Mad (Part 2)

Something In My Heart
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Setelah Taemin mematikan talian, dengan kadar segera, dia memasukkan tubuhnya kedalam perut kereta. "Aku akan cari siapa dia ni." Dia menghidupkan enjin kereta. "Orang ni memang nak mati!" Geramnya.

Jonghyun menutup televisyen. Kemudian, menghubungi rakannya yang lain. "Kumpul dekat tempat biasa." Arah Jonghyun pada Minho. "Kenapa?" Tanya Minho. "Entah. Tapi Taemin macam marah tadi. Better kita pergi dengar dulu apa yang dia nak cakap. Kau pun tahu kan kalau dia naik angin macam mana?" Jonghyun teringat masa Taemin hilang sabar dengan seorang lelaki kelas sebelahnya. Lelaki tersebut merampas teman wanitanya.

Pada waktu itu, percakapan yang formal memang hilang dalam ingatan Taemin. Dia bercakap dengan cara yang agak kasar kerana marahnya tidak reda. Kalau bab merancang, memang perancang yang hebat. Dia dapat membalas dendamnya hanya mengambil masa 2 hari dan ianya sangat sempurna. Lelaki tersebut pasti tidak akan dapat melupakan perkara tersebut. Untuk menjadikan lelaki itu trauma, dia lakukan di dalam sekolah agar ada mata-mata melihat kejadian tersebut. Bukan itu saja, Taemin juga telah membuat lelaki dan bekas teman wanitanya itu dibuang sekolah dan pelakunya tidak dapat dihidu oleh pihak sekolah. Jadi, jangan uji kesabaran Taemin.

"Bila diingat balik, memang kita kena tahu dulu kenapa dia marah." Ujar Minho. "Kalau macam tu... Aku call Onew, kau call Key." Arah Jonghyun. Tanpa membuang masa, mereka memutuskan talian. Mereka tahu, walaupun Taemin itu 'adik' dalam group ini tapi pemikiran Taemin lebih matang dari Jonghyun, Minho dan Key. Tetapi kalau Taemin berdebat dengan Onew... Semua orang tahu siapa pemenangnya.

 

 

Telefon bimbit Key berdering di tangan Eunji. Dia lihat ke skrin. "Minho?" Eunji masih tidak lihat kelibat Key. Eunji mahu mencuba nasib untuk memanggil namanya. "Key!!! Minho call!!!" Eunji lihat sekeliling. Masih tiada kelibat Key. Telefon bimbitnya berdering semula. Eunji menarik nafas dalam untuk menjawab panggilan tersebut. "Hello?" Mula Eunji. Minho tidak berkata apa-apa. Mungkin terasa pelik kerana bukan suara lelaki tetapi suara perempuan. "Eunji?" Teka Minho. "Ya." Jawab Eunji dengan ringkas.

"Mana Key?" Soal Minho. "Dia menyorok. Takut kena belasah agaknya." Jawab Eunji dengan nada perli. "Belasah?" Kata Minho. "Korang ni..." Minho dapat agak bahawa Key mesti cari pasal dengan Eunji. "Nanti bagi tahu Key, jumpa dekat tempat biasa. Penting." Minho sengaja tidak mahu beritahu Eunji tentang hal sebenar. Mestilah. Ini kan tentang kawan baiknya juga, Naeun.

Eunji hanya berkata "Ya." Dan Minho terus mematikan talian. Eunji hanya berfikir yang ianya sangat penting. Sekarang ini, Eunji tetap mencari Key di merata tempat. Akhirnya Eunji menemukan Key dalam stor bawah tangga. "Key?" Eunji memulas tombol pintu itu dengan perlahan. Mana Eunji tahu Key ada di situ? Sebab Omma yang beritahu.

"Key. Aku tahu kau ada dekat dalam." Bilik stor itu walaupun kecil, tapi agak luas daripada di rumahnya. Maklumlah... Rumah Key besar. Dengan pantas ada sesuatu menerkam Eunji dan menyebabkan Eunji menjerit ketakutan. "Woi! Ni aku lah!" Key menutup mulut Eunji agar tidak didengar oleh sesiapa, lagi-lagi ommanya. "Apa kau buat dekat sini!?" Tanya Eunji setelah mulutnya tidak di tutup lagi. "Elak kena pukul dari kau. Ehehehe" Buat lawak pula Key ni. Tapi memang betul pun.

"Apa ni?" Tanya Eunji apabila dia nampak sebuah kotak di sebelah Key. Key menoleh. "Oh. Ini..." Key membuka penutup kotak tersebut. Terdapat baju, kasut, tali pinggang, jam tangan dan pelbagai barangan lelaki. "Barang appa." Key mengambil gambar yang terpapar muka Key, omma, dan appanya. "Ini appa." Dia menunjukkan wajah sebenar ayahnya kepada Eunji. "Sorry." Eunji rasa bersalah kerana dia membawa situasi sedih di situ. "It's ok." Jawab Key.

[Yayaya - Urban Zakapa (OST High School Love On) / Silly Boy - 15&]

Eunji melihat wajah appa mertuanya sangat "Kacak." Sambil tersenyum. "Macam aku, kan?" Cadang Key. Eunji terlihat jam tangan dan menyarungnya ke tangan Key. "Muat lah!" Kata Eunji dengan riang. Kemudian, Key mengambil topi milik appanya dan letak di atas kepala Eunji. "Kepala kau kecil." Sambil tertawa. "Sebab tu aku comel...!" Eunji memuji diri sendiri. Key membuat muka "Meluat aku dengar. Muntah pelangi aku nanti." Key sengaja kata begitu untuk mengusik Eunji.

