Misi Memikat Sepupu ft. Chanyeol
EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)
Watak2 - Fiza (17) | Faiz Park (17)
By Yuko
"Mama!!!" Fiza berlari ke arah ibunya yang berada di dapur itu sambil menangis.
"Eh? Kenapa menangis ni? Siapa buat Fiza nangis ni?" Tanya Puan Azmah. Pelik kenapa anak kecilnya yang berusia 6 tahun ini menangis. Dan dia baru perasan yang baju gown berwarna merah jambu itu sudah kotor dengan kesan coklat.
Tak lama selepas itu, dia lihat anak saudaranya masuk kedalam rumah sambil ketawa dengan tangannya yang dipenuhi tanah. Dia tersenyum dan dia tahu siapa punya angkara yang buat baju anak daranya itu kotor.
"Hahaha! Padan muka kau! Nak sangatkan main dengan aku? Ambik kau!" Kata Faiz sambil tertawa nakal, masih tidak perasan yang ibu saudaranya ada di situ.
"Faiz..." Suara seorang perempuan lain pula menjengah telinga dia sebelum telinga kecil itu dipiat dengan kuat membuatkan kanak-kanak itu menyeringai kesakitan.
"Aduuh kak! Sakit!! Ampunn!!"
"Faiz ni nakal betul eh? Kenapa Faiz kacau si Fiza tu? Sampai nangis awak buat dia. Kakak bagi tahu mummy nanti baru tahu!" Ugut Fimaz sambil memiat telinga adiknya yang muda 2 tahun darinya itu.
"Aduh kak! Jangan! Nanti mummy cekik Faiz! Tak mau!!!" Faiz sudah hampir mau menangis. Takut dia memikirkan mummynya yang garang tu. Lebih garang dari cikgu tadikanya.
Puan Azmah hanya ketawa kecil melihat gelagat dua beradik tu. Lantas dia menenangkan Fiza yang masih lagi menangis itu sebelum dia berjalan ke arah dua kanak-kanak itu.
"Faiz buat apa dekat Fiza sampai dia menangis? Baju dia pun kotor tu. Faiz buat apa dekat dia?" Tanya Puan Azmah dengan lembut.
Fimaz melepaskan cubitannya dan memberi peluang untuk adiknya menjelaskan kepada ibu saudara mereka.
"Tadi Fiza cakap dia nak main dengan Faiz. Faiz tak bagi. Faiz cakap nanti mak ngah marah sebab budak perempuan mana boleh main dengan lelaki. Lepastu Faiz balinglah tanah yang ada dekat tangan Faiz." Kata kanak-kanak itu sambil terkelip-kelip memandang ibu saudaranya.
Puan Azmah mengeluh kecil sambil cuba menyembunyikan senyumannya.
"Tak apalah. Fiza pergi mandi sana. Kejap lagi kita nak hantar Faiz dengan Kak Fimaz pergi airport. Okey sayang?" Arah Puan Azmah sambil menghantar anak kecilnya itu ke tangga.
~.~.~.~
"What?! Dia nak balik sini?!" Fiza berkata dengan suara yang kuat.
Puan Azmah dan Encik Hakim terkejut bila anak gadis mereka itu menjerit bila mereka memberitahu bahawa kakak kepada Encik Hakim serta Suami dan anak-anaknya akan kembali ke Malaysia.
"Kakak ni dah kenapa? Terkejut sangat ke bila Mak Long nak balik sini?" Tanya Fahim. Pelik melihat kakak sulungnya itu seperti tidak suka bila ibu bapa mereka mengumumkan bahawa mak long, pak long dan sepupu-sepup
Comments