Addition ft. Sehun

EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)
Please Subscribe to read the full chapter

Watak2 - Laikha (23) | Sehun (24)

By Yuko

 

     Sehun membuka matanya pada pagi itu bila dia terasa isterinya; Laikha, tiada di dalam pelukannya seperti malam tadi. Matanya tercari-cari di mana kelibat Laikha dan dalam keadaan terpisat-pisat, dia menuruni katil dan berjalan ke arah tandas untuk mencari isterinya. Manalah tahu isterinya sedang mandi kan? Boleh dia tumpang sekaki. Hehe. 

    "Ikha?? Sayang dekat mana?" Sehun memanggil nama Laikha sambil mencarinya di sekitar bilik itu.

    "Saya dekat bawah ni! Abang pergi mandi dulu. Nanti kita breakfast sama-sama." Dia dapat dengar suara Laikha dari bawah sebelum dia menurut perintah permaisuri hatinya itu dan bersiap untuk mandi.

     Setelah selesai mandi, dia turun ke bawah dan melihat meja makan sudah ada sarapan pagi untuknya. Dia sekali lagi tersenyum sebelum matanya memandang ke arah dapur dan ternampak isterinya sedang mencuci pinggan mangkuk di singki. Laikha masih memakai apron dan dia menumpukan sepenuh perhatiannya ketika memcunci pinggan mangkuk itu sehingga tidak sedar Sehun sudah berada dibelakangnnya.

     "Good morning sayang." Tegur Sehun sambil memeluk Laikha dari belakang dan hampir membuatkan Laikha terjerit (dan menghampuk kepala Sehun dengan pinggan yang dia tengah pegang. Sehun patut bersyukur yang dia tak hempuk lagi) bila 'diserang hendap'.

     "Ish abang ni! Buat Ikha terkejut je!" Laikha memuncung sebelum menyambung kerjanya. Terasa macam nak ganyang suaminya pun ada. Entah kenapa dia rasa marah aja dengan Sehun sejak kebelakangan ini.

     "Alah~ Sayang abang janganlah marah abang...Sayang tak sayang abang ke?" Rengek Sehun dengan manja.

     Laikha hanya membiarkan Sehun bercakap sendirian dan menyambung mencuci pinggan.

    "Abang pakai minyak wangi apa ni? Kenapa busuk sangat abang ni? Abang tak mandi ke?"Tanya Laikha setelah dia selesai mencuci pinggan (dan Sehun kembali memeluknya).

     Sehun mengerutkan dahinya sebelum mencium bajunya untuk mencari sumber 'bau' yang Laikha kata busuk itu.

     "Eh. Abang pakai minyak wangi yang abang selalu pakai lah! And yes, abang dah mandi. Abang tak bau apa-apa benda busuk pun." Sehun menjawab dengan riak muka pelik.

     Laikha turut membuat muka pelik sebelum dia mendekati Sehun dan mencium bau yang ada pada Sehun sebelum dia berlari ke singki di dapur dan muntah.

      Bulat mata Sehun bila Laikha tiba-tiba berkelakuan pelik begitu dan berkejar ke arah Laikha dan menggosok belakang badannya.

     Pucat lesi muka Laikha setelah dia selesai memuntahkan isi perutnya (walaupun sikit) di singki tadi dan duduk di depan meja makan untuk bersarapan.

     Sehun menuangkan jus oren ke dalam cawan Laikha sebelum Laikha menyuakan cawan itu ke bibirnya. Dia meneguk air just itu setengah jalan sebelum meletakkan cawan itu kembali ke meja.

     'Kenapa jus oren ni rasa lain macam? Dah basi ke?' Dia bertanya sendiri. Matany melihat ke arah Sehun yang baru mahu minum jus oren yang sepertinya sebelum dia terjerit.

    "Abang! Jangan minum! Jus tu dah basi!" Katanya. Namun, Sehun memandanganya dengan pelik sebelum dia meneguk air jus itu.

    "Basi? Tak ada rasa basi pun. Manis je." Sehun mengerutkan dahinya. Pelik betul dia dengan Laikha pagi ni. Biasanya, Laikha lah yang paling suka minum air jus ni pagi-pagi begini.

    "Manis? Laikha rasa jus tu macam pahit dengan kelat je." Laikha berkata sebelum kembali meminum jusnya dan berhenti lagi.

    "Ha, pahit lah jus ni! Bau dia pun lain!" Katanya lagi.

    Sehun hanya tersenyum kecil.

    "Laikha sayang...Air jus ni tak basi lagi. Tengok? 23 October 2016 baru dia basi. Lambat lagi. Sayang ni kenapa? Lidah sayang mati rasa ke?" Tanya Sehun dengan nada usikkan.

     Laikha menghentakkan tangannya ke meja dengan muka yang masam sebelum berjalan meninggalkan meja dan terus ke ruang tamu dan memeluk bantal.

     "Lah~ Merajuk pulak! Biasanya kalau aku usik sikit, dia usik aku balik. Apa kena dengan bini aku ni?" Sehun bertanya sendiri sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

     Selepas dia mengemaskan meja makan (orang tengah merajuk. Lebih baik dia tolong) dan mencuci semua pinggan mangkuk (dan menukar baju yang tak ada minyak wangi), dia berjalan mendekati Laikha yang sedang menonton TV di ruang tamu itu dan masih memeluk bantal (dengan muka yang masam mencuka).

     "Yang~" Sehun memanggil Laikha dengan manja dan m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baehwililly
lepas ff anda dah siap tolong komen and upvote ya :D

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 38: daebak lahh chen..
lyanaesyaz #2
Chapter 34: sad chap for this story
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 39: So so cheesy. Thank you for finishing my request. Saya pun dh lama x bkk ff sebenarnya.. tapi bile bkk seronok plak sbb ade ff ni. hihi!!
Dark_Star #4
Name : Kim Joon Ah
Exo member : Kai
Scenario : Kai ialah bdk pling bijak kt sekolah. Dia byk peminat dn salah satu drpd mereka ialah JoonAh, jiran Kai. Kai selalu rasa menyampah ngan JoonAh sbb dia selalu bg Kai hadiah dn jemput Kai setiap hari lps hbis latihan bola sepak. Tapi.. suatu hari JoonAh x dtg sekolah, kai risau dn rupanya JoonAh demam..
Author : Tak kisah >.<
Chittaphon_Ten #5
Chapter 34: Name : Kim Seoyeon
EXO Member : Baekhyun
Scenario : Seoyeon dan Baekhyun kena kahwin paksa sbb kena okut permintaan terakhir daripada wasiat datuk Seoyeon. Baekhyun seorang doktor manakala Seoyeon pelajar Universiti. Baekhyun x suke dipaksa kahwin dgn Seoyeon tapi lama2 hati dia pon terbuka utk terima Seoyeon... ^.^ sorry kalau panjang sgt hehe
Author : Sesiapa yg tgh ada free time(?)
Chittaphon_Ten #6
Chapter 34: Sedihnya ending dia.. menangis sy baca huhu
Nakamoto_Yusuki #7
Saya nk request eh...
Name: Song Jihyun
EXO member: Xiumin
Scenario: Song Jihyun ni seorang yg nerd dkt sekolah.. satu hari Xiumin tetibe confess perasaan dkt Jihyun.. pastu Jihyun ingat Xiumin main2 sbb Xiumin ni jenis playboylah jgak..
Author: Sesiapa je pon boleh

Buat happy ending eh..
lugege_
#8
Chapter 38: Sehun nampak mcm badboy pun ada hahahahahah.