123

Something In My Heart
Please Subscribe to read the full chapter

Eunji POV

"Aku dekat mana ni!?" Bilik ni gelap. Tapi hanya ada lampu kecil menerangi aku dari atas. Aku menoleh kiri dan kanan tapi tiada sesiapa pun. "Ada sesiapa tak?" Suara aku bergema di dalam bilik gelap itu. Aku cuba memberanikan diri untuk mencari sesiapa saja. "Ada sesiapa tak...?!..." Nampaknya, bilik ni macam besar.

"Eunji-ah." Aku dengar suara Zelo oppa. "Zelo oppa?" Tapi aku tak tahu dia ada dekat mana. "Oppa!...?" Puas aku mencari tapi tak ada. Tiba-tiba aku nampak Zelo oppa. "Oppa!" Aku memanggilnya. "Kita ada dekat mana?" Soalan aku tidak terjawab tapi dia datang mendekat. "Zelo oppa?" Dengan lembut dia mengambil tangan aku dan letakkan ke pipinya. "Eunji tahukan yang oppa sayang sangat dekat Eunji?" Aku tak tahu nak jawab apa. "Saya..." Aku betul-betul tak tahu nak bagi tahu jawapan yang macam mana! "I still love you." Air mata Zelo oppa mengalir. "Ze...lo.. oppa... Eunji-"

"Mungkin Eunji dah tak sayangkan oppa lagi." Kata dia dengan nada sedih. "Jangan cakap macam tu!" Aku terus memeluknya. Aku tak nak dia cakap macam tu lagi! Aku sayangkan dia! Tapi... aku tak tahu kenapa perasaan aku terhadap Zelo oppa jadi lain. "Zelo-ah... oppa." Aku menangis di dalam dakapannya.

"Jadi..." Aku terkejut mendengar suara Key. Suara tu dekat sangat. Seakan Zelo oppa bertukar tempat dengan Key. "Kau cintakan lelaki tu?" Aku nak pandang wajahnya tapi dia peluk aku dengan kuat dan salah satu tangannya membuatkan kepala aku tertunduk. "....a..." Lidah aku kelu.

"Aku tak nak tengok kau macam ni. Cinta tak wujud, Eunji." Suara Key berubah. Kedengaran... seperti... mena..ngis. "Aku sendiri tak percaya yang kau buat aku..." Dia menghentikan ayatnya dan menarik nafas dalam-dalam. Lalu menghembuskan dengan lembut. "Cintakan kau..." Jantung aku bagaikan terhenti. "Semula." Sambungnya.

"Cin...ta...?" Entah kenapa lidah aku kembali kepada normal. Dia peluk aku dengan erat sambil menangis...

"Aku..." -Key.

"Aku... minta..." -Key.

"Ma...af" -Key.

"Aku terpaksa lepaskan kau." Apa ni!? Kenapa dia cakap macam tu!? "Key! Jangan... lepaskan... aku." Aku tak mampu bertahan lagi... Apa yang aku dah buat...? Semakin deras air mata aku mengalir. Dengan perlahan dia meleraikan pelukan ini. Dia hilang dari pandangan aku. Adakah ini bermakna hubungan kita bakal berakhir...?

"Key-ah... tolong jangan buat macam ni..." -Eunji.

 

 

"Hey. Sampai bila kau nak minum ni...?" Rungut Minho. "Tadi kau kata nak balik. Ni tiba-tiba ajak kitaorang minum ni kenapa?" Celah Jonghyun. Key tidak mempedulikan leteran rakan-rakannya. "Aku dahaga. ehehe" Kata Key sambil menuangkan air soju ke dalam gelas kaca. "Kau dah mabuk tapi masih nak minum lagi?" Kata Minho tidak puas hati.

Hanya satu tegukan Key dapat habiskan. Kini dia mengisi air di dalam cawan kaca itu semula. Baru saja Key mahu mengambil cawan itu, ada seseorang telah merampas cawan itu dari belakang. "Ni lagi sorang. Apa masalah kau?" Tanya Onew. Key bukanlah sebodoh itu tapi... Dia minum air soju dari botol terus ke mulutnya.

