Star ft. Lay

EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)
Please Subscribe to read the full chapter

Watak2 - Afrina (24) | Zhang Yixing (26)

*Minxing / Xing bermaksud 'bintang/star' dalam bahasa cina*

By Yuko

 

    Telingaku menangkap bunyi alunan piano yang merdu itu. Mataku terpejam, cuba menghayati alunan irama lagu itu.

    'Setiap lagu ada cerita.' Itu ayat-ayat yang sering aku baca di surat khabar setiap kali dia ada.

    Zhang Yixing. Pemain piano yang terkenal di seluruh dunia dengan cara dia bermain dengan piano itu. Aku suka cara permainannya. Cara dia menekan note di piano itu. Aku lihat dia menekan setiap note dengan penuh yakin. Orang kata dia seorang yang pendiam. Ada yang mengatakan yang dia seorang yang sangat sombong.

   'Kau menarik Yixing...Sangat menarik...' Fikirku sambil mataku ditumpukan kepada pentas dimana Zhang Yixing, sedang berlatih bermain piano untuk persembahan 3 hari selepas ini. Dia begitu khusyuk bermain dan aku pasti dia tidak sedar akan kehadiran aku di sini. Dalam keadaan gelap di dalam dewan ini, tambahan lagi aku memakai baju berwarna hitam, aku pasti dia tak akan nampak aku. Sedang dia bermain lagi itu, aku dikejutkan dengan bunyi note piano itu dihempas sebelum aku lihat Zhang Yixing yang tadi tenang bermain piano sekarang sedang menangis.

   'Kenapa dengan dia tu?' Aku bertanya pada diri sendiri. Kenapa dia menangis? Dan lebih pelik lagi, kenapa dia langsung tidak mengeluarkan suara? Aku memberanikan diri untuk mendekatinya.

   "Awak okey tak?" Aku bertanya dan pertanyaanku itu membuatnya terkejut. Mulutnya terbuka seperti dia mahu berkata sesuatu tapi suaranya tidak terkeluar.. Aku mengerutkan dahiku. Dia mengeluh sebelum dia mengeluarkan telefonnya dan menaip sesuatu sebelum menunjukkan skrin telefonnya padaku.

"Awak siapa? Kenapa awak ada kat sini?"

     Aku memandangnya dengan pelik. Dia turut memandangku dengan pandangan pelik.

    "Err...Saya datang sebab saya nak tengok awak main piano. Saya suka dengar lagu-lagu yang awak mainkan." Aku berkata dengan jujur. Namun pandangan matanya masih tidak berubah. Aku pelik, kenapa dia tak bercakap? Dia tak nak cakap dengan aku sebab aku tak terkenal macam dia ke? Kalau betul apa yang aku fikirkan ni, maksudnya orang yang cakap dia sombong tu bercakap benar.

     "By the way, saya Afrina. Wartawan daripada Star News dari Malaysia. Selamat berkenalan." Aku memperkenalkan diri ku. Dia hanya mengangguk sebelum dia kembali menaip pada telefonnya dan menunjukkan padaku.

"Awak tak takut ke duduk sini? Seorang diri?"

   Aku menggeleng.

   "Saya sikit pun tak takut." Aku menjawab membuatkan dia mengerutkan dahi.

   "Awak ada kan? Nak buat apa saya takut." Aku cuba berjenaka, tapi malangnya, Zhang Yixing ni kelihatan seperti orang yang serius kerana dia sedikit pun tidak gelak.

   "Err...Saya harap awak tak kisah kalau saya tanya awak ni. Kenapa awak menangis tadi?" Aku mencuba nasib.

"Perlu ke saya bagi tahu awak?"

    'Ouch. Dinginnya.' Aku hanya tersenyum kecil dan menggaru kepala ku yang tidak gatal. Terasa kekok pula bila dia melihat aku dengan pelik dari tadi.

   "Lagu apa yang awak mainkan tadi? Sedaplah." Aku cuba mengubah tajuk perbualan.

