Angel ft. Lay

EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)
Please Subscribe to read the full chapter

Watak2 - Han Minju (18) | Lay (19)

By Yuko

 

    "Ini je duit yang kau ada?! Dasar anak tak reti diuntung! Dahlah balik lambat! Memang anak tak guna!" Satu sepakan mengenai perut Minju membuatkan dia terduduk. Terasa senak perutnya apabila disepak dan ditumbuk oleh ibu dan juga abang tirinya di bahagian perut. Mereka tidak berhenti biarpun darah sudah mula mengalir dari mulutnya. Dia diperlakukan seperti binatang oleh dua ekor iblis itu.

    "Minju mintak maaf mama! Minju tak buat lagi!" Tangis Minju. Dia lihat abang tirinya, Kwangjin, memandangnya dengan jijik.

    "Berani kau melawan cakap mak aku?! Kau ingat kau siapa?? Kau ingat sikit yang kalau tak kerana bapak kau amanahkan mak aku untuk jaga kau, kau duduk merempat tepi jalan tu kau tahu tak?!" Marahnya sambil menarik rambut panjang Minju itu. Air mata yang mengalir di pipi Minju itu langsung tidak dipedulinya. Darah yang keluar dari mulutnya juga tidak dipedulikan. Sebaliknya dia kembali menumbuk dan menendang perut Minju.

    Minju cuba menggagahkan dirinya untuk bangun setelah disepak berkali-kali dan cuba lari ke arah pintu keluar namun Kwangjin dan ibu tirinya menarik tangannya.

    "Mana kau nak pergi hah?? Nak lari?? Kau memang tak sedar diri kan??" Tengking Puan Yoon sambil cuba untuk menampar Minju. Belum sempat tangannya mengenai muka Minju, dia terlebih dahulu menunduk dan menggigit tangan Puan Yoon dan menendang alat sulit Kwangjin dan lari dari rumah itu. Dia boleh dengar jeritan ibu dan abang tirinya namun dia buat tidak endah dan meneruskan langkahnya. Dia berlari dan terus berlari, tidak memandang ke belakang langsung sehinggakan kereta yang menuju ke arahnya juga tidak dia perasan.

    "Hati-hati!" Jerit seseorang membuatkan langkahnya terhenti di tengah jalan. Matanya membulat ketika dia lihat kereta itu meluncur laju ke arahnya. Dia memejamkan matanya, mungkin hayat aku sampai di sini saja, fikirnya.

    Tiba-tiba tubuhnya melayang ke tepi apabila seorang lelaki nekad melompat dan menariknya ke tepi untuk menyelamatkan nyawa mereka berdua. Dia terdiam sebentar. Telinganya dapat menangkap bunyi nafas seseorang sebelum dengan perlahan-lahan dia membuka mata dan terkejut melihat seorang lelaki sedang memeluknya. Dengan segera dia melepaskan diri dari pelukan lelaki itu membuatkan lelaki itu terpinga-pinga.

    "Minju?"

    Minju tidak berani mengangkat mukanya. Dia kenal suara siapa tu.

    "Minju? Kenapa dengan muka awak?" Lelaki itu mendekatkan dirinya sebelum menyentuh muka Minju dengan lembut. Hatinya terasa perit melihat lebam-lebam dan kesan luka yang ada pada muka gadis itu. Tangannya memegang muka Minju dengan lembut namun ditepis oleh gadis itu.

    "Terima kasih sebab selamatkan saya...Senior Lay." Kata Minju sambil berdiri dan menunduk kan kepalanya. Terasa malu untuk berhadapan dengan seniornya sekarang ini, lagi-lagi dengan mukanya yang cedera teruk itu.

    Dia boleh rasa yang Lay sedang memandangnya. Bila dia bangun dari tanah itu dia memegang kembali muka Minju. Lay menggigit bibirnya melihat kesan lebam dan luka itu. 

     Siapa yang sanggup buat awak macam ni? Getus hatinya.

     "Sa-saya kena pergi dulu. Terima kasih lagi sekali sebab selamatkan saya." Kata Minju. Dia berpusing untuk berjalan pergi namun terjatuh selepas beberapa langkah membuatkan Lay panik. Dia berlari mendapatkan Minju yang mengerang kesakitan itu sebelum mendukung dia di belakangnya.

     "Awak cedera teruk ni. Saya bawak awak balik rumah saya dulu. Biar saya rawat luka awak." Katanya. Intonansi suaranya mendatar seperti biasa. Dia berjalan menuju ke daerah gangnam dan berjalan ke arah rumah mewah yang berada di hujung barisan kawasan perumahan itu. Minju tidak mahu melawan, dia tak berani melawan kata-kata Lay, takut dia dikatakan biadab.

    Mereka memasuki kawasan rumahnya yang diepenuhi cahaya lampu sebelum dia menanggalkan kasut dan memasuki ruang tamu dan menurunkannya di situ.

    "Awak duduk sini diam-diam. Saya nak ambil ubat dengan baju. Baju awak dah kotor." Kata Lay dengan tegas. Melihat Minju semakin menikus dengannya membuatkan dia tersenyum kecil. Pelik, kenapa budak ni takut sangat dengan dia.

     "Hey, why are you so tense? Relax, I'm not gonna hurt you okay?" Katanya sambil tersenyum pada Minju. Dia menepuk bahu gadis itu sebelum berlalu pergi ke biliknya di tingkat atas dan mengambil sehelai baju hoodienya dan seluar panjang. Dia berjalan ke arah tandas untuk mencari peti pertolongan cemas sebelum dia kembali turun ke ruang tamu bersama barangan yang dibawa.

     Dia menyuakan baju dan seluarnya kepada Minju. Pada mulanya Minju teragak-agak untuk mengambilnya namun setelah dipujuk, akhirnya dia mengalah dan dia berjalan menuju ke bilik air di tingkat bawah itu untuk mandi dan menukar pakaian. Sekembalinya dia di ruang tamu, dia lihat Lay dengan santainya duduk di hadapan TV dengan baju sweater bewarna ungu dan berseluar pendek hitam sambil menonton TV.

    "Dah mandi dah?" Tanya Lay dengan mesra.

    Minju mengangguk.

    Lay mengisyaratkannya untuk duduk di sebelahnya sambil mengeluarkan alatan untuk merawat kecederaan Minju. Minju duduk agak berjauhan daripadanya membuatkan dia tertawa kecil.

    "Kalau awak duduk jauh, macam mana saya nak rawat luka awak? Meh sini. Duduk dekat sikit. Saya tak makan orang tau? Saya makan nasi je." Seloroh Lay cuba membuatkan Minju selesa dengannya.

    Dengan perlahan-lahan Minju mendekatkan dirinya ke arah Lay, itupun dia kelihatan takut-takut.

    "Kenapa awak takut-takut ni? Saya tak akan apa-apakan awak lah. Relax. Okay?" Kata Lay dengan pandangan mata yang penuh kelembutan membuatkan Minju merasa senang. Tak pernah dia dipandang sebegitu oleh sesiapa pun.

    Keadaan diam sebentar diselangi dengan beberapa bunyi erangan dari Minju ketika Lay merawatnya. Namun kadang-kadang Lay pandai membuat lawak yang tak sampai 'punch-line' dia, namun masih mampu membuat Minju tertawa. Rasa janggal itu hilang disebabkan Lay yang pandai mengubah keadaan.

    "Awak kena halau dari rumah awak ke?" Tanya Lay setelah dia selesai merawat Minju.

    Melihat Minju tidak memberi sebarang jawapan, dia boleh agak yang desas-desus yang dia dengar di sekolah itu benar. Siapa aja yang tak kenal dengan Yoon Kwangjin? Gangster merangkap abang tiri Minju yang ganas? Dia seringkali dengar desas-desus orang mengatakan Kwangjin dan ibunya sering mendera Minju namun dia tak sangka sehingga begini dia mendera gadis itu.

    "Awak boleh tumpang rumah saya buat sementara waktu kalau awak nak." Kata Lay. Dia tidak kisah sekiranya gadis itu mahu tinggal dengannya sekalipun. Dia tinggal berseorangan sejak ibu bapanya pulang ke Cina.

   "Saya tak nak susahkan senior-"

    "Panggil saya Yixing. Formal sangatlah kalau awak panggil saya senior Lay." Putus Lay.

     "Dan awak tak susahkan saya pon. Kalau awak tinggal dekat den

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baehwililly
lepas ff anda dah siap tolong komen and upvote ya :D

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 38: daebak lahh chen..
lyanaesyaz #2
Chapter 34: sad chap for this story
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 39: So so cheesy. Thank you for finishing my request. Saya pun dh lama x bkk ff sebenarnya.. tapi bile bkk seronok plak sbb ade ff ni. hihi!!
Dark_Star #4
Name : Kim Joon Ah
Exo member : Kai
Scenario : Kai ialah bdk pling bijak kt sekolah. Dia byk peminat dn salah satu drpd mereka ialah JoonAh, jiran Kai. Kai selalu rasa menyampah ngan JoonAh sbb dia selalu bg Kai hadiah dn jemput Kai setiap hari lps hbis latihan bola sepak. Tapi.. suatu hari JoonAh x dtg sekolah, kai risau dn rupanya JoonAh demam..
Author : Tak kisah >.<
Chittaphon_Ten #5
Chapter 34: Name : Kim Seoyeon
EXO Member : Baekhyun
Scenario : Seoyeon dan Baekhyun kena kahwin paksa sbb kena okut permintaan terakhir daripada wasiat datuk Seoyeon. Baekhyun seorang doktor manakala Seoyeon pelajar Universiti. Baekhyun x suke dipaksa kahwin dgn Seoyeon tapi lama2 hati dia pon terbuka utk terima Seoyeon... ^.^ sorry kalau panjang sgt hehe
Author : Sesiapa yg tgh ada free time(?)
Chittaphon_Ten #6
Chapter 34: Sedihnya ending dia.. menangis sy baca huhu
Nakamoto_Yusuki #7
Saya nk request eh...
Name: Song Jihyun
EXO member: Xiumin
Scenario: Song Jihyun ni seorang yg nerd dkt sekolah.. satu hari Xiumin tetibe confess perasaan dkt Jihyun.. pastu Jihyun ingat Xiumin main2 sbb Xiumin ni jenis playboylah jgak..
Author: Sesiapa je pon boleh

Buat happy ending eh..
lugege_
#8
Chapter 38: Sehun nampak mcm badboy pun ada hahahahahah.