"Hyung. Maaf sebab panggil hyung pada waktu sekarang ni. Kitaorang risau bila tengok keadaan Key macam ni." Jelas Minho. "Mana Taemin." Onew lihat sekeliling tapi tidak nampak kelibat Taemin. "Kitaorang tak nak kacau dia. So-" Minho.

"Dia tak tahu." Celah Jonghyun. Onew hanya menggelengkan kepalanya. Dia memandang Key dengan rasa simpati-dan geram. "Ni pasal dia, kan?" Onew melabuhkan punggungnya bertentangan dengan Key. Walaupun Key dibelenggu kemabukan tapi dia faham siapa yang dimaksudkan Onew. "Hyung." Suara Key kedengaran serius. "Aku tak tahu sama ada aku sayang dia atau tak." Tangannya menggenggam cawan tersebut dengan kuat. "Kenapa kau kahwin dengan dia?" Tanya Onew.

"Aku tak tahu!" Key menghentakkan cawan sehingga pecah. Bukan kawan-kawannya saja yang terkejut malah orang-orang di situ juga terkejut. "Aku..." Dia melihat tangannya yang cedera. Darahnya mengalir. "Aku...tak tahu."

Jonghyun mengambil tangan  Key yang cedera itu, lalu tutupnya dengan sapu tangan. "Jom. Aku bawa kau pergi hospital." Ajak Jonghyun. "Hati aku lagi sakit..." Air mata Key mengalir.

 

 

Suara Puan Kim menyerikan pagi tersebut. Dia membuka pintu bilik dengan kasar. "Eunji...~~~" Sambil menyanyi. Anak matanya tercari-cari kelibat menantunya itu. Bunyi pintu bilik air terbuka. Puan Kim menoleh ke arah bilik air terdapat menantunya yang sedang berdiri agak tidak bermaya di muka pintu.

"Look!" Puan Kim menunjukkan sepujuk surat di tangannya. "Surat daripada Universiti Seoul!" Katanya sambil gembira. Eunji datang ke arah omma mertuanya  sambil meloncat. Dia tidak fikir tentang kesihatannya sekarang. Terlupa seketika.

"Cuba buka." Puan Kim memberi surat tersebut setelah Eunji duduk bersebelahan dengannya. Eunji menarik nafas sedalam-dalamnya. Puan Kim hanya memandang menantunya untuk melihat reaksi apakah yang akan ditonjolkan oleh Eunji.

"So?" Tanya Puan Kim sebab reaksi Eunji seakan terkejut -dan surat itu terlepas dari tangannya. "Eunji-ah..." Puan Kim berasa simpati kerana mungkin Eunji tidak dapat memasuki universiti tersebut. "Kita cuba lain kalinya?" Puan Kim cuba menenangkan menantunya itu.

"Tak perlu omma." -Eunji.

"Sebab Eunji dapat!!!!" -Eunji.

"Pergi bagi tahu Key!" Soalan Puan membuatkan Eunji terhenti dari rian

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Momentz
Sorry late!!! Miane.......... Computer Momentz rosak T.T That's why update lmbat. Sebenarnya chapter ni dah lame siap, cume nak kena ada perasmian. uhuhu

Comments

You must be logged in to comment
Chanmollyka #1
Can you please translate this into English please? I really want to read about key and eunji! ^_^
kyukyunami #2
awk best lah fanfic awk no
Ayien_yen #3
Chapter 29: Daebakk!!update soon
biedom #4
Chapter 28: Update soon(●_●)
biedom #5
Chapter 16: Love this story
BbyLolly #6
Chapter 28: Keep update >.<
Ayien_yen #7
Chapter 26: Update soon
serenidad
#8
interesting~~~~
Sophiana #9
Yeah I agree can you please translate this in English I really want to read it!!!!!!
Eunjibae
#10
can you possible translate this story in eng? i would love to read it :P