Double Date Part 2
Something In My Heart
Eunji POV
Cuaca sangat sesuai untuk membuat aktiviti hari ini. Taman bunga? Selalu menjadi tempat tumpuan utama untuk beriadah. Katanya nak pergi taman tema tetapi aktiviti tu tergendala ke kesebelah petang. So... Mesti sampai malam, nasib baiklah aku sudah beritahu 'Madam' yang berada dirumah itu. Sweet pula aku tengok Naeun dan Taemin ni. Berpegangan tangan, bergurauan, bermanja-manja, berpeluk-
ahh.... pelukan tu. Pelukan yang aku rindu sangat... Zelo.
[Missing You (OST King 2 Heart)-Taeyeon] / [Closer (OST To The Beautiful You)-Taeyeon] / [Can Yo Hear Me-Zia]
Aku teringat...
Senyumannya,
Lirikan matanya,
Tawanya,
Aegyo-nya,
Suranya,
Kemanjaannya,
Pelukannya,
Sentuhannya,
Dan...
Bibirnya.
Ya. Kucupannya yang sangat aku rindui. Lembut, hangat dan selesa.
"Eunji!!!" Aku terdengar ada orang memanggil namaku dan dengan pantas aku memandang kearah suara itu. Dengan secara tiba-tiba, ada seseorang telah menarik dan memeluk aku dengan erat. Aku melihat sekeliling. Aku hampir dilanggar oleh basikal? Bagaimana? Macam mana aku boleh tidak perasan? Aku memandang keatas untuk melihat wajah lelaki tersebut. Ini sangat mengejutkan aku. Key.
Key POV
Bosannya. Tidak sangka 'Dauble Date' ni sangat membosankan. Lihat kiri. Bunga. Lihat kanan. Oh! Perempuan ni. Lihat sebelah perempuan itu. Bunga. INI SANGAT MEMBOSANKAN. Nak pandang depan? Oh....
Comments