CHAPTER 36

Our Love Story
Please Subscribe to read the full chapter

Hari berganti hari. Kini tibalah hari yg amat bermakna dalam hidup ellina. Dia akhirnya Berjaya membawa pulang segulung ijazah. Itulah cita-citanya. Pulang bersama ijazah sarjana dalam bidang perniagaan, satu-satunya azam yg dia tanam ketika disekolah lagi. Ellina gembira. Benar-benar gembira kerana semua ahli keluarganya turut berada disisi bagi meraikan kejayaannya. Namun dalam gembira, terselit jua kesedihan kerana kris tiada disisi. Ellina tahu, status suaminya sebagai seorang yg dikenali tidak memungkinkan lelaki itu untuk berada didewan besar ini. Ellina menghela nafas panjang. Cuba untuk membuang impian yg mengharapkan kehadiran kris disini. Dia memujuk diri supaya tidak terus hanyut dalam kekecewaaan. Ellina tersentak apabila dia didatangi oleh teman-teman sekelasnya yg meminta untuk bergambar buat kali terakhir. Terus dia melepaskan bayangan kris yg sejak tadi berada diruang minda.

 

 

 

 

Dayana tersenyum senang. Akhirnya impian untuk menjejakkan kaki ke Han River terlaksana jua. Pantas dia memeluk tubuh kurus ellina sebagai tanda berterima kasih kerana kakak sulungnya itu sudi membawanya kesini.

“Terima kasih along. Dah lama aku nak pergi kesini. Tak sangka, dapat jugak…” Dayana tidak mampu menyembunyikan keterujaannya apabila melihat keindahan Taman Han River semasa musim panas kali ini. Ellina sekadar tersenyum manis.

“Angah, jom kita naik basikal nak? Jalan-jalan kat sini..” Ajak anissa apabila dayana mula mengambil tempat dibangku berhadapan dengannya.

“Mana nak cari basikal?”

“Ada..tapi kena sewalah.” Sampuk danial pula.

Pn.Munirah hanya mendengar saja perbualan anak-anaknya. Dan hanya sesekali saja mencelah apabila perlu. Tangannya sibuk mengupas epal yg dibeli oleh ellina ketika dalam perjalanan kesini sebentar tadi.

“Mak..along nak kesana sekejap ea.” Ellina memberitahu emaknya sambil tangannya menunjuk kearah sebuah bangku yg terletak agak terlindung dari pandangan orang ramai. Adik-adiknya pula sudah pun berlalu mencari basikal.

“nak mak temankan?”  Soal Pn.Munirah agak khuatir.

“Eh, tak apa..along boleh pergi sendiri. Lagipun sekejap je along nak duduk situ. Nak ambil angin sekejap.”

“Ha, yelah. Tapi hati-hati sikit.” Pn.Munirah mengingatkan anaknya.

Ellina mengangguk. Lantas langkah diatur menuju kearah bangku kayu yg terletak di hujung taman.

Sedang ellina asyik mengelamun, tiba-tiba datang seorang lelaki dan berdiri tidak jauh dari bangku tempat duduknya. Lelaki itu nampaknya agak serius membicarakan sesuatu melalui telefon bimbitnya. Sekilas pandang, jelas lelaki itu mirip dengan lelaki yg pernah dikenalinya sewaktu dulu. Rambutnya yg agak keperangan. Kulit yg putih kemerahan meyakinkan ellina yg lelaki ini adalah…….ah, tapi tak mungkin!

Menyedari seseorang sedang mengamati dirinya, lelaki itu menoleh memandang ellina. Pandangan mereka bagaikan terkunci buat seketika. Ada sesuatu tentang wanita ini yg membuatkan degup jantung lelaki itu berdegup pantas.

“Xiu..Xiumin ssi?”

Nama lelaki itu disebut perlahan. Suara itu penuh kehairanan,penuh kejutan. Tatkala mendengar suara ellina, xiumin tersentak. Tanpa sedar, talian telefon terus dimatikan olehnya.

Nur Ellina.

Wanita itulah yg sentiasa dalam kenangan dan ingatannya. Wanita itu jugalah yg membuatkan hubungannya dengan kris pernah renggang seketika dulu. Dan keberadaan wanita itu dihadapannya kini,membuatkan memori lama hidup kembali sekelip mata.

Mereka terus berpandangan. Degup jantung ellina semakin k

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baekhan9092
kindly put your comments

Comments

You must be logged in to comment
vedu1998 #1
Please translate into English. Really want to read this
ParkRinRina #2
Chapter 50: tahniah kerana siapkan cerita ni dng happy ending...daebak
minion27
212 streak #3
Chapter 48: Kris & ellina dh berbaik semula
forevermongji #4
Chapter 45: Looking forward for next update :) even it hard for me to understand some words but it's really good *thumbsup* I was cryinggg while reading this ff lols.
springjasmine91
#5
Chapter 40: *cari batu besar tunggu bersila*siap kau fei.... Nnti kau aku bunuh kau grrr! Jgn percaya dgn perempuan gila tu ellina! Please! Fighting utk bab seterusnya
mimie_lulu #6
update lah lagi...!!
WuJesoo
#7
Chapter 36: kesian dekat ellina :( update soon
mimie_lulu #8
Chapter 36: Update lagi!!!!!!!!!!!!!!!
ParkRinRina #9
Chapter 35: Update cepat...saya rindu nk bca cerita awk...