Noona ft. Baekhyun

EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)
Please Subscribe to read the full chapter

Watak2 - Park Bomi (21) | Byun Baekhyun (19)

By Yuko

 

    "Dan sekali lagi kau kena detention." Kata Chanyeol sambil memandang ke arah Baekhyun yang menyembamkan mukanya ke meja. Dia menggelengkan kepalanya melihat kawannya itu. Dalam seminggu ni sudah berapa kali Baekhyun dikenakan detention atas sebab yang sama; tertidur dalam kelas.

    "Bukan salah aku kalau aku tak boleh tidur." Baekhyun berkata, mukanya masih tidak diangkat dari meja itu. Dia sudah lali dikenakan hukuman itu.

     "Salah kau sebab main game sampai pagi. Kau ni, tahun ni kita senior tau? Lagi dua bulan je lagi kita nak ambik peperiksaan kemasukan universiti. Kau nak fail peperiksaan tu ke?" Soal Chanyeol dengan serius membuatkan Baekhyun sedikit takut. Chanyeol jarang serius.

     Baekhyun mengeluh sebelum mengangkat mukanya dari meja itu. Dia memandang ke arah Chanyeol.

     "Habis tu, kau nak aku buat apa?" Tanya Baekhyun.

      "Petang ni ikut aku pergi perpustakaan. Kita study sama-sama." Kata Chanyeol.

      "Tapi aku ada detention. Aku boleh balik pukul 3 nanti." Dalih Baekhyun.

      Ada-ada je alasan kau. Getus hati Chanyeol. Bukan dia tak tahu helah Baekhyun. Sekiranya dia ajak Baekhyun ke arcade, pasti laju aja dia mahu pergi. Detention pun sanggup dia ponteng.

      "Jangan bagi alasan. Kau ikut aku petang ni. Kalau tak...aku bagi tahu mak kau pasal kau kena detention." Ugut Chanyeol, masih dengan muka seriusnya.

      Baekhyun menelan air liurnya sebelum mengangguk. Takut pula dia mendengar ugutan Chanyeol itu. Tak boleh dia bayangkan bagaimana sekiranya ibunya dapat tahu dia didenda di sekolah kerana tertidur di dalam kelas. Mahunya nanti kepalanya dipenggal di khalayak ramai. Uish! Seram dia memikirkannnya.

     "Ok ok. Nanti aku terus datang. Janji dengan aku yang kau takkan bagi tahu mak aku. Aku tak nak mati muda!!! Aku nak kahwin dan berkeluarga dulu baru nak mati!" Seloroh Baekhyun. 

     "Ish kau ni! Kahwin jugak yang kau nak mention. Seluar dalam kau pun mak kau basuh, ada hati nak kahwin. Puih." Kutuk Chanyeol dengan beraninya.

      Baekhyun tersengih sebelum menggalas begnya. "Aku blah dulu. Nanti kita jumpa dekat perpustakaan. Jangan lambat!" Katanya sebelum berlari pergi menuju ke kelas tahanannya. Chanyeol hanya tersenyum mengejek. Dia yang lambat ke Baekhyun yang akan lambat? Ada-ada aja kawannya yang satu ini.

 

~.~.~.~

 

     "Mampus aku!" Baekhyun berlari menuju ke perpustakaan tidak jauh dari sekolahnya. Menyesal pula dia memerli Chanyeol tadi. Kata orang je lambat, dia pun lambat juga. Mesti dia akan di perli Chanyeol habis-habisan. Sedang dia berlari menaiki tangga ke perpustakaan, dia terlanggar seorang perempuan membuatkan buku-bukunya jatuh.

    "Aduh!" Perempuan itu mengaduh sambil memegang lengannya yang terasa sakit bila dia terlanggar Baekhyun tadi.

    "Alamak! Maaf! Saya tak sengaja langgar awak!" Kata Baekhyun dengan panik sambil membantu perempuan itu mengambil buku-bukunya. Dia betul-betul kelam kabut sekarang ini sehingga tangannya menggeletar.