"Appa tu orangnya yang macam mana?" -Eunji.

"Dia baik, kacak, pemurah, and.... mulut manis. AHAHAHA" -Key.

"Patutlah omma terpikat dekat appa..." -Eunji.

Eunji ternampak gambar yang memcurigakan. "Apa ni?" Dia menghulurkan pada Key. Terdapat dua orang budak kecil di dalam tab mandi sambil berebut kapal kecil(mainan). "Ini....." Otak Key sedang menganalisis gambar tersebut. Dia lihat ada tulisan di bahagian belakang.

Bibir Key terukir senyuman sinis. Jari telunjuknya menunjuk kearah budak lelaki didalam gambar. "Ini aku dan budak perempuan ini..." Key memandang Eunji yang dalam kebingungan. "Eunji."

"HAH!?" -Eunji.

"AHAHAHAHA! Aku dah agak yang kau akan terkejut!" -Key.

"Cakaplah betul-betul! Ni siapa!?" -Eunji.

"Ini aku... Dan ini kau." -Key.

Eunji rampas kepingan gambar tersebut dan lihat dibahagian belakang. "No... Way...."

Agak lama mereka disitu. Kini, baru Eunji ingat bahawa Minho mahu berjumpa dengannya. "Key! Aku baru ingat. Tadi Minho call. Katanya penting." Kata Eunji yang agak gelabah. "Penting?" Tanya Key semula. Eunji hanya mengangguk. "Dia kata jumpa dekat tempat biasa." Jelas Eunji. "Sekarang?" Eunji hanya mengangguk sebagai 'Ya'.

 

 

"Apa yang dah jadi?" Tanya Onew selaku 'ketua' dalam kumpulan mereka. Onew melabuhkan punggungnya setelah sampai di tempat mereka berkumpul. Mereka berkumpul di sebuah kafe milik Minho. Taemin yang dari tadi muka ketat akhirnya memulakan percakapannya. "Hyung. Aku rasa ada orang aniaya aku." Taemin mengeluarkan gambar-gambar yang Naeun lempar tadi. "Tengok ni."

Terkejut yang lain setelah lihat gambar-gambar tersebut. "Bila semua ni jadi? Betina mana yang dengan kau ni?" Tanya Key. "Aku rasa ni 3 hari lepas." Jawab Taemin. "Apa kata kau jawab dengan LEBIH jelas." Onew sengaja menekankan perkataan 'lebih' agar Taemin menjelaskan semuanya. SEMUA.

"Sekarang ni kau syak siapa?" Kali ni, Minho pula bersuara. Taemin menggelengkan kepalanya. "Aku... Tak tahu." Taemin melihat telefon bimbitnya. "Sekarang ni... Naeun dah tak percaya aku lagi." Dia menutup mukanya. Bukan kerana dia malu, tapi dia dapat merasakan Naeun pasti akan meninggalkannya. Fikiranya buntu ketika ini.

"Kau nak selamatkan hubungan kau, tak?" Tanya Onew. Taemin pandang dengan wajah sedih dan mengangguk. "Selagi ada duit, kita pasti dapat dalangnya." Kata Key sambil tersengeh. "Aku boleh tolong untuk pijak dia." Jonghyun. "Kau nak aku bawa kau ke mana? Nak langgar dia pun boleh." Minho sengaja kata begitu untuk membakar semangatnya. Kata-kata mereka membuatkan Taemin tersenyum. "Kalau macam tu. Aku nak buat dia tahu siapa aku." Sinis Taemin.

 

 

Maka, mulalah misi terbaru mereka. Dengan adanya duit, idea, lakonan dan ayat manis, mereka boleh jadi detektif. "Korang kena inform dengan aku awal-awal jikalau korang ada hal." Kata Onew. Maklumlah... Semuanya orang berduit. Onew, sedang mengendalikan perniagaan appanya. Itu pun hanya menjadi CEO ke-2. Ceo yang pertama ialah abangnya. Dia kata mahu mula dari bawah tapi abangnya beri cadangan pada appanya bahawa Onew akan setaraf dengannya.

"No big deal." Jawab Jonghyun. Lelaki ini ada buka 'Gym'. Yang hebatnya, dia juga ada buka 'club'(pub). Mungkin kerja ni lebih mudah kalau ada dia. Manakala Minho? Anak orang kaya. Kafe ni memang dia yang punya cuma... Hanya suka-suka sebab dia suka coffee. Ramai juga yang cair dengan Minho. Tak kira lelaki atau perempuan. Mungkin sebab dia pandai berkata-kata... Manis? Agak bahaya dia ni.

Taemin? Sama dengan Key. Pekerjaan model hanyalah kerja sambilan bila sudah bersedia mereka akan ambil alih syarikat keluarga masing-masing. Cuma, dia suka bernyanyi. Banyak lagu OST telah dia ny

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Momentz
Sorry late!!! Miane.......... Computer Momentz rosak T.T That's why update lmbat. Sebenarnya chapter ni dah lame siap, cume nak kena ada perasmian. uhuhu

Comments

You must be logged in to comment
Chanmollyka #1
Can you please translate this into English please? I really want to read about key and eunji! ^_^
kyukyunami #2
awk best lah fanfic awk no
Ayien_yen #3
Chapter 29: Daebakk!!update soon
biedom #4
Chapter 28: Update soon(●_●)
biedom #5
Chapter 16: Love this story
BbyLolly #6
Chapter 28: Keep update >.<
Ayien_yen #7
Chapter 26: Update soon
serenidad
#8
interesting~~~~
Sophiana #9
Yeah I agree can you please translate this in English I really want to read it!!!!!!
Eunjibae
#10
can you possible translate this story in eng? i would love to read it :P