"Renesmee's lullaby"

   "Lagu apa tu? Awak buat sendiri ke?" Aku bertanya lagi. Aku lihat dia mengeluh sebelum dia menggeleng.

"Awak ni tak pernah tengok cerita Twilight ke? Ni kan lagu yang ada dalam cerita tu."

   "Ohh~ Saya ni kuno. Saya jarang tengok TV. Hehe maaflah." Aku beritahu dengan terus tenang. Aku lihat dia menahan ketawa. Boleh nampak lesung pipit di kedua belah pipinya.

   Dia kembali duduk di hadapan piano itu sebelum kembali menekan note piano dan bermain lagu itu sekali lagi. Aku juga tanpa dijemput, duduk di sebelahnya (tetapi aku jauhkan diri sedikit) memandangkan kerusi itu boleh memuatkan lebih dari dua orang. Aku mendengar dia bermain lagu yang berbeza pula kali ni. Bunyinya sangat merdu dan aku menjeling ke arahnya dan terperasan air matanya masih mengalir. Barangkali lagu ni ada kaitan dengan kisah hidup dia. Who knows right?

    Kemudian dia berhenti sekali lagi. Dia mengambil nafas yang panjang sebelum menghadapku. Matanya tidak lepas dari memandang aku dan air matanya makin laju mengalir. Mulutnya terbuka, aku tahu dia mahu berkata sesuatu tetapi entah kenapa, aku tengok suaranya tak boleh terkeluar.

    Dia mengalihkan pandangannya sebelum dia berlalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga di sini. Aku tak tahu apa masalah dia. Dia menangis tapi dia tak nak cerita dekat aku. Hmm...yelah~ Aku ni cumalah orang asing~

 

~.~.~.~

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baehwililly
lepas ff anda dah siap tolong komen and upvote ya :D

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 38: daebak lahh chen..
lyanaesyaz #2
Chapter 34: sad chap for this story
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 39: So so cheesy. Thank you for finishing my request. Saya pun dh lama x bkk ff sebenarnya.. tapi bile bkk seronok plak sbb ade ff ni. hihi!!
Dark_Star #4
Name : Kim Joon Ah
Exo member : Kai
Scenario : Kai ialah bdk pling bijak kt sekolah. Dia byk peminat dn salah satu drpd mereka ialah JoonAh, jiran Kai. Kai selalu rasa menyampah ngan JoonAh sbb dia selalu bg Kai hadiah dn jemput Kai setiap hari lps hbis latihan bola sepak. Tapi.. suatu hari JoonAh x dtg sekolah, kai risau dn rupanya JoonAh demam..
Author : Tak kisah >.<
Chittaphon_Ten #5
Chapter 34: Name : Kim Seoyeon
EXO Member : Baekhyun
Scenario : Seoyeon dan Baekhyun kena kahwin paksa sbb kena okut permintaan terakhir daripada wasiat datuk Seoyeon. Baekhyun seorang doktor manakala Seoyeon pelajar Universiti. Baekhyun x suke dipaksa kahwin dgn Seoyeon tapi lama2 hati dia pon terbuka utk terima Seoyeon... ^.^ sorry kalau panjang sgt hehe
Author : Sesiapa yg tgh ada free time(?)
Chittaphon_Ten #6
Chapter 34: Sedihnya ending dia.. menangis sy baca huhu
Nakamoto_Yusuki #7
Saya nk request eh...
Name: Song Jihyun
EXO member: Xiumin
Scenario: Song Jihyun ni seorang yg nerd dkt sekolah.. satu hari Xiumin tetibe confess perasaan dkt Jihyun.. pastu Jihyun ingat Xiumin main2 sbb Xiumin ni jenis playboylah jgak..
Author: Sesiapa je pon boleh

Buat happy ending eh..
lugege_
#8
Chapter 38: Sehun nampak mcm badboy pun ada hahahahahah.