The Exchange Student ft. Kai *

EXO Malay Scenarios (CLOSE FOR REQUEST)
Please Subscribe to read the full chapter

Watak2 - Nur Ameera (17) | Kim Jongin (20)

By Yuko

 

      "Meera? Tolong kejutkan Jongin tu boleh tak? Nanti dia lambat pulak nak ke kelas hari ni." Ayah menyuruhku ketika aku baru turun ke bawah. Aku mengeluh perlahan untuk mengelakkan ayah dari mendengar keluhan ku. Naya je kalau dia dengar nanti.

      Aku menaiki tangga itu dan perlahan-lahan mendekati bilik yang Jongin duduk. Malas aku nak bahasakan diri dengan abang. Peduli apa aku kalau dia tua aku tiga tahun pun? Sejak dia duduk rumah kami, kerja dia mengusik aku je dengan bahasa melayu dia yang sedikit- eh silap! Yang SANGAT berterabur tu. Eiii...nak tunggu dia balik negara dia tu kena tunggu lagi dua tahun! Kenapa ayah tawarkan diri nak jadi keluarga angkat dia ni?

     "Woi bangun. Matahari dah naik ni tak reti nak bangun ke?" Aku membuka lampu biliknya (dia duduk sebilik dengan adik lelaki aku, Amar). Aku lihat dia masih tidur dengan tembongkang di atas katil dua tingkat itu dengan rambut yang serabai.

     Aku ambil pensil yang ada di meja tepi pintu bilik itu dan perlahan-lahan aku pergi ke hujung kakinya dan mencucuk hujung jari ibu kakinya dengan pensil itu membuatkan dia menjerit terkejut. Hehehe, padan muka!

     Aku dengar dia membebel dengan perlahan menggunakan bahasa ibundanya sambil menjeling ke arahku. Fikir aku takut lah tengok dia jeling dekat aku? Sorry siket. Siket pun aku tak gentar. Lagi aku jeling dia adalah! Biar dia ingat dia duduk rumah siapa sekarang ni. Tapi, lagi aku jeling dia, lagi tu dia tak gerak. Aik, mamat ni dah jadi batu ke bila aku jeling dia? Ok kelakar.

     "Pergi mandi cepat. Kau tak ingat nak pergi kelas ke?" Aku bertanya pada dia menggunakan bahasa melayu yang mudah untuk dia fahami. Kalau masih tak faham...hmmm...aku tak tau nak cakap pakai apa lagi. Bahasa isyarat boleh? Hehe~

     "Ya. Saya nak mandi lah ni. Awak tak reti nak keluar ke? Ke...awak nak tengok saya bukak baju?" Dia bertanya sambil tersenyum nakal membuatkan muka ku merona merah. Ok, dia dah kenakan aku balik! Cilakak punya mamat mata sepet! Eh, mata dia sepet ke?

     "Eii...tolonglah! Tak hingin aku nak tengok badan kau yang kering tu! Eww!" Aku membuat muka geli sebelum aku menutup pintu dengan muka yang sudah terasa panas. Aku rasa kalau aku ni ada kulit udang, orang fikir aku dah jadi udang goreng dah! Ok, aku dah merapu. Telinga aku sayup-sayup mendengar dia ketawa terkekek-kekek di dalam bilik itu. Pasti gembira dapat mengenakan aku balik. Kureng betul!

     'Takpe...Ini hari, hari kau. Esok lusa, aku punya turn pulak nak kenekan kau! Hehehe.' Aku tergelak jahat dalam hati. Aku menjeling ke arah jam tangan ku dan aku panik bila jam sudah masuk pukul 7:00 pagi. Argh!!! Sepatutnya aku dah ada kat sekolah! Pintu pagar akan ditutup dalam 15 minit lagi!!! Tidakkkk!!!

 

~.~.~.~

 

      "Jongin. Tengah hari nanti kamu tak ada kelas kan?" Tanya Encik Areef pada Jongin yang baru duduk di depannya di meja makan itu.

      Jongin mengangguk sebelum dia menyapu mentega pada roti di depannya.

      "Pak cik ada meeting tengah hari ni, jadi pak cik tak boleh ambik Meera balik dari sekolah. Pakcik nak mintak tolong kamu jemput dia boleh tak?" Encik Areef bertanya dengan bahasa korea yang agak fasih. Maklumlah~ Dia pernah belajar di Korea selama tiga tahun.

