

EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)
Please Subscribe to read the full chapter

Watak2 - Hong Sena (30) | Byun Jimin & Byun Jina (5) | Byun Baekhyun (31)

By Yuko

 

    Aku sedang menyiapkan kerja ku di depan komputer ribaku bila anak kembarku datang berlari ke arah ku sebelum memanjat kerusi yang kosong di sebelah ku.

   "Mama! Nak cakap dengan papa!" Jina meminta padaku sambil menggoyangkan tanganku. Habis kerja yang aku taip lintang pukang! Haish budak berdua ni, nak je aku sekeh.

  "Jimin pun nak cakap dengan papa!" "Jina pun!" Mereka berkata dengan lantang. Aduh! Sakit kepala aku melayan kerenah mereka ni! Lagi-lagi bila papa diorang tak ada dekat rumah makin menggila aku rasa!

  'Argh!!! Kenapalah abang kena outstation waktu ni jugak???' Aku menjerit dalam hati.

  "Mama!" Mereka berdua serentak menjerit membuatkan ku terkejut.

  "Iya iya! Mama tengah bukak skype ni. Sabar kejap." Aku berkata sambil tangan kananku menggerakkan tetikus dan menekan butang 'skype' sambil tangan kiri ku menghantar mesej kepada Baekhyun untuk membuka skypenya.

   Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya Baekhyun menjawab panggilan skype kami dan mukanya terpampang di skrin laptop ku.

   "Papa!" Anak kembarku sekali lagi menjerit serentak.

   "Hai anak-anak papa!" Baekhyun berkata dengan ceria sambil melambai tangannya. Dia tersenyum manis kepada kedua anak kesayangan dia yang sedang melambai-lambai kan tangan pada skrin komputer. Comel pula bila mereka buat begitu.

   "Jina dengan Jiwoo dah makan?" Baekhyun bertanya. Risau betul dia kalau aku tak bagi anak-anak kesayangan dia ni makan. Aish, dia ni memang manjakan anak dia sangat.

   "Dah! Mama masak chicken dengan fish tadi. Sedappp!" Kata Jiwoo sambil membuat muka comel kepada papanya. Baguslah~ Papanya suka buat aegyo tak jadi sampai anak pun dah terikut. Haish~

   Aku menyambung kerjaku, kali ni baik aku tulis aja sebab anak-anak bertuah aku ni dah pakai laptop.

 

 ~.~.~.~

 

    "Papa papa, tadikan kat sekolah, cikgu ada tanya Jina dengan Jiwoo tau." Jina memulakan perbualan setelah tamat perbualan tentang makanan sebentar tadi.

    "Tanya apa?" Berkerut dahi Baekhyun bila anak perempuannya itu seperti ingin berkata hal yang serius.

    "Dia tanya Jina, 'Papa Jina kerja apa? Cikgu jarang nampak dia. Dia dah bercerai dengan mama Jina dengan Jiwoo ke?'. Papa papa, bercerai tu apa?" Mulutnya yang kecil mungil itu bertanya sambil matanya terkelip-kelip memandang skrin laptop.

    Terkedu Baekhyun mendengar perkataan 'bercerai' itu. Terasa macam nak gunting je lidah cikgu yang kurang asam tu. Berani dia mention perkataan cerai tu padahal dia hidup dengan aman dan gembira bersama anak-a

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baehwililly
lepas ff anda dah siap tolong komen and upvote ya :D

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 38: daebak lahh chen..
lyanaesyaz #2
Chapter 34: sad chap for this story
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 39: So so cheesy. Thank you for finishing my request. Saya pun dh lama x bkk ff sebenarnya.. tapi bile bkk seronok plak sbb ade ff ni. hihi!!
Dark_Star #4
Name : Kim Joon Ah
Exo member : Kai
Scenario : Kai ialah bdk pling bijak kt sekolah. Dia byk peminat dn salah satu drpd mereka ialah JoonAh, jiran Kai. Kai selalu rasa menyampah ngan JoonAh sbb dia selalu bg Kai hadiah dn jemput Kai setiap hari lps hbis latihan bola sepak. Tapi.. suatu hari JoonAh x dtg sekolah, kai risau dn rupanya JoonAh demam..
Author : Tak kisah >.<
Chittaphon_Ten #5
Chapter 34: Name : Kim Seoyeon
EXO Member : Baekhyun
Scenario : Seoyeon dan Baekhyun kena kahwin paksa sbb kena okut permintaan terakhir daripada wasiat datuk Seoyeon. Baekhyun seorang doktor manakala Seoyeon pelajar Universiti. Baekhyun x suke dipaksa kahwin dgn Seoyeon tapi lama2 hati dia pon terbuka utk terima Seoyeon... ^.^ sorry kalau panjang sgt hehe
Author : Sesiapa yg tgh ada free time(?)
Chittaphon_Ten #6
Chapter 34: Sedihnya ending dia.. menangis sy baca huhu
Nakamoto_Yusuki #7
Saya nk request eh...
Name: Song Jihyun
EXO member: Xiumin
Scenario: Song Jihyun ni seorang yg nerd dkt sekolah.. satu hari Xiumin tetibe confess perasaan dkt Jihyun.. pastu Jihyun ingat Xiumin main2 sbb Xiumin ni jenis playboylah jgak..
Author: Sesiapa je pon boleh

Buat happy ending eh..
lugege_
#8
Chapter 38: Sehun nampak mcm badboy pun ada hahahahahah.