    "Err...Awak ni okey tak? Macam orang kena parkinson je." Soal perempuan itu bila dia perasan Baekhyun menggeletar.

     Baekhyun hanya tersengih sebelum mengangguk. Dia mengambil buku yang terakhir dan memberinya kepada perempuan itu. Dia menunduk meminta maaf sebelum dia berlari selaju yang boleh menuju ke pintu masuk perpustakaan itu. Sesampai saja dia di bilik persendirian yang Chanyeol sudah 'pinjam', dia lihat Chanyeol sedang membaca buku dengan tekun. Jarinya mengetuk meja dan bila dia lihat Baekhyun memasuki bilik itu, dia melepaskan keluhan. Dia sudah boleh jangka Baekhyun akan sampai lambat.

   "Awal sampai." Perlinya dalam nada mendatar. Buku yang dibacanya tadi diletakkan di atas meja. Matanya tajam memandang Baekhyun. Dia cukup tak suka dengan orang yang tidak menetapi masa.

   "Sorry. Aku tertidur waktu kelas tahanan tadi. Aku mintak maaf sangat-sangat." Kata Baekhyun sambil membuat muka bersalah.

    Chanyeol hanya mengangguk sebelum dia mengeluarkan buku latihan yang dibawanya untuk Baekhyun. Setiap satu buku yang diletakkan di atas meja membuatkan Baekhyun ternganga. Banyaknya. Fikirnya.

    Dan bila sampai di buku yang terakhir, pintu bilik itu terbuka dan seorang perempuan memasukinya bersama buku di dalam dakapannya.

    "Kakak rupanya. Ingatkan siapa lah tadi." Kata Chanyeol sambil tersenyum. Hilang terus riak muka bengisnya tadi. Perempuan itu duduk di sebelahnya dan meletakkan bukunya di atas meja.

    "Sorry akak lambat. Akak pergi tandas kejap tadi. Baju akak kotor. Tadi ada orang terlang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baehwililly
lepas ff anda dah siap tolong komen and upvote ya :D

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 38: daebak lahh chen..
lyanaesyaz #2
Chapter 34: sad chap for this story
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 39: So so cheesy. Thank you for finishing my request. Saya pun dh lama x bkk ff sebenarnya.. tapi bile bkk seronok plak sbb ade ff ni. hihi!!
Dark_Star #4
Name : Kim Joon Ah
Exo member : Kai
Scenario : Kai ialah bdk pling bijak kt sekolah. Dia byk peminat dn salah satu drpd mereka ialah JoonAh, jiran Kai. Kai selalu rasa menyampah ngan JoonAh sbb dia selalu bg Kai hadiah dn jemput Kai setiap hari lps hbis latihan bola sepak. Tapi.. suatu hari JoonAh x dtg sekolah, kai risau dn rupanya JoonAh demam..
Author : Tak kisah >.<
Chittaphon_Ten #5
Chapter 34: Name : Kim Seoyeon
EXO Member : Baekhyun
Scenario : Seoyeon dan Baekhyun kena kahwin paksa sbb kena okut permintaan terakhir daripada wasiat datuk Seoyeon. Baekhyun seorang doktor manakala Seoyeon pelajar Universiti. Baekhyun x suke dipaksa kahwin dgn Seoyeon tapi lama2 hati dia pon terbuka utk terima Seoyeon... ^.^ sorry kalau panjang sgt hehe
Author : Sesiapa yg tgh ada free time(?)
Chittaphon_Ten #6
Chapter 34: Sedihnya ending dia.. menangis sy baca huhu
Nakamoto_Yusuki #7
Saya nk request eh...
Name: Song Jihyun
EXO member: Xiumin
Scenario: Song Jihyun ni seorang yg nerd dkt sekolah.. satu hari Xiumin tetibe confess perasaan dkt Jihyun.. pastu Jihyun ingat Xiumin main2 sbb Xiumin ni jenis playboylah jgak..
Author: Sesiapa je pon boleh

Buat happy ending eh..
lugege_
#8
Chapter 38: Sehun nampak mcm badboy pun ada hahahahahah.