       "Boleh aja." Jawab Jongin dengan pendek. Memikirkan apa yang jadi pagi tadi, dia mahu tergelak besar bila gadis itu berubah merah mukanya bila diusik.

        'Hehe, amek kau! Nak sangat kenakan aku kan? Kan dah kena balik!' Fikir Jongin.

        Waktu pertama kali dia menjejakkan kaki ke Malaysia beberapa bulan yang lalu, dia dijemput oleh Encik Areef dan anak-anaknya, Ameera dan Amar. Daripada apa yang dia tahu, Encik Areef sudah kehilangan isterinya beberapa tahun yang lepas dan kini hanya tinggal mereka berempat di rumah tu termasuk dirinya. Dan sejak dia tinggal dengan Encik Areef, dia jarang berbual dengan Ameera tapi dia lebih rapat dengan Amar yang muda 3 tahun dari Ameera (14 tahun), dia mendapat tahu dari Amar yang Ameera digelar 'singa betina' di sekolah kerana perwatakkannya yang garang dan mudah melenting. Dan itu membuatkan dia bertambah suka mengusik Ameera. Dia rasa Ameera kelihatan comel bila dia marah dan memuncungkan bibirnya.

        "Pakcik, saya pergi dulu ya?" Jongin meminta diri sebelum dia menyalami tangan Encik Areef. Bersalam dengan lelaki itu sudah mula menjadi rutinnya setiap kali sebelum berangkat ke kelasnya. Dia terikut bila dia melihat Ameera dan Amar melakukan perbuatan tersebut setiap kali sebelum ke sekolah.

 

~.~.~.~

 

        "Meera?" Fahmi memanggilku ketika aku baru keluar dari kelas pada waktu terakhir hari itu.

        "Kau nak apa?" Aku bertanya. Aku malas mahu melayan kerenahnya yang menyakitkan jiwa raga tu. Malah, pe

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baehwililly
lepas ff anda dah siap tolong komen and upvote ya :D

Comments

You must be logged in to comment
lyanaesyaz #1
Chapter 38: daebak lahh chen..
lyanaesyaz #2
Chapter 34: sad chap for this story
Nakamoto_Yusuki #3
Chapter 39: So so cheesy. Thank you for finishing my request. Saya pun dh lama x bkk ff sebenarnya.. tapi bile bkk seronok plak sbb ade ff ni. hihi!!
Dark_Star #4
Name : Kim Joon Ah
Exo member : Kai
Scenario : Kai ialah bdk pling bijak kt sekolah. Dia byk peminat dn salah satu drpd mereka ialah JoonAh, jiran Kai. Kai selalu rasa menyampah ngan JoonAh sbb dia selalu bg Kai hadiah dn jemput Kai setiap hari lps hbis latihan bola sepak. Tapi.. suatu hari JoonAh x dtg sekolah, kai risau dn rupanya JoonAh demam..
Author : Tak kisah >.<
Chittaphon_Ten #5
Chapter 34: Name : Kim Seoyeon
EXO Member : Baekhyun
Scenario : Seoyeon dan Baekhyun kena kahwin paksa sbb kena okut permintaan terakhir daripada wasiat datuk Seoyeon. Baekhyun seorang doktor manakala Seoyeon pelajar Universiti. Baekhyun x suke dipaksa kahwin dgn Seoyeon tapi lama2 hati dia pon terbuka utk terima Seoyeon... ^.^ sorry kalau panjang sgt hehe
Author : Sesiapa yg tgh ada free time(?)
Chittaphon_Ten #6
Chapter 34: Sedihnya ending dia.. menangis sy baca huhu
Nakamoto_Yusuki #7
Saya nk request eh...
Name: Song Jihyun
EXO member: Xiumin
Scenario: Song Jihyun ni seorang yg nerd dkt sekolah.. satu hari Xiumin tetibe confess perasaan dkt Jihyun.. pastu Jihyun ingat Xiumin main2 sbb Xiumin ni jenis playboylah jgak..
Author: Sesiapa je pon boleh

Buat happy ending eh..
lugege_
#8
Chapter 38: Sehun nampak mcm badboy pun ada hahahahahah.