Upgrade ft. Kris
EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)Watak2 - Nicky (18) | Wu Yifan (19)
By Yuko
"Nicky~" Yifan memanggil namaku dengan nada keanak-anakan. Apa lagi dia nak ni?
"Ya saya? Ada apa-apa yang bisa saya bantu anda?" Tanyaku sambil cuba memaniskan muka.
"Nicky marah dekat abang ke? Marah ke?" Dia bertanya dengan mata yang dikelip-kelipkan.
Eh tak adalah, Nicky sikit pun tak marah. Siapa nak marah kalau orang tu letak labah-labah mainan dalam beg Nicky kan? Nak aja aku cakap macam tu.
"Marah? Ohh~Nicky tak marah, Nicky BENGANG je. Hal KECIK je." Perli ku sambil berjalan pergi meninggalkan dia.
Nasib aku lah dapat abang angkat yang kuat mengusik. Aku harap sangat program adik-beradik angkat ni cepat habis. Kalau lama lagi, silap-silap aku boleh gila dengan perangai mamat ni. Aku rasa macam nak belasah je si Yixing ni sebab pandai-pandai letak nama aku dalam program ni. Tapi nasib baiklah dia ni dah nak graduate lagi beberapa minggu. Kalau tak...
"Alah~ Abang mintak maaf lah~ Abang nak bergurau je...Nicky jangan marah abang lagi eh?" Yifan meminta maaf lagi. Bila tengok dia ni, dari luar nampak macam mamat cool tapi dia ni sebenarnya sangatlah annoying dan suka mengusik orang. Bak kata orang putih, 'Don't judge a book by its cover'.
"Dahlah. Nicky ada kelas lepas ni. Baik abang pergi masuk kelas sebelum Cikgu masuk." Aku berkata, malas mahu melayan manusia ni. Aku mula berjalan dengan laju ke arah kelas aku. Lagi lama aku dekat situ, lagi gila aku rasa.
~.~.~.~
"Kau buat apa kali ni bro?" Yixing bertanya pada Yifan yang baru masuk ke kelas. Dia boleh mengaggak yang Yifan telah buat sesuatu pada Nicky sehingga membuatkan gadis itu memuncung ketika dia lalu di depan kelasnya tadi.
"Alah~ Aku letak labah-labah mainan dalam beg dia. Aku saja nak usik dia tapi dia marah pulak." Kata Yifan sambil mencebik.
Yixing menepuk dahinya sebelum dia memukul lengan Yifan.
"Hoi! Sakitlah!" Yifan mengaduh sambil menggosok lengannya yang terasa pedih kerana serangan hendap Yixing itu.
"Kau ni pun satu! Kau ingat senang ke aku nak trick dia supaya jadi adik angkat kau? Kau jugak yang beria-ia nak jadikan dia adik angkat kau lepastu kau buat macam ni kat dia." Bebel Yixing.
"Alahai~ Aku cuma letak labah-labah mainan je. Not a big deal." Kata Yifan tidak mahu mengalah.
"Wahai Encik Wu Yifan. Cik adik Nicky awak tu, cukup anti dengan labah-labah. Memang patut dia marah dekat awak. Faham???" Yixing berkata sambil menekankan beberapa patah perkataan. Kata-kata Yixing itu membuatkan Yifan terdiam.
'Alamak.' Fikirnya sambil menggigit bibir.
"Pandai-pandailah kau pujuk dia. Yang pasti, lagi beberapa hari je lagi program adik-beradik angkat ni nak habis. Jadi, aku tak boleh tolong kau 'pikat' hati dia supaya dia tak bertambah benci dekat kau." Kata Yixing dengan perlahan kerana Cikgu mereka telah masuk ke kelas.
Yifan mengeluh. Dia tahu bukan senang nak 'pikat' hati Nicky itu. Tambahan lagi, pada waktu pertama kali Nicky tiba dia sekolah berasrama penuh ini, dia sudah mengenakan Nicky sehingga membuatkan gadis itu bencikan dia. Nasib dia lah, yang cari pasal kenapa. Kan sendiri yang susah.
~.~.~.~
"Nicky, petang nanti ikut abang boleh?"
Aku mengerutkan dahiku.
"Pergi mana? Nak buat apa?" Tanyaku.
"Jangan banyak tanya. Ikut je. Kalau Nicky tak ikut
Comments