CHAPTER 47

Our Love Story
Please Subscribe to read the full chapter

“ Along, mak nak kerumah ika ni. Nak tolong apa yg patut. Lusa majlis dah nak berlangsung.” Ujar puan munirah pagi itu. Ellina yg sedang bersantai di pangkin depan rumahnya tersentak.

“ ha..yelah mak. Biar along masak dulu untuk tengah hari. Nanti dah siap along menyusul kerumah ika.”

“ha..nanti datang. Jangan tak datang pulak. Terasa hati pulak ika tu karang.”

“ yelah mak.”

Ellina tersenyum sambil menghantar langkah emaknya menerusi pandangan mata.

Udara disekitar rumah kayu tradisional itu seperti biasa. Segar dan bersih. Matahari mula bersinar cerah. Ellina menarik nafas panjang seraya naik kerumah. Dia ingin menyediakan masakan tengah hari awal hari ini.  Cadangnya selepas selesai memasak, dia ingin kerumah ika. Pasti banyak yg perlu dilakukan ika untuk majlis perkhawinan nya lusa nanti.

 

Ellina bergegas memasak nasi. Ikan kerisi beberapa ekor pula digoreng berlada. Kemudian dia mengutip sayur kangkung dikebun kecil belakang rumah untuk dimasak goreng belacan. Untuk menambah selera, dia menumbuk sambal belacan diperah dengan limau kasturi. Kerjanya cekap walaupun agak terbatas. Selesai memasak, ellina menjerit memanggil adik-adiknya. Adik keduanya, dayana yg baru sampai dari Melaka malam semalam turut pulang kekampung bagi meraikan perkhawinan ika.

“ kenapa..?” Tanya dayana lemah. Anak dara sunti itu terpisat-pisat biji mata bila kakak sulungnya memanggil namanya.

“ kenapa..? haiii..matahari dah meninggi dah. Pergi mandi. Kejut sekali abang cik dan adik. Along nak pergi rumah ika ni. Nak tolong apa yg patut. Angah tu pun lepas mandi terus pergi rumah ika. Nanti ika cakap apa pulak..dah balik, tapi tak nampak muka.” Ellina berpesan. Tubuhnya sudah disarung dengan seluar slack dan blaus longgar. Tudung berwarna biru laut pula sudah siap dipin kemas.

“ yelah..angah tahulah..” balas dayana sedikit malas. “ eh,mak..kenapa balik?” soal dayana pabila melihat emaknya terkocoh-kocoh naik kerumah.

“ pisau tertinggal..” balas puan munirah perlahan. Selalunya apabila dia pergi merewang dimana-mana majlis, pasti dia akan membawa pisau sekali. Senang untuk membuat kerja.

“ohhhh..”

Tiba-tiba dayana terdengar bunyi kereta berhenti didepan rumah.  Siapa pula yg datang? Soalnya sendiri lalu menapak kedepan pintu.

“ along..!! ni tengok siapa yg datang.” Jerit dayana.

Ellina mula keluar dari biliknya. Dia berjalan perlahan kearah pintu utama. Tersirap darahnya melihat rita yg sedang keluar dari perut kereta bersama seorang lelaki yg amat dkenalinya. Debar didadanya membuatkan dia bagaikan kaku berdiri disitu.

“ siapa tu along?” soal puan munirah yg baru muncul dari arah dapur. “ la…rita rupanya. naiklah rita..eh, kris pun ada sekali.!” Lebar senyuman puan munirah apabila menantunya turut kelihatan disitu.

Ellina menghindar diri apabila lelaki itu mula naik kerumah. Terasa mahu pecah dadanya apabila kris menghulurkan tangan. Teragak-agak dia mahu menyambut. Tapi apabila terpandangkan renungan emaknya, membuatkan ellina pantas mencapai tangan kasar itu lalu dikucupnya. Ellina terkedu apabila kris dengan berani mendakap tubuhnya. Erat. Tidak malukah lelaki ini memperlakukan nya begitu dihadapan emak dan adik-adiknya?

“ abang rindu ina..” ucap kris perlahan apabila dia melepaskan pelukan. Wajah lembut itu semakin cantik dan manis bila mengenakan tudung. Dia tersenyum. Kemudian bergerak menuju kearah ibu mertuanya.

“ emak apa khabar?” kris menghulurkan tangannya kepada puan munirah.

“ baik..duduklah.” jemput puan munirah sambil menyambut huluran tangan menantunya. Kembang hatinya apabila kris cukup beradab dan fasih bermelayu walaupun agak kekok dan janggal. Namun sekurang-kurangnya jauh lebih baik dari ketika mereka bertemu dahulu.

“ duduklah dulu ye..mak ni nak kerumah jiran sebelah. Lusa ada kenduri khawin. Tu yg nak menolong apa yg patut tu..” ujar puan munirah sambil menepuk-nepuk bahu kris. lalu pantas wanita separuh abad itu meminta diri.

Dayana pantas bergegas masuk kebilik air untuk membersihkan diri. Ellina pula meminta diri kedapur untuk membuat air. Terbantut hasratnya untuk kerumah ika pagi itu. Rita pula turut mengikutinya hingga kedapur.

“ apa mimpi kau datang bawa dia, rita?” Tanya ellina masih terkejut.

“ kris dah seminggu kat KL,ina. Dia datang merayu-rayu pada aku. Dia betul-betul nak cari kau. Nak minta maaf pada kau. Aku jadi tak sampai hati. so, aku bawa dia kesini.” Terang rita sekali gus merungkaikan segalanya.

Ellina mengeluh halus. Rasanya, dia masih belum bersedia untuk berdepan dengan lelaki itu. Tapi sampai bila? lelaki itu tetap suaminya yg sah.!

Rita menjengah keluar tingkap. Terpesona dia melihat pemandangan sawah padi yg menghijau. Ditambah pula banyak pokok-pokok buah dihalaman belakang.

“ banyak pokok ye. Sejuk duduk kat sini. Damai je rasa.” Rita yg membesar dibandar bagaikan kagum melihat suasana nyaman dirumah ellina.

Ellina diam saja. Dari dapur dia mendengar suara adiknya, danial yg baru keluar dari bilik berbual rancak dengan kris. Air milo pa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baekhan9092
kindly put your comments

Comments

You must be logged in to comment
vedu1998 #1
Please translate into English. Really want to read this
ParkRinRina #2
Chapter 50: tahniah kerana siapkan cerita ni dng happy ending...daebak
minion27
212 streak #3
Chapter 48: Kris & ellina dh berbaik semula
forevermongji #4
Chapter 45: Looking forward for next update :) even it hard for me to understand some words but it's really good *thumbsup* I was cryinggg while reading this ff lols.
springjasmine91
#5
Chapter 40: *cari batu besar tunggu bersila*siap kau fei.... Nnti kau aku bunuh kau grrr! Jgn percaya dgn perempuan gila tu ellina! Please! Fighting utk bab seterusnya
mimie_lulu #6
update lah lagi...!!
WuJesoo
#7
Chapter 36: kesian dekat ellina :( update soon
mimie_lulu #8
Chapter 36: Update lagi!!!!!!!!!!!!!!!
ParkRinRina #9
Chapter 35: Update cepat...saya rindu nk bca cerita awk...