Yes..Happy Ending!

Our Love Story
Please Subscribe to read the full chapter

Ellina bergerak sedikit apabila jam loceng ditepi katil berdering kuat. teraba-raba tangannya cuba untuk mengapai jam. ingin mematikan bunyi yg membingitkan itu. Ellina membuka mata perlahan-lahan apabila bunyi jam berjaya dihentikan. Bulat matanya apabila melihat jarum jam sudahpun menunjukkan pukul 8.00 pagi. Bingkas dia bangun, namun pergerakannya terhenti apabila menyedari dia kini berada diatas katil. Bukan diatas kerusi panjang yg selalu menjadi alas tidurnya saban waktu. Siapa pula yg mengalihkannya diatas katil? Tak kan kris pula? Seketika dia menoleh kearah ruang disebelahnya yg kosong. Dia mengeluh. Pasti kris tidur diruang tamu lagi. Ahhh..apa yg nak dihairankan, dia memang selalu ditinggal keseorangan dirumah besar ini. selalu diabaikan setiap waktu.

 

Berhati-hati ellina menuruni tangga. Aroma enak yg datang dari dapur membuatkan perutnya berkeroncong minta diisi.

" Anak mama lapar ya?" Ellina tersenyum sambil mengusap perutnya yg kian membesar dari hari kehari.

" Ahjumma, masak apa pagi ni?" Lantang suaranya kedengaran dari ruang makan menuju kedapur. " Apa breakfast kita pagi ni ahjumma?" Ellina bertanya lagi apabila soalannya tadi tidak mendapat jawapan.

" Ahjumma.." Pergerakannya tiba-tiba terhenti. Ellina kaku disitu. Menggeletar kakinya saat memijak lantai dapur. Terpana dia melihat kris yg sedang menyiapkan sarapan didapur. Begitu asyik sekali lelaki itu membuat kerja hinggakan kehadirannya langsung tidak disedari. Lama ellina memerhatikan tubuh tinggi lampai itu.

" Sayang!"

Lamunan ellina berkecai. Belum sempat dia mengelak, mata kris sudah melekat diwajahnya. Malu! memang memalukan bila kris sedar yg dia sedang memerhatikan suaminya itu dengan penuh minat.

" Good morning~ ina baru bangun? sekejap ye..abang tengah goreng makaroni ni. kejap lagi siaplah. ina duduk dulu kat meja makan." Ujar kris ceria. Senyuman manis menghiasi bibirnya. Ellina mengangguk. perlahan dia melangkah menuju keruang makan. Ellina menggigit bibir. Pelik melihat perlakuan kris pagi ini. moodnya baik. Tidak seperti hari-hari kelmarin. Padahal sejak beberapa minggu yang lalu hubungan mereka begitu dinggin. Sering juga dia cuba menjernihkan hubungan yg semakin renggang itu. Namun yg dia dapat hanyalah kemarahan kris. Ada sesuatukah yg terjadi antara suaminya dan fei feng? 

" Dah siap.." Kris datang sambil membawa semangkuk makaroni goreng bersama dua biji pinggan.

Ellina diam saja apabila kris berbaik hati menyedokkan makaroni kedalam pinggannya. Situasi kembali menjadi sunyi yg kedengaran hanya bunyi sudu dan garfu. Ellina resah. Dia betul-betul tidak tahu apa yg harus dilakukan. Berduaan dengan kris dalam situasi begini membuatkan hatinya berdetak tidak menentu.

" Ina..boleh abang cakap sikit?" Akhirnya kris bersuara memecah kesunyian.

Ellina mendongak. Memandang wajah kris. 

" About what?" Ellina menarik nafas dalam. Seketika mata mereka saling bertentangan. 

" Abang nak cakap tentang kita." Mungkin inilah masanya untuk kris membuat keputusan. Memilih antara dia dan fei feng. Jantungnya berdegup kencang. Namun ellina cuba bersikap tenang. Menanti kata-kata yg bakal diluahkan oleh kris. Sedikit sebanyak hatinya senang mendengar bahasa kris yg bertukar lembut. Tidak lagi membentak-bentak seperti hari- hari kelmarin.

" Ina..se-sebenarnya abang nak minta maaf atas apa yg terjadi diantara kita sebelum ini. Abang tahu, abang memang tak patut layan ina macam tu. but now, abang betul-betul menyesal dan abang nak betulkan semula hubungan kita. Abang sayangkan ina dan anak kita. Abang janji abang akan berubah. Abang janji a

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
baekhan9092
kindly put your comments

Comments

You must be logged in to comment
vedu1998 #1
Please translate into English. Really want to read this
ParkRinRina #2
Chapter 50: tahniah kerana siapkan cerita ni dng happy ending...daebak
minion27
212 streak #3
Chapter 48: Kris & ellina dh berbaik semula
forevermongji #4
Chapter 45: Looking forward for next update :) even it hard for me to understand some words but it's really good *thumbsup* I was cryinggg while reading this ff lols.
springjasmine91
#5
Chapter 40: *cari batu besar tunggu bersila*siap kau fei.... Nnti kau aku bunuh kau grrr! Jgn percaya dgn perempuan gila tu ellina! Please! Fighting utk bab seterusnya
mimie_lulu #6
update lah lagi...!!
WuJesoo
#7
Chapter 36: kesian dekat ellina :( update soon
mimie_lulu #8
Chapter 36: Update lagi!!!!!!!!!!!!!!!
ParkRinRina #9
Chapter 35: Update cepat...saya rindu nk bca cerita awk...