LuHan

Our Love Story
Please Subscribe to read the full chapter

Hari demi hari berlalu dengan pantas.kini tibalah musim bunga pula yg bakal mengantikan musim sejuk.ellina masih lagi hadir kekuliah seperti biasa.kandungannya baru mencecah usia sebulan.perutnya masih lagi belum membesar.sejak hamil,ellina tidak lagi memandu sendiri ke universiti.pergi dan baliknya dijemput dan dihantar oleh driver.jika kris tidak begitu sibuk,maka suaminya itulah yg akan melakukan semua tugas itu.ellina tersenyum sendiri apabila teringatkan perlakuan kris yg ternyata jauh berbeza dengan kris yg dulu.suaminya kini sangat prihatin dan mengambil berat akan dirinya.egonya juga dapat dikawal walaupun sesekali ellina banyak kerenah mahukan itu dan ini.semua permintaan ellina juga dipenuhi.tidak pernah sekalipun kris mengecewakannya.

Semakin hari semakin dalam cintanya pada lelaki itu.terlalu dalam hinggakan setiap kali kris mendekat,setiapkali itu jugalah dadanya berdebar kencang.nafasnya seakan tidak teratur.namun sedaya upaya ellina berusaha menyembunyikan perasaan sebenarnya pada kris.dan untuk itulah dia sengaja bersikap dinggin pada suaminya .ego yg dulunya tersembunyi kini mula terserlah.ellina tahu kris agak terasa dengan sikap dingginnya.namun sengaja dia bersikap tidak peduli.dia mahu kris merasa sakit hatinya apabila suaminya itu bersikap dinggin padanya dulu.kemaafan tidak semudah itu untuk diberi.

''ina..!!''

jeritan suara dari dapur mengejutkan ellina dari lamunan yg panjang.bergegas dia menuju kedapur.ellina mula terhidu sesuatu yg tidak enak dari arah dapur.dia kaku seketika sejurus tiba didapur.bulat matanya memandang kuali yg berasap tebal disudut dapur.laju kakinya melangkah lalu dimatikan suis automatik.ellina menjenguk kedalam kuali.ayam goreng yg baru saja ditinggalkan kepada kris habis rentung.perlahan dia memandang kearah kris yg sedang dalam kebingungan sambil menggaru kepala yg tidak gatal.

''kris,apa yg awak buat ni? tulah,saya nak masak awak tak bagi.tengok sekarang apa dah jadi? habis kita nak makan apa ni!?'' ellina mula marah-marah.geram hatinya apabila melihat ayam gorengnya sudah menjadi hitam legam.dia menjenguk kedalam peti ais.langsung tiada makanan! ellina mengeluh.ketiadaan hyang suk ahjumma dalam membantunya mengurus kerja rumah membuatkan ellina mati kutu.sudahlah dia sibuk dengan kuliah,kini terpaksa pula mengurus kerja dirumah.'aduh..kenapa lah hyang suk ahjumma minta cuti masa macam ni..' ellina mengeluh lagi.

''mian..okey,macam ni..biar saya pergi cari barang kat supermarket.'' ujar kris sambil berusaha untuk membuka apron berwarna biru yg dipakainya.ellina mendengus halus.

''tak pe lah.biar saya saja yg pergi.awak bukan tahu pun nak beli barang apa.'' ellina melangkah keluar dari ruang dapur dan mula mendaki tangga menuju kebiliknya.setelah bersiap ala kadar,dia terus turun ketingkat bawah.

''kaja.'' suara garau yg muncul dari dapur menyentakkan ellina.

''nak pergi mana?'' dia bertanya pelik apabila dilihatnya kris sudah memegang kunci kereta.

''pergi supermarket la.kata nak beli barang.''

''kan saya dah cakap,saya pergi dengan byung ho ahjussi.'' 

''eh,saya kan ada.nanti barang-barang siapa nak tolong angkat?''

''byung ho ahjussi kan ada.dah la saya pergi dulu.''ujar ellina sedikit bosan.dia sudah malas mahu berbahas dengan kris pada waktu begini.

''ina, sa..''

belum pun sempat kris menghabiskan kata,ellina cepat-cepat beredar dari situ.meninggalkan kris dengan perasaan kecewa.

 

 

 

'Hishh.. tak pasal aku pulak yg kena beli barang.tu lah,aku nak masak tak bagi.konon kata pandai masak,tapi satu pun tak jadi!' ellina terus membentak didalam hati.ayam goreng yg sepatutnya menjadi santapan makan tengah hari mereka habis hangus dikerjakan oleh kris.geramnya..sudahlah perutnya lapar!

Ellina terus bergerak kedepan.cuba mencari barang-barang yg diperlukan untuk mengisi peti ais yg kosong dirumah.manakala byung ho ahjussi pula hanya mengikuti dari belakang dengan membantunya menolak troli.sedang matanya meliar,tiba-tiba pandangannya tercantap pada deretan paket kimchi disatu sudut.cepat-cepat dia melangkah.mahu mengambil beberapa paket kimchi kegemarannya.baru saja tangannya hendak mencapai kimchi tersebut,secra tiba-tiba ada tangan lain yg terlebih dahulu mengambilnya.ellina tersentak.perlahan dia menoleh kearah orang itu.

''luhan ssi !''

 

 

Leka luhan memerhati raut wajah putih bersih milik ellina.dia mengaku bahawa ellina memang mempunyai daya penarik dengan wajah yg semula jadi cantik.tapi yg penting kecantikan itu bukanlah hasil dari pakar bedah plastik.cemburu juga dia melihat sahabat baiknya sudah pun berkhawin dan mempunyai seorang isteri yg baik dan cantik.

''awak sihat?''

suara lembut itu menyedarkan luhan dari lamunan panjang.merah wajahnya apabila ellina memandangnya pelik.

''ah,err..saya sihat.awak pula macam mana? sihat?''

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baekhan9092
kindly put your comments

Comments

You must be logged in to comment
vedu1998 #1
Please translate into English. Really want to read this
ParkRinRina #2
Chapter 50: tahniah kerana siapkan cerita ni dng happy ending...daebak
minion27
212 streak #3
Chapter 48: Kris & ellina dh berbaik semula
forevermongji #4
Chapter 45: Looking forward for next update :) even it hard for me to understand some words but it's really good *thumbsup* I was cryinggg while reading this ff lols.
springjasmine91
#5
Chapter 40: *cari batu besar tunggu bersila*siap kau fei.... Nnti kau aku bunuh kau grrr! Jgn percaya dgn perempuan gila tu ellina! Please! Fighting utk bab seterusnya
mimie_lulu #6
update lah lagi...!!
WuJesoo
#7
Chapter 36: kesian dekat ellina :( update soon
mimie_lulu #8
Chapter 36: Update lagi!!!!!!!!!!!!!!!
ParkRinRina #9
Chapter 35: Update cepat...saya rindu nk bca cerita awk...