HoneyMoon
Something In My Heart
"Ah!" -Eunji.
"Kenapa!?" -Key.
"Kau tak rasa beranginkah!?" -Eunji.
"Berangin...?" -Key.
Key melihat pada bahagian bawahnya. Key amat terkejut kerana kain tualanya terselak sehingga hampir menampakkan 'rahsianya'. Cepat-cepat dia menutup pada bahagian tersebut. Wajah Eunji mula merah padan seperti buah jambu. "Kau... Tak nampak apa-apa, kan?" Bibir Key tergagap ketika menanyakan soalan pada Eunji.
Key mempercepatkan pergerakannya untuk berdiri tegak. "Aku..." Kata-katanya terhenti dan melihat sekeliling bilik itu untuk mencari jawapan. Anak matanya terlihat almari baju kepunyaannya. "Aku guna baju lainlah." Dia membuka langkahnya untuk pergi ke almari.
"Esok... Kita pergi ke pulau Jeju. So, kemaskan barang-barang kau." -Key.
"Pulau Jeju?" -Eunji.
"Ni semua pasal kau lah kita lambat!" Eunji berlari sambil menarik beg bagasinya. Sempat juga dia menyalahkan Key yang berlari bersamanya menuju ke pintu masuk lapangan terbang di Incheon.
Key memandang kearah Eunji dengan muka yang 'menjengkelkan' lalu membuka kotak suaranya untuk mempertahankan maruahnya yang hampir tercalar. "Aku!?" Key menundingkan jarinya ke mukanya. Semacam tidak percaya bahawa dirinya adalah punca mereka lambat. "Asal pula aku!? Kau yang tak kejutkan aku pagi tadi! Argghhh!!!"
Terkejut Eunji apabila mendengar 'penjelasan' daripada lelaki itu! Buat-buat tak tahu pula budak ni! Mereka telah sampai ke kaunter. Key menguruskan tentang pasport dan tiket penerbangan mereka berdua.
"Lain kali, aku tak nak kejutkan kau bangun! Kalau nak bangun..." Eunji melabuhkan punggungnya dahulu sebelum menyambung ayatnya. "Suruh 'alarm' yang kejutkan kau bangun dari tidur!" Eunji sempat membebel lalu mengeluh teringat tentang pagi tadi.
FlashBack
[What's Going On-B1A4]
Every day yeah yeah yeah yeah~
Every day yeah yeah yeah yeah~
Ya neo ttokbaro malhae eodiya~
Eodinde (jibiji~) jigeum eodinde~
Please Subscribe to read the full chapter
Comments