Really? That's Why You Wanna Find Me?

Something In My Heart
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Bunyi burung berkicauan menghilangkan kesepian di taman. Hanya terdapat dua insan bersendirian di tepi kolam air pancut itu. Zelo memandang seorang gadis yang tampak ayu dan anggun. Ya, dialah Eunji. Eunji hanya menundukkan wajahnya dan memandang ke tanah. Tidak mahu melihat lelaki yang telah menghancurkan hubungan mereka.

Setelah lama mendiamkan diri, Eunji terasa tidak selesa. "Sa-saya minta diri dulu." Ketika Eunji mahu beredar dari situ, Zelo memeluknya dari belakang dengan erat. Eunji cuba melepaskan pelukan tersebut tapi apakan daya, tenaga dan keupayaan seorang lelaki lebih tinggi dari wanita. "Zelo. Lepaskan saya." Eunji mula rasa tidak selesa dengan tindakan Zelo yang sedemikian.

Zelo meletakkan kepalanya diatas bahu Eunji lalu merapatkan sedikit mulutnya ke telinga Eunji. "Saya tidak akan lepaskan awak."

 

 

 

 

 

"Lagi." Sambungnya lagi.

[Breath-SM The Ballad]

Entah bila air matanya mula bertakung dan mengaburi penglihatan Eunji apabila dia mendengar pengakuan Zelo. Tidak! Eunji mengeraskan hatinya yang lembut. Dia cuba memberontak tetapi sukar untuknya kerana orang yang dia sayang, orang yang dia cintai dan orang yang telah lama dia memendam rindu ada memelukanya dan inginkan dia kembali.

Dia cuba tabahkan hatinya, mengingati peristiwa yang hampir meragut maruahnya, memutuskan hubungannya, menjadikan dia jasad tidak bernyawa, mencipta sejarah hitam, itu bukanlah impian seorang gadis untuk memulakan kebahagian dalam sesuatu hubungan itu.

"Zelo." Eunji membuka kotak suaranya yang agak sayu itu. "Lepaskan saya." Sambung Eunji. Air matanya telah mula mengalir lalu membasahi pipinya. Dia menundukkan kepalanya sedikit kerana tidak dapat tahan menahan air matanya lagi. Zelo terasa ada beberapa titisan cecair di tangannya. Di-dia na..ngis... Zelo merasakan gadis yang dia sedang peluk ini telah menangis berpunca darinya. Jadi, dia meleraikan pelukan itu. Perlahan demi perlahan.

"Macam yang awak kata. Kita putus." Suaranya Eunji mulai kedengaran seperti serak-serak basah. Dia tidak menolehkan badannya menghadap Zelo, apatah lagi memandangnya. "Sekarang kita sudah tiada apa-apa hubungan. Sebab..." Ayat Eunji tergantung kerana dia mahu menarik nafas panjang. Baginya, mungkin ini kali terakhir mereka bertemu. Lalu menyambung "Sebab itu yang awak mahu."

Zelo mahu mengatakan sesuatu untuk membela dirinya dan tanggapan Eunji terhadapnya. "Sa-" Ayatnya terpotong kerana Eunji mengangkat tangannya paras telinga lalu mengenggamnya untuk isyarat bahawa dia tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan lagi dari Zelo.

"Eunji. Listen-" -Zelo.

"Enough!" -Eunji.

"Saya bukanlah cantik! Saya bukanlah pandai! Saya tidak lawa! Saya! Saya. Saya..." -Eunji.

"Saya hak orang. Bukan awak lagi..." -Eunji.

Hatinya tidak sanggup mahu melepaskan Eunji. Mana tidaknya. Semua yang dia lakukan tempoh hari hanyalah lakonan. Kini semuanya telah terlambat. Dulu, Eunji memandangnya meninggalkan Eunji sendirian tapi hari ini dia memandang Eunji berjalan dan telah meninggalkan dia sendirian. Matanya kabur akibat air di matanya mahu membasahi wajahnya. Kakinya terasa lemah seperti tenaga, jiwa dan raganya telah dibawa pergi bersama Eunji. Eunji... Tangannya cuba menggapai Eunji, kakinya mula membuka langkah tetapi dia mulai rebah di permukaan bumi. Banyangan Eunji mula hilang, pandangnnya menjadi semakin lama semakin gelap.

 

 

"Key oppa! Eunji eodi-sso?" Tanya Naeun. Key hanya menunjuk kearah kolam yang tidak jauh dari tempatnya. "OK!" Naeun memberi isyarat sebelum berlari anak untuk mendapatkan Eunji.

Selang beberapa minit, Key terdengar bunyi siren ambulans. "Siapalah yang nak mati dekat sini pula hari ini..." Rungutannya. Tiba-tiba Naeun datang dalam keadaan termengah-mengah. "Oppa!" Kehadiran Naeun membuatkan Key menjadi panik. Naeun cuba bertenang dangan menarik nafas panjang dan menelan segumpal air liurnya. "Kenapa ni!?" Tanya Key. Naeun mahu mengeluarkan suaranya tetapi tidak dapat. Terasa ada sesuatu yang telah menyekat di kerongkongnya. "Cuba bertenang siki

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Momentz
Sorry late!!! Miane.......... Computer Momentz rosak T.T That's why update lmbat. Sebenarnya chapter ni dah lame siap, cume nak kena ada perasmian. uhuhu

Comments

You must be logged in to comment
Chanmollyka #1
Can you please translate this into English please? I really want to read about key and eunji! ^_^
kyukyunami #2
awk best lah fanfic awk no
Ayien_yen #3
Chapter 29: Daebakk!!update soon
biedom #4
Chapter 28: Update soon(●_●)
biedom #5
Chapter 16: Love this story
BbyLolly #6
Chapter 28: Keep update >.<
Ayien_yen #7
Chapter 26: Update soon
serenidad
#8
interesting~~~~
Sophiana #9
Yeah I agree can you please translate this in English I really want to read it!!!!!!
Eunjibae
#10
can you possible translate this story in eng? i would love to read it :P