First Born ft. Luhan *
EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)Watak2 - Nur Alya (24) | Muhammad Danial Luhan (26)
*Yes, chapter ni mengandungi unsur2 islam. Maaf kalau saya ada buat silap, sila tegur jika ada*
By Yuko
Luhan berjalan mundar-mandir di depan bilik bersalin dengan jantung yang berdebar-debar. Dia gementar dan teruja kerana isterinya akan melahirkan zuirat pertama mereka.
'Ya Allah...Kenapa lama sangat ni? Astaghfirullahallazim...' Dia mengucap panjang dan berdoa untuk isterinya yang masih berada di dalam bilik bersalin walaupun jarum jam sudah melepasi 3 pagi.
"Luhan. Apa kata kamu pergi solat isya' dulu? Kamu tadi kelam kabut sampai lupa nak solat." Haji Amin mengingatkan menantunya yang gundah-gulana sejak mereka tiba di hospital malam semalam.
"Ya ayah. Luhan pergi dulu. Nanti ada apa-apa ayah bagi tahu Luhan ya?" Luhan berkata dengan sopan pada bapa mertuanya sebelum meminta diri untuk ke surau.
Dia memasuki surau dan meletakkan kasutnya ke tepi, orang di sekelilingnya hanya melihatnya dengan pelik.
"Brother. This place is only for muslims." Seorang lelaki menegurnya dengan lembut.
Luhan tersenyum, dia sudah agak perakara ini akan terjadi. Walaupun sudah lebih 3 tahun memeluk islam, orang ramai masih terfikir dia bukan islam.
"I am a muslim." Dia tersenyum.
"Oops. Maafkan saya, saya ingat awak bukan muslim." Lelaki itu berkata dalam bahasa melayu. Setelah 3 tahun tinggal di Malaysia, Luhan sudah fasih berbahasa melayu berkat ajaran isteri dan keluarga isterinya.
Luhan hanya mengangguk sebelum meminta diri untuk mengambil wudu' dan selepas mengambil wudu' dia terus mencari sejadah untuk digunakan. Ketika mengangkat takbir, Luhan terfikirkan tentang keadaan isterinya dan hatinya menjadi resah lalu dia berhenti seketika, dia tidak mahu solatnya tidak khusyuk. Dia menarik nafas lalu beristighfar sekali lagi sebelum dia membaca niat untuk bersolat.
Selepas dia memberi salam, telefon bimbitnya yang di set kepada mod 'getaran' itu bergetar menandakan ada panggilan masuk.
"Assalamualaikum?" Dia memberi salam.
"Waalaikumsala